4 Resepi Honey Butter Biscuit (Hanya Guna AirFryer )

Anda mencari resepi untuk kudapan petang? Kali ini kami bawakan resepi honey butter biscuit yang pasti menambat hati anak-anak. Boleh jadi siap sebalang, sebalang pun habis tak sampai sehari!

Jom baca sampai habis.

 

1. Resepi Honey Butter Biscuit

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung self rising (tepung biasa pun boleh)
  • 4 sudu kecil baking powder.
  • Gula pasir 2 sudu besar (suka manis, lebihkan gula)
  • Butter sejuk 115gram (dari peti sejuk biasa terus potong-bukan dalam freezer beku)
  • 140gram susu segar
  • 50gram madu (untuk sapu pada adunan)
  • 50gram butter (untuk sapu pada adunan)

Cara buat Honey Butter Biscuit

  1. Gaul tepung, baking powder, gula pasir & butter sejuk (gaul sampai sebati-jangan jadi doh).
  2. Lepas tu masukkan sedikit demi sedikit susu segar dan gaul sampai sebati.
  3. Masuk adunan ke dalam loyang atau aluminium foil dengan menggunakan sudu/scop-bentuk tak perlu nak bulat sangat.
  4. Cairkan madu & butter atas dapur dan sapukan dekat adunan & masukkan kedalam air fryer atau oven.
  5. Pakai suhu 180 selama 10 minit.
  6. Lepas masak, sapu balik madu & butter cair pada biscuit panas tu.
  7. Siap.

Sumber: Nur Aqilah Jufri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Honey Butter Biscuit Ala-ala Texas Chicken

Bahan-bahan

Bahan A 

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 4sk Baking Powder
  • 2sb Gula
  • 115g butter yang masih sejuk
  • 140g Fresh Milk + 2sk Cuka (mix dan biarkan 2minit)

Bahan B 

  • Honey + Butter

Cara buat Honey Butter Biscuit Ala-ala Texas Chicken

  1. Gaulkan bahan A hingga jadi bread crumb.
  2. Masukkan susu yang dicampur cuka. Gaul mesra. Rehat kan sekejap dalan 5minit.
  3. Scoop kan dengan sudu dan susunkan dalam basket Air Fryer.
  4. Bakar suhu 180’C selama 10 minit.
  5. Siap masak, sapukan campuran Honey + Butter (Bahan B) kat atas biscuit ni. Nak sapu extra pun takpa, sebab nanti dia jadi berkilat dan sedap.
  6. Masuk balik AirFryer dalam 5minit.

Sumber: Hazmira Mahayudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Honey Butter Biscuit

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 sudu mentega sejuk
  • 2 sudu madu (kalau nak manis boleh lebihkan)
  • 1/2 cawan cold buttermilk

Bahan- bahan untuk honey-butter glaze

  • 2 sudu mentega
  • 3 sudu madu

Cara buat Honey Butter Biscuit

  1. Campurkan bahan-bahan kering dan gaulkan.
  2. Gaul mentega sejuk sampai jadi texture macam serbuk roti.
  3. Masukkan madu dan tuang buttermilk sedikit demi sedikit dan gaul sampai adunan tak melekat di tangan tapi jangan over.
  4. Sambil tu boleh panaskan oven (200C, 10-15 minit). Scoop/ sudukan doh (saiz agak) atas dulang pembakar.
  5. Sementara tu dalam saucepan boleh panaskan bahan untuk buat honey-butter glaze sampai likat dan sapu di setiap doh tadi dan bakar dalam 20-25 minit.
  6. Agak-agak dalam 5 minit terakhir tu boleh sapu sekali lagi glaze tadi.

Sumber: Nazira Zainal Abidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Soft Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • Gula 2 sudu besar
  • Butter yang sejuk 115gram (Anchor)

Caa buat Soft Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken

  1. Gaul semua bahan sampai jadi bread crumbs.
  2. Masukan 140gm fresh milk & cuka 2 sudu kecil (campurkan dulu sebelum masukkan dalam tepung)
  3. Susun di loyang pakai sudu /tangan bentukkan ikut suka. Jangan padat-padatkan.
  4. Bakar suhu 180’c / 15-20 min.
  5. Lepas masak, topping atas sapukan butter masa panas. Bakar semula sekejap. Keluarkan dan sapukan honey pulak. Nak sapu butter lagi pun boleh.

Sumber: Nida Zainudi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Anda jangan lupa untuk cuba resepi yang mudah dan cepat siap ini, selepas ini tak perlu lagi ke Texas Chicken dah jimat kan?

Jom baca resepi Biskut Badam

Leave a Comment