4 Resepi Fruit Tart (Penuh dengan Buah-buahan Segar)

Jika sebelum ini kami ada kongsikan  Resepi Cheese Tart, kali ini resepi yang sama cuma topping sahaja yang berbeza. Resepi fruit tart yang menggunakan pelbagai buah-buahan segar sebagai topping. Bagi shell tart pula, anda boleh membeli terus dari kedai ataupun buat sendiri.

Jom kita try!

 

1. Resepi Tart Buah-buahan

Bahan-bahan

  • Shell tart – boleh beli/buat sendiri
  • 1 cwn susu cair/segar
  • 2 sb gula (nak manis lebih kan)
  • 2 sb tpg kastard
  • 1 sk serbuk vanila

Cara buat Tart Buah-buahan

  1. Kacau sebati dahulu.
  2. Selepas itu masak atas api yang perlahan.
  3. Kacau sehingga pekat.
  4. Angkat masukkan 1 sudu besar butter.
  5. Masukkan dalam piping bag.
  6. Letak adunan dalam shell tart.
  7. Hias dengan buah-buahan.

Sumber: Samsiah Hj Mat Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Fruit Tart Mudah

Bahan-bahan

Bahan Tart

  • 150 gram tepung gandum
  • 25 gram gula aising
  • 70 gram mentega (sejuk)
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanilla

Bahan Custard

  • 1 cup susu segar
  • 1 1/2 sudu besar tepung custard
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla

Cara buat Fruit Tart Mudah

Bahan Tart

  1. Gaul tepung, gula dan mentega sejuk hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur gaul hingga menjadi doh.
  3. Masukkan dalam acuan kemas dan cucuk sedikit ke dasar doh dengan garfu, bakar 20-25 minit (ikut oven), 160′.
  4. Tart ni tahan lama kalau disimpan dengan betul dalam bekas kedap udara, nak guna baru keluarkan dan letak filling.

Bahan Custard

  1. Atas api kecik, gaul semua bahan KECUALI mentega dengan whisk sehingga sebati.
  2. Jangan berhenti kacau takut berketul. Tutup api.
  3. Masukkan mentega dan gaul sebati. Biarkan sejuk sedikit sebelum masukkan dalam kulit tart. Hias buah di atas.

Sumber: Che Amira Halim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Fruit Tart

Bahan-bahan

Tart shell

  • 250g butter
  • 1bji telur
  • 500g tepung gndum
  • 1sk esen vnila

Filling kastard 1

  • 250g susu segar
  • 1sb tepung gndum
  • 1sb tepung kastard
  • 1sb mentega
  • 3 1/2 sb gula kstor
  • 1/2 sk esen vnila
  • Pewarna kuning

Filling kastard 2

  • Instant kastard
  • Susu segar

Cara buat Fruit Tart

Tart shell

  1. Pukul butter, gula dan esen vanila sampai sebati.
  2. Masuk tepung yang diayak, uli sampai jadi doh kalau adunan melekit di tengah tambahkan tepung gandum.
  3. Bakar suhu 160 selama 25-30mnit.

Filling kastard 1

  1. Campur semua bahan kecuali mentega dan tapis.
  2. Masak atas dapur kecuali mentega hingga hampir pekat.
  3. Masukkan mentega kacau hingga licin dan berkilat.
  4. Sejukkan seketika.

Filling kastard 2

  1. Campurkan instant kastard  dan susu cair, putar hingga berkrim kalau nampk pekat tambh lagi susu segar.
  2. Ambil tart shell, sapukan coklat masak yang dicairkn pada tart  dan pipe filling.
  3. Letak buah diatasnya.

Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN) dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Giant Fruit Tart

Bahan-bahan

Tart 

  • 150gm tepung gandum (diayak)
  • 25gm gula aising (diayak)
  • 70gm mentega sejuk, (dipotong dadu)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • ½ camca teh esen vanilla

Inti Kastard 

  • 1 cawan susu segar
  • 1 ½ camca besar tepung kastard
  • 1 ½ camca besar gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar mentega

Bahan Tambahan

  • Sedikit Coklat Nutella
  • Buah-buahan segar pilihan (kiwi, strawberi, dll)

Cara buat Giant Fruit Tart

Tart 

  1. Satukan tepung, gula dan mentega dalam satu bekas. Gaul sebati guna hujung jari sehingga teksturnya seperti breadcrumb. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Uli adunan sehingga jadi doh.
  2. Rehatkan adunan sekejap.
  3. Sementara tu panaskan oven terlebih dahulu, sediakan acuan tart. Nak guna acuan tart kecil pun boleh. Saya guna acuan tart saiz 7 inci.
  4. Ambil adunan, tekankan pada acuan, kemudian cucuk sikit guna garfu atas permukaan dasar. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 25-30 minit, bergantung oven masing-masing.
  5. Sejukkan tart shell atas redai.

 Inti Kastard 

  1. Satukan susu, tepung kastard, gula dalam periuk.
  2. Kacau guna whisk sehingga sebati. Kemudian panaskan atas api dapur guna api sederhana perlahan.
  3. Sentiasa kacau sehingga agak likat. Masukkan esen vanilla dan mentega.
  4. Tutup api dan kacau lagi sehingga sebati. Biarkan suam sikit sebelum letak atas tart.

Penyediaan Tart

  1. Bila tart dah sejuk, bolehlah sapukan coklat Nuttella atas permukaan tart.
  2. Diikuti inti kastard, dan susun buah-buahan pilihan kesukaan kalian.
  3. Boleh dihidangkan terus atau disejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu. Selamat mencuba

Sumber: CikPuan SitiMasitah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini, dapat memberi sedikit idea kepada anda.

Jom baca resepi tart nenas ini.

Leave a Comment