4 Resepi Kuih Kasturi (Kuih Rengas atau Kuih Kacang Hijau)

Kuih kasturi atau kuih rengas ia adalah sama, cuma gelaran sahaja yang membezakannya. Tekstur yang rangup diluar dan rasa kacang hijau ini cukup memberikan tarikan kepada kuih tradisi ini. Jom baca resepi kuih kasturi ini.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Kasturi

Bahan-bahan

Inti

  • 2 cawan kacang hijau (rendam dulu 5@6jam)
  • 3 sudu gula merah
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Daun pandan
  • 2 sudu Tepung gandum

Bahan Tepung Salutan

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning telur
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara buat Kuih Kasturi

  1. Untuk membuat intinya,
    rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut sehingga kering sedikit.
  2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah.
  3. Taburkan tepung gandum bagi melikatkn kacang hijau tadi. Gaul hingga rata dan sejukkan.
  4. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
  5. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.
  6. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan.
  7. Angkat dan tos kan atas paper towel.
  8. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.

Sumber: Dapur Dak Maz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kuih Gendang Kasturi

Bahan-Bahan

  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar kelapa parut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara buat Kuih Gendang Kasturi

  1. Rendam kacang hijau selama satu jam setengah atau sehingga lembut.
  2. Kemudian masak sehingga empuk.
  3. Apabila air hampir kering, masukkan gula, kelapa dan kacau sehingga kering.
  4. Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati angkat dan sejukkan.
  5. Bulat dan leperkan inti kacang.
  6. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung, air kapur, garam dan air secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  7. Panaskan minyak, celupkan inti kacang yang dibulatkan tadi kedalam tepung, dan goreng sehingga keperangan.

Sumber: Shashika Alia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Kasturi Frozen

Bahan-bahan

Bahan A

  • 500 gram kacang hijau direndam 1/2 jam
    Kemudian di rebus hingga empuk agak nak kering airnya tutup api dahulu

Bahan B

  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan air
    sebatikan dahulu ketepikan

Bahan C

  • 1 ketul besar gula* melaka
  • 1 cawan gula pasir* boleh kurangkan kalau tak suka manis
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 ¹/2 cawan air
  • 3 helai dain pandan

Bahan D

  • 1 biji kelapa putih
    Minyak masak untuk mengoreng

Cara buat Kuih Kasturi Frozen

  1. Masak hingga larut dan tapis terlebih dahulu.
  2. Kemudian satukan dalam kacang hijau bersama kelapa parut putih dan bancuhan tepung jagung tadi dan masuk sekali pada kacang hijau dan masak hingga pekat dan kental sejukkan.
  3. Timbang 30 gram dan bentukkan susun di dalam tray yang beralas plastik bekukan sekejap dalam freezer.
  4. Baru salut dengan bancuhan tepung beras.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Kasturi Mudah

Bahan-bahan

  • 1 kg kacang hijau
  • 1 bj kelapa parut
  • 1 cwn gula merah
  • Gula pasir ikut kemanisan yang kita hendak
  • Sdkt garam

Bahan salut

  • Tepong gandum 1 1/2 cwn
  • Tepong beras 4 sd besar
  • Sdkt air kapur
  • Garam
  • Kunyit atau perwarna kuning

Cara buat Kuih Kasturi Mudah

  1. Basuh kacang. Rendam sekejap.
  2. Selepas itu rebus hingga empuk. Bubuh kelapa dan gula.
  3. Kacau hingga kental. Boleh dikepal. Bulatkan.

Bahan salut

  1. Bancuh sebati dan dah boleh goreng.

Sumber: Badariah Abdrahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kuih kasturi atau rengas ini sesuai di buat minum petang dan juga sarapan.

Jom semak juga resepi kuih penyaram ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment