4 Resepi Kuih Getas (Rangup dan Manis Berlemak)

Kuih getas atau gegetas ini merupakan kuih yang paling senang nak buat. Jika anda pertama kali nak mencuba membuat kuih, kami sarankan anda cuba resepi kuih getas ini. Rasa lemak manis dan rangup diminum pula bersama secawan kopi cukup membangkitkan rasa.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Getas

Bahan-bahan

  • Sebiji kelapa parut*
  • Nasi 1 cwn blend dengan air sikit*
  • 500g tpg pulut*
  • 1/2 cwn tpg gandum*
  • 1st garam*
  • Sedikit air
  • Gula
  • Sedikit minyak

Sira

  • 1/2cwn gula
  • 5sm air

Cara buat Kuih Getas

  1. Satukan semua bahan bertanda* masukkan air sedikit dulu sampai adunan tak melekat pada tangan.
  2. Ambil sedikit minyak lumurkan pada tapak tangan untuk elakkan adunan melekat.
  3. Ambil adunan sebesar bola pingpong dan leperkan jangan terlalu nipis buat sampai habis.
  4. Panaskan minyak masukkan adunan yang dah dileperkan tadi api jangan besar sederhana sahaja goreng sampai kekuningan atau garing.

Sira

  1. Masak gula dan air sampai berbuih dengan api kecil.
  2. Boleh masukkan kuih getas tadi dan gaul sebati kena cepat gaul untuk bagi sekata siap.

Sumber: Hamizah Yatim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Getas Rangup

Bahan-bahan

  • 1cwn tepung pulut
  • 2sudu besar tepung gandum
  • Setengah cwn kelapa parut
  • Sikit garam
  • Air untuk bancuhan

Bahan lain

  • 3sudu besar gula
  • Sikit air

Cara buat Kuih Getas Rangup

  1. Satukan semua bahan kecuali air gaul sebati dan tuang air sikit demi sikit.
  2. Uli sampai jadi doh dan boleh lah buat bentuk kesukaan masing-masing.
  3. Panaskan minyak dan goreng.
  4. Sebelum goreng doh yang dibentuk tadi harus dicucuk dengan garpu dahulu takut dia meletup.
  5. Dah goreng ketepikan.

Bahan lain

  1. Satukan gula dengan air dalam kuali masak sampai gula pekat dan jadi petali.
  2. Selepas itu tuang kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula jadi bepalut.
  3. Siap angkat dah boleh dihidang.

Sumber: Masni Bahari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Getas Cheese

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tpg pulut
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan cream cheese di lembutkan
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Minyak utk mengoreng
  • Gula sira
  • 1/2 cawan air masak
  • 6 sudumakan gula pasir

Cara buat Kuih Getas Cheese

  1. Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan KECUALI air.
  2. Gaul rata dan tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekit.
  3. Ambil doh besar mana yang diingankan, bentukkan lonjong dan tekan sedikit untuk leperkannya.
  4. Ambil garpu dan cucuk di permukaannya supaya masa kita mengorengnya nanti ia tidak meletup-letup buat sampai doh habis dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak, dengan api sederhana goreng kuih getas hingga kekuningan angkat dan toskan.
  6. Untuk sira gula satukan gula dan air dalam kuali, dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga berbuih besar.
  7. Kemudian bertukar menjadi buih halus / kecil bolehlah masukkan kuih getas tadi.
  8. Kacau bagi rata lebih kurang 3 minit baru tutup api dan sambung mengacau sampai gula kering.

Sumber: Roha Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Getas Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Garam
  • Air

Cara buat Kuih Getas Mudah

  1. Campur semua tepung, kelapa parut dan garam masuk air sikit gaul sampai boleh bentukkan.
  2. Bulatkan sebesar bola ping pong kemudian penyekkan.
  3. Goreng kekuningan.
  4. Kemudian boleh lah sira dengan gula pasir.

Sumber: LiaJane San dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kuih ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda.

Jom semak juga resepi kuih lopes ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment