4 Resepi Sawi (Sayur Yang Sedap & Mudah Nak Buat)

Sayur sawi merupakan sayur yang menjadi kegemaran ramai orang. Masak dengan pelbagai cara memang sedap. Sayur sawi ada banyak jenis, sawi pahit, sawi jepun dan pelbagai lagi. Di sini kami himpunkan koleksi resepi sawi untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Sawi Jeruk

Bahan-bahan

  • 1kg sawi pahit
  • Garam kasar 6 sudu
  • Tepung beras 3 sudu
  • Halia seinci hiris nipis
  • Kunyit hidup seinci hiris nipis

Cara buat Sawi Jeruk

  1. Basuh sawi, belah 2@4 sahaja. Letak garam pada setiap kelopak sawi.
  2. Biarkan berperam selama 3 jam. Bila dah 3 jam, bilas dan perah sikit sawi. Buang garam. Toskan.
  3. Sementara itu isi tepung beras, kunyit, halia dan garam 3 sudu dalam periuk bersama 2 liter air. Masaklah sampai air menggelegak.
  4. Boleh letak kunyit serbuk untuk naikkan warna nanti. Sejukkan air ni.
  5. Letak sawi tadi dalam bekas, tapis air tepung beras tadi ke dalam sawi sehingga sawi tenggelam kalau air tak cukup boleh tambah air tapis.
  6. Pastikan air betul-betul sejuk. Masa tapis masukkan halia dan kunyit dalam sawi. Jangan buang.
  7. Kemudian bolehlah simpan bekas sawi ni kat tempat yang jauh dari cahaya matahari. 4,5 hari dan boleh masak dah.
  8. Buang air ni dan ganti dengan air masak@air tapis.
  9. Simpan dalam peti untuk tahan lama.

Sumber: Nor Fazura Asyraf dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bening Sawi + Carrot dan Fishball

Bahan-bahan

  • 1 pokok sawi potong ikut suka
  • ½ batang karot potong ikut suka
  • 1 bungkus fishball potong ikut suka (tak potong pun boleh)
  • ½ biji bawang besar hiris ikut suka
  • 1 ulas bawang putih ketuk/hiris ikut suka
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 3 cawan air

Cara buat Bening Sawi + Carrot dan Fishball

  1. Didihkan air, masukkan bawang, fishball dan karot. Agak-agak karot dah empuk masukkan sawi, garam, perasa dan secubit gula. Biarkan mendidih. Tutup api. Siap dan boleh hidang.
  2. *Bubuh sedikit gula untuk kekalkan kehijauan dan kesegaran warna sayur-sayuran.

Sumber: Bonda Zalina Amat Rosman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sayur Sawi + Bebola Ikan

Bahan-bahan

  • Sawi 6 pokok
  • Lada besar 1
  • *Bwg merah 3-4 biji
  • *Bwg putih 4 ulas
  • *Lada hitam 1 sudu besar
    Bahan bertanda * ditumbuk dan ditumis

Bahan Bebola ikan homemade

  • Ikan selayang 5-7 ekor tengok saiz
  • Buang tulang ikan-perisikan ada teknik dia mudah dan cepat
  • Tumbuk isi ikan sahaja dalam bekas lesung yang kita tumbuk bawang

Cara buat Sayur Sawi + Bebola Ikan

  1. Masukkan garam dan perasa.
  2. Lada sulah satu sudu kecil.
  3. Tepung gandum 4-5 sudu.
  4. Gaul-gaul sebati.
  5. Bulatkan dan masukkan dalam air tumis tadi.
  6. Biarkan 5 minit sampai mengelegak.
  7. Masukkan sawi dan suhun atau fucuk.
  8. Biarkan seketika.
  9. Selesai.

Sumber: Eizatul Fatanah Chik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Masak Lemak Putih Sawi Cina

Bahan-bahan

  • Santan
  • Sawi
  • Ikan Bilis
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Bawang putih

Cara buat Masak Lemak Putih Sawi Cina

  1. Santan kemancar, perencah dan batang sayur didih dulu batang sayur dah lembut masukkan pati santan dan sayur serta garam, didihkan bagi sayur hijau tu layur.
  2. Pastikan sentiasa kacau untuk elak pecah minyak.
    Nota,  saya guna kelapa parut
  3. Jika santan kotak masak dengan air biasa dulu.
  4. Baru bubuh santan kotak yang di bancuh sikit dengan air panas sederhana untuk hasil yang baik, selamat mencuba.

Sumber: Ummu Naim Qalaq dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Semoga mendapat sedikit manfaat dengan perkongsian resepi mudah ini.

Jom semak juga resepi cucur sayur ini.

Kalau nak lagi, boleh terus rujuk koleksi resepi sayur kami.

Selamat mencuba!

Leave a Comment