4 Resepi Pad Kra Pao (Makanan Thailand)

Kali pertama menjamah lauk berasal dari Pattani ini cukup terpikat, mana tidaknya dengan keharuman bau daun basil pun dah cukup menyelerakan. Resepi pad kra pao ini sebenarnya sangat mudah nak buat, boleh buat dengan ayam atau daging cincang, dimakan pula dengan telur goreng dah cukup tersandar. Jom baca resepi asli dari Thailand ini.

Jom kita try!

1. Resepi Pad Kra Pao

Bahan-bahan

  • Ayam/daging cincang
  • Daun selasih Thai
  • Bawang putih cincang
  • Cili kering kisar
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sos ikan
  • Garam jika perlu
  • Sedikit air
  • Kacang panjang,baby corn,carrot,cili padi@cili merah
    ( Semua bhn saya agak2 mengikut BYK mana ayam/ daging yg saya gunakan)

Cara buat Pad Kra Pao

  1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar agak nak banyak mana, tumis sampai cili masak.
  3. Masukkan isi ayam/daging cincang dan goreng sampai ayam masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis, sos ikan tumis rata masuk garam secukup rasa jika suka versi kering boleh terus masuk daun selasih dan cili padi kacau dan tutup api jika suka versi berkuah boleh tambah air.

Sumber: Jaja Noriza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Pad Kra Pao Ayam Cincang

Bahan-bahan

  • Ayam cincang
  • Daun basil segengam
  • Telur ayam 2, ke 3 biji ikut suka
  • Bawang putih 4,5 ulas
  • Cili padi 3, ikut selera pedas masing2.
  • Kicap ABC, Sos tiram,
  • Sos ikan/sotong, garam, gula, kiub pati ayam.

Cara buat Pad Kra Pao Ayam Cincang

  1.  Goreng Telur dulu, asingkan.
  2. Tumbuk cili dan bawang putih, kemudian tumis dalam kuali.
  3. Masukkan ayam, gaul-gaul sama dia.
  4. Tuang segala mak nenek kicap, sos tiram, sos ikan/sotong, kiub pati ayam, dan perasa.
  5. Tambah air sikit, kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit.
  6. And last sekali letak daun basil, sekejap saja lepas tu tutup api.
  7. Cara hidang dia angkat dan letak dalam pinggan yang ada telur tadi.
  8. Sedia di hidang.

Sumber: Fateen Najihah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pad Kra Pao Daging

Bahan-bahan

  • 100 gm Daging cincang
  • 15 biji cili api terpulang nak pedas lebihkan tak nak pedas kurangkan
  • 2 ulas bawang putih (blend kering/chop/tumbuk dengan cili api)
  • Sos tiram
  • Daun selasih (kena ada)
  • Kicap kalau nak letak
  • Sos ikan

Cara buat Pad Kra Pao Daging

  1.  Tumis bahan yang ditumbuk/chop atau kisar kasar.
  2. Masukkan daging dan kacau.
  3. Dah kering masukkan sos tiram dan kicap kalau nak letak.
  4. Masukkan daun selasih.
  5. Last sekali masukkan sos ikan.
    * Menu ni tak perlu letak garam dah sebab sos tiram dan sos ikan dah masin. Boleh letak carrot dadu sekiranya nak letak.

Sumber: Azliana Abd Rahaman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Pad Kra Pao Mudah

Bahan-bahan

  • 2-3ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi (nak pedas boleh lebihkan)
  • Isi ayam cincang
  • Daun selasih (dalam 7-8 helai)

Cara buat Pad Kra Pao Mudah

  1. Tumis bawang putih dan cili padi yg dicincang halus. Agak dah naik bau, masukkan isi ayam cincang.
  2. Dan  masukkan nampla(sos ikan), garam sikit, gula sikit. Sos tiram 1 sudu, kicap manis 1/2 sudu.
  3. Kacau sebati, balance kan rasa. Lastly, masukkan daun selasih. Kacau bagi layu sikit dah boleh tutup api.

Sumber: Masyitah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda.

Jika berminat dengan resepi dari Thailand, jom baca resepi daging bakar.

 

Leave a Comment