4 Resepi Lobak Putih (Lauk Berpantang Selepas Bersalin)

Lobak putih sangat sinonim dengan kaum wanita, dikatakan juga makan lobak putih ini dapat membuatkan kulit bertambah cantik. Selain itu resepi lobak putih ini sesuai dimakan ketika waktu berpantang kerana dapat memperbanyakkan lagi susu ibu. Menarik kan?  Kami kongsikan resepi yang sihat ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Lobak Putih Tumis

Bahan-bahan

  • 1 btg lobak putih (potong ikut kesukaan)
  • *4 bji bwg kecil
  • *3ulas bwg putih
  • *3 bji lada kecil
  • Stengah gnggam ikan blis
  • Lada hitam (ikut nak banyak mana)

Cara buat Lobak Putih Tumis

  1. Tumbukkan bahan*
  2. Panaskan sedikit minyak.
  3. Masukkkan bahan bertanda*
  4. Kacau masukkan garam dan perasakan.
  5. Masuk lobak dan sdikit air.
  6. Kacau rata dan siap.

Sumber: Izarizayu Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Jeruk Lobak Putih

Bahan-bahan

  •  Lobak korea (lobak putih)
  • 1 cawan cuka
  • 2 cawan air
  •  1 cawan gula putih
  •  1 sdt garam

Cara buat Jeruk Lobak Putih

  1. Cuci bersih dan di potong dadu (ikut suka hati nak potong macam mana)
  2. Cara masak campur semua bahan dalam periuk kecuali (lobak putih) masak sampai mendidih.
  3. Kemudian tutup api biarkan sejuk sekejap dan masukkan lobak putih dan masukkan dalam bekas kedap udara.
  4. Boleh di simpan dalam peti sejuk.

Sumber: Nur Hidayah Azman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kerabu Lobak Putih Versi Pantang

Bahan-bahan

  •  Isi ikan yang orang pantang boleh makan dibakar dan ambil isinya *ditumbuk
  • 2 biji bawang merah *ditumbuk
  • 1 sudu teh biji lada hitam *ditumbuk
  • 1 isi bawang besar hiris
  • 1 batang serai hiris halus (lebih pun boleh-bau sedap)
  • 1/2 lobak putih disagat halus (basuh dan tos lepas sagat)
  •  1 halia muda hiris/sagat halus
  •  garam
  •  ajinamoto (optional)
  •  gula
    * Lada hitam, bawang merah dan isi ikan saya tumbuk sekali semua

Cara buat Kerabu Lobak Putih Versi Pantang

  1. Gaulkan bahan tumbuk dengan semua bahan hiris dan sagat rasa apa yang kurang boleh tambah ikut rasa anak tekak.
  2. Kalau nak letak ulam hijau pun boleh daun ketumbar lagi sedap dan menarik.
  3. Lawankan dengan ikan bilis air fryer/ikan masin air fryer.
  4. Selamat mencuba.

Sumber: Siti Atina Samurin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sup Lobak Putih

Bahan-bahan

  • Lobak putih (potong ikut suka & di rebus dahulu)
  • Batang saderi hiris2 sahaja
  • Halia hiris
  • Ayam bahagian dada potong kecil
  • Bahan tumbuk
  • Bawang kecil
  • Bawang putih (lebihkan)
  • Lada hitam biji dalam 1sb

Cara buat Sup Lobak Putih

  1. Masukkan air dalam periuk. Masukkan halia & bahan yang ditumbuk.
  2. Biar mendidih sejejap, masukkan ayam dahulu. Boleh masukkan perasa garam atau apa suka.
  3. Biarkan dalam 5 minit bolehlah masukkan batang saderi & lobak putih kita tadi.
  4. Biarkan lagi dalam 5 minit siap untuk dinikmati dengan nasi panas.

Sumber: N-Huda R Ba’in dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Banyak rupanya kan manfaat lobak putih ini, tinggal nak olah sahaja resepi yang kita inginkan.

Jom semak juga resepi sihat quinoa ini pengganti kepada makanan nasi.

Selamat mencuba!

 

Leave a Comment