4 Resepi Udang Harimau (Sedap & Mudah)

Ada yang tak boleh makan udang, allergic seafood orang kata. Bagi penggemar udang kami nak kongsikan resepi udang harimau yang cukup mudah nak buat.

Jom kita try!

1. Resepi Udang Goreng Berempah

Bahan-bahan

  • Udang harimau (500g)
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar dicincang (1 biji)
  • Serai dipotong nipis (1/2 batang)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Ketumbar (1 sudu)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu)
  • Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
  • Gula (sikit je kalau perlu)
  • Garam (secukup rasa)

Cara buat Udang Goreng Berempah

  1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
  2. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
  3. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
  4. Goreng daun kari hingga naik bau.
  5. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
  6. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Creamy Butter Prawn With Salted Egg

Bahan-bahan

  • Udang harimau (nak tukar ketam ke ayam ke sotong ke pon boleh)
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili padi
  • Daun kari
  • Telur masin (hancurkan)
  • Butter
  • Susu cair

Cara buat Creamy Butter Prawn With Salted Egg

  1. Gaul udang dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng dan ketepikan.
  2. Cairkan butter, masukkan bawang putih tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili dan daun kari.
  4. Masukkan susu cair dah kacau.
  5. Bila dah menggelegak masukkan telur masin yang dah dihancurkan tadi.
  6. Agak kuah dah pekat masukkan udang yg dah digoreng, kacau kejap and siap!

Sumber: Fara Amirullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Gulai Lemak Cili Api Tempoyak

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang harimau
  • 1 jelai daun kunyit
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 btg serai di ketuk
  • 1 labu bawang merah (size sederhana)
  • 10 bji cili api
  • 1 cawan santan
  • 1 sd bsr tempoyak

Cara buat Gulai Lemak Cili Api Tempoyak

  1. Kisar halus bawang cili api & kunyit hidup sehingga halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, bila dah mendidih masukkan santan dan kacau sehingga menggelegak.
  3. Masukkan udang, daun kunyit & tempoyak, perasakan dengan garam & perasa.

Sumber: Darlila Razali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kari Udang

Bahan-bahan

  • Udang harimau
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 peket rempah kari udg
  • Daun kari
  • 4 btg cili padi
  • Garam
  • Gula
  • Santan kotak
  • Sayur jika suka bendi/terung

Cara buat Kari Udang

  1. Cara panaskan minyak bahan yang dihiris, masukan cili padi, masak hingga naik bau masukan rempah kari, kacau dengan cepat supaya rempah tak hangus.
  2. Setelah naik bau masukan sedikit air, masukkan daun kari kacau lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair dulu, then masukan udang, sayur bendi, terung jika suka.
  4. Masuk asam jawa sikit, bila udang dah agak masak masukan santan pekat, garam gula biar reneh sebentar jangan sampai pecah santan.
  5. Masukka tomato jika suka dah siap.

Sumber: Anaz Haji Mohair dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom baca juga resepi cucur udang ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment