4 Resepi Talam Suji (Kuih Legend)

Sekarang ini memang jarang dah kita nak lihat kuih orang lama yang dijual. Kalau ada pun, dijual di kampung sahaja. Jika anda memang penggemar kuih orang lama seperti kuih lapis dan kuih tahi itik, pasti kenal dengan kuih talam suji. Kalau anda craving kuih legend ini, kami bawakan resepi talam suji untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Talam Suji

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 1 1/2 cwn tepung suji
  • 4 cwn santan cair
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 sudu garam (sudu kfc)

Lapisan atas

  • 4 cwn santan pekat
  • 1cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 cwn gula merah

Cara buat Talam Suji

Lapisan bawah

  1. Satukan semua bahan tapis dalam periuk.
  2. Kacau api perlahan.
  3. Agak nak pekat masukkan dalam loyang kukus selama 15 ke 20 minit.

Lapisan atas

  1. Satukan semua bahan tapis dalam periuk.
  2. Kacau api perlahan, agak nak pekat masukkan dalam kukusan yang pertama tadi.
  3. Kukus agak lama sikit 20 ke 30 minit.

Sumber: Zawiyah Mustafa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Tepung Talam Suji (Semolina)

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 11/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan cair
  • 3/4 cawan gula (ikut selera nak manis tambah lagi)
  • Secubit garam (ikut rasa)
  • Pewarna kuning

Lapisan atas

  • 4 cawan santan pekat
  • 1cawan tepung gamdum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir (ikut manis – masukkan dulu gula merah kalau kurang manis tambah gula pasir kalau dah sesuai tak perlu)

Cara buat Tepung Talam Suji (Semolina)

Lapisan bawah

  1. Bahan ini dicampurkan sekali dan dimasak diatas api yang kecil hingga agak pekat.
  2. Selepas itu masukkan dalam loyang ratakan dan mampatkan dan dikukus selama 20 – 30 minit.

Lapisan atas

  1. Semua bahan ini dicampurkan dan diadunkan sehingga tepung tidak berketul lagi mudah kalau masuk dalam blender kemudian tapis.
  2. Masakkan diatas api yang kecil hingga pekat.
  3. Lapisan bawah dah masak masukkan lapisan atas dan kukus selama 30 minit lagi pastikan periuk kukusan dibalut kain supaya air tidak menitik ke dalamnya.

Sumber: Norazlina MahmodMuslim Mohd Zaidee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Talam Suji Mudah

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 11/2 cwn tepung suji
  • 3cwn santan cair
  • 3/4cwn gula pasir (nak manis boleh tambah gula)

Lapisan atas

  • 1cwn tepung gandum
  • 3sudu tepung kastard
  • 3sudu gula pasir (nak manis boleh tambah)
  • 1/2cwn gula merah
  • Sedikit serbuk coklat
  • 31/2cwn santan pekat (untuk lemak)

Cara buat Talam Suji Mudah

Lapisan bawah

  1. Campurkan semua letak atas dapur dan kacau sampai pekat.
  2. Dah pekat bubuh dalam loyang tekan sikit bagi cantik dan kukus 15 minit.

Lapisan atas

  1. Campurkan semua sekali dan blend dan tapiskan.
  2. Dah siap bubuh atas lapisan bawah tadi kukus selama 15 ke 20 minit.
  3. Tunggu sejuk boleh potong.

Sumber: Sal Nizam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Talam Suji Durian

Bahan-bahan

Lapisan Bawah

Bahan A

  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 450 ml air

Bahan B

  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml airPewarna kuning (saya guna pewarna hijau)
  • 1/2 st esen vanilla

Lapisan atas

  • Durian 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Gula 1 cawan
  • Santan 3 cawan
  • Garam 1/2 sk
  • Tepung Kastard 1/2 cawan
  • Tepung Gandum 1/2 cawan
  • Perisa durian-warna kuning

Cara buat Talam Suji Durian

  1. Rendam Bahan A lebih kurang 30 minit.
  2. Satukan Bahan B dalam bekas dan kacau sebati kemudian tapis ke dalam Bahan A tadi.
  3. Masakkan atas api sehingga pekat dan keras sedikit adunan nampak macam terangkat sikit bila kita kacau.
  4. Tutup api dan ratakan dalam loyang saiz 8″ yang telah disapu minyak dan dialas plastik.
  5. Hentak-hentak sikit loyang agar adunan padat.
  6. Kukus dalam 25 minit.

Lapisan atas

  1. Kisar semua. Masak sehingga naik wap.
  2. Tuang atas adunan talam dan kukus sehingga masak (20 minit).
  3. Siap.
    Nota: Sejukkan 2 hingga 3 jam dan potong.

Sumber: Balkhais Rifaie dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi talam suji ini memberi sedikit manfaat untuk anda serta idea masakan.

Jom lihat juga resepi pulut sekaya kuih tradisional Kelantan ataupun kuih bangkit cheese.

Selamat mencuba!

Leave a Comment