4 Resepi Hati Lembu (Mudah dan Menyelerakan)

Tidak semua orang gemar makan hati lembu kerana mempunyai kalori yang sedikit tinggi. Kali ini khas untuk penggemar hati lembu, kami kongsikan  resepi hati lembu yang cukup mudah nak buat. Jom baca sampai habis.

 

1. Resepi Hati Lembu Masak Pengantin

Bahan-bahan

  • 500 gram hati lembu
    (basuh 3 or 4 kali, selawat, masuk tepung biar sekejap dan basuh balik)
  • 3 biji bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1 inci halia (blend)
  • 4 sekawan
  • 1 sudu cili kisar (optional)
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu garam masala (optional)
  • Garam/serbuk perasa
  • Sedikit air
  • Kcg buncis (optional)
  • Bahan hiasan
  • Cili merah & daun bwg
  • Bawang besar potong bulat

Cara buat Hati Lembu Masak Pengantin

  1. Garam kunyitkan hati lembu yang telah dibasuh. Panaskan minyak & goreng sekejap, angkat toskan.
  2. Tumis bahan blend bersama 4 sekawan, masuk cili kisar, masak sekejap smpai pecah minyak, masuk sos tiram, kicap, serbuk lada hitam & garam masala.
  3. Masak sekejap masukkan air & hati lembu, masuk kacang buncis dengan bawang potong bulat.
  4. Tunggu masak angkat & tabur bahan hiasan.

Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas

Bahan-bahan

  • Hati lembu (dibasuh dan lumur dengan tepung biarkan dalam 5 minit basuh bersih dan rebus kejap potong sederhana tebal dan lumur garam kunyit)
  • 1 biji bawang besar potong
  • Kacang panjang secukupnya
  • 7-8 biji cili api hiris
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar kicap manis

Cara buat Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas

  1. Panaskan minyak dan goreng hati lembu hingga agak garing.
  2. Masukkan kacang panjang, cili api, bawang hiris, serbuk lada putih dan kicap.
  3.  Kacau sebati 7,8 minit, tutup api dan sedia dihidang.

Sumber: Reen Sofee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Hati Lembu Kari Kering

Bahan-bahan

  • Hati lembu – dihiris dan rebus
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 in halia*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan manis* – semua bahan*dikisar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya

Cara buat Hati Lembu Kari Kering

  1. Tumis bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi .
  2. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, rempah kari dan serai. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan hati dan asam gelugur. Tuang sedikit air. Gaul hingga hati masak.
  4. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sedikit kering.

Sumber: Anna Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Hati Lembu Masak Jintan

Bahan-bahan

  • 1kg hati lembu
  • 5biji bwg besar*
  • 2inci halia*
  • 6ulas bawang putih*
  • 1 btg kayu manis
  • 2 sdm serbuk jintan manis
  • 2 sdm serbuk jintan putih
  • 1 sdm serbuk ketumbar
  • 1 sdm serbuk kunyit
  • 1 sdm lada hitam yg ditumbuk
  • 2keping asam keping
  • Garam,gula pak aji secukup rasa
  • Bawang holland dan cili padi

Cara buat Hati Lembu Masak Jintan

  1. Blend bahan bertanda*, tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk jintan manis, putih, ketumbar dan kunyit tambah 1/2 cawan air masak hingga mengelegak.
  3. Masukkan hati, gaul sebati, kemudian masukkan asam keping, kalau nak berkuah tambah sedikit air.
  4. Kemudian masukkan lada hitam dn balancekn rasa.
  5. Akhir sekali masukkan bawang holland dan cili padi masak sampai pecah minyak.

Sumber: Ain Ariffin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi ini dapat memberi manfaat untuk anda.

Jom baca resepi Daging Masak Kicap

 

 

Leave a Comment