4 Resepi Lompat Tikam (Manis, Mudah & Sedap)

Sebelum ini banyak resepi dari Kelantan yang kami dah kongsikan dengan anda, kali ini pula kuih dari Kelantan iaitu lompat tikam yang sangat popular ketika bulan ramadan. Keunikan kuih ini terletak pada warna-warni kuih ini dan rasa yang manis. Tesktur yang lembut memang menjadi penggemar bagi kanak-kanak. Tanpa berlengah masa mari baca resepi lompat tikam ini.

Jom try!

1. Resepi Lompat Tikam

Bahan-bahan

Lapisan Bawah

  • 1 cwn air daun pandan (dari 3 helai daun sederhana)
  • 2 cwn air
  • 1/2 cmt kapur
  • 1 cmt garam
  • 1 cmt pewarna hijau epal
  • 1 1/2 cwn tpong beras
  • 1cmb tepung jagung

Lapisan atas

  • 1 1/3 cwn tpong beras gajah 3
  • 1 cmb t jagung
  • 1 1/2 cmt garam
  • 3/4 cwn santan
  • 2 1/4 cwn air

Air gula

  • 1 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 cwn air
  • 1 cmb t jagung
  • 3 helai daun pndan

Cara buat Lompat Tikam

Lapisan Bawah

  1. Satukan semua bahan, tapis,k acau atas api sekejap.
  2. Kukus dalam tupperware 10 minit.

Lapisan atas

  1. Campur semua sebatikan tapis kacau sekejp atas api.
  2. Letak adunan atas adunan pandan tadi.
  3. Kukus 10 minit.
  4. Siap.

Air gula

  1. Masak atas api hingga mendidih baru letak tepung jagung yang dibancuh dengan setengah cawan air.
  2. Siap.

Sumber: Zainab CheMat dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Lompat Tikam Mudah

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sdb tepung jagung
  • 4 1/2 cawan santan
  • Sedikit garam

Air gula

  • 1 ketul gula melaka
  • 3sdb gula putih
  • Daun pandan

Cara buat Lompat Tikam Mudah

  1. Kacau atas api sampai adunan likat.
  2. Tutup api masukkan dalam bekas @ acuan tunggu sejuk.

Air gula

  1. Masak sampai gula sebati tapis kemudian sejukkan dah siap.

Sumber: Alin Ishak dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan-bahan

Lapisan Hijau 

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan air pandan
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur

Lapisan Putih 

  • 1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung )
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah 

  • 1 cawan beras pulut
  • Santan cair secukupnya
  • Air Gula Melaka :
  • 1 keping gula melaka
  • Air secukupnya

Cara buat Kuih Lompat Tikam

Lapisan Hijau 

  1. Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
  2. Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula2 saya kacau dengan whisk,lagi mudah. Lepas tu dah mengeras baru guna senduk kayu.
  3. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.

Lapisan Putih 

  1. Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
    NOTA : Lapisan putih mesti rasa masin sedikit baru sedap.

Pulut Merah 

  1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10 – 15 minit.
  2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak sehingga pulut menjadi lembut.
  3. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalikkan pulut supaya masak rata.
  4. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.

Air gula melaka

  1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih.
  2. Tapis dan sejukkan.

Menghidang

  1. Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalm pinggan. Masukkan juga sedikit pulut
  2. Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka.
  3. Selamat Mencuba.

Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Lompat Tikam Versi Terengganu

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan air daun pandan(8 helai daun pandan diblend dijadikan 2 cawan)
  • 1 cawan air
  • 1sudu teh air kapur sederhana pekat
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit perwarna hijau
  • Secubit garam

Bahan B

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan (jika guna santan kotak, sukat 2 cawan dan yang kurang dicampurkan air agar cukup 2 cawan sukatan itu)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil garam halus

Bahan C

  • 1 buku gula melaka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan

Cara buat Lompat Tikam Versi Terengganu

  1. Satukan bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau semasa kita memasakkannya).
  2. Masakkan dia atas api sederhana kecil dan kacau hingga likat & berkilat.
  3. Matikan api dan angkat untuk kita masukkan ke dalam bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
  4. Begitu juga dgn bahan B, ulang langkah seperti diatas. Kemudian lapiskan keatas lapisan pertama.
  5. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan bersama kuahnya.

Cara untuk kuahnya

  1. Campur semua bahan C, panaskan diatas api sederhana sehingga semuanya mencair dan sebati.
  2. Didihkan seketika, matikan api kemudian sejukkan.

Sumber: Puan Norimah Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kalau anda craving kuih dari Pantai Timur, anda cuba sahaja resepi yang kami kongsikan ini, mana tahu boleh buat untuk jualan kan?

Jom bca juga resepi kuih dari Pantai Timur ini, kuih pulut sekaya.

Selamat mencuba!

Leave a Comment