4 Resepi Belut (Sedap Masak Apa?)

Belut mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan. Walaupun begitu ramai yang tidak gemar makan mungkin kerana tidak tahu untuk menyiang. Untuk anda penggemar belut kami kongsikan resepi belut khas untuk anda. Ingat, belut tak sama dengan ikan.

Jom kita try!

1. Resepi Paprik Belut

Bahan-bahan

  • 6 ulas bwg putih diketuk
  • 4 biji bwg merah mayang halus
  • 2 sb cili kisar
  • 2 sb sos tiram
  • 3btg serai diketuk
  • 5helai daun limau purut dikoyakkan
  • Tomato
  • Bunga kubis
  • Btg saderi
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara buat Paprik Belut

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Setelah naik bau, masukkan sos tiram.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan belut, serai dan daun limau purut.
  3. Setelah belut sedikit lembut masukkan sayur.
  4. Masukkan gula, garam dan perasa. Siap.
  5. Kalau nak pedas boleh letak lada kecik yang ditumbuk kasar.

Sumber: Syuhadah Zulkifli dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sup Belut

Bahan-bahan

  • 2 ekor belut (potong kecil dan bersihkan bersama asam jawa dan garam)
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • Sedikit lada hitam
  • 1 batang saderi (hiris)
  • 1 sup bunjut
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Daun sup, daun bawang,
  • Jus limau
  • 5 tangkai cili api (ketuk)
  • 2 biji tomato (hiris)
  • garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat Sup Belut

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan hiris sehingga wangi.
  2. Tambahkan secukupnya air dan sup bunjut.
    Setelah mendidih, masukkan belut dan bahan-bahan lain.
  3. Rasa asam garamnya. Sedia dihidangkan.

Sumber: Fauziah Yahya dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Belut Masak Cili Kering

Bahan-bahan

  • Belut sedang saiz 2 ekor
    Potong saiz 1½ inci
  • Bawang besar potong bulat2 1 biji besar
  • Bawang putih 2 ulas dihiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 10 batang cili kering
  • Serbuk kunyit (untuk goreng belut dulu)
  • Garam secukup rasa
  • Limau sambal 1-2 biji

Cara buat Belut Masak Cili Kering

  1. Goreng belut yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Dah garing belut terus masukkan cili kisar, gaul dan biar tumis sampai nampak garing, then masukkan cili kering, gaul rata.
  3. Then masukkan bawang merah dan bawang putih.
  4. Garamkan secukupnya.
  5. Biarkan sampai bawang nampak layu sikit.
  6. Jangan lupa perah limau dalam masakan then gaul sekejap.

Sumber: Nur Hairi Makririgold dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Belut Masak Berlado

Bahan-bahan

  • Setengah kilo belut letak garam&kunyit
  • Goreng

Bahan Sambal berlado

  • Bwang besar sebiji
  • Bwang putih 4 ulas
  • Halia 1 inci
  • Cili besar 4 bji
  • Daun limau purut 4 helai

Cara buat Belut Masak Berlado

  1. Blend bwang besar dengan cili (jangan bagi hancur sangat).
  2. Ketuk bwang putih dan halia.
  3. Tumis semua bahan diatas sehingga naik bau last skali masukkan belut yang dah dgoreng tadi,  siap.

Sumber: Wan Nurasiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda pertama kali makan, cuba dahulu dengan resepi yang kami kongsikan ini pasti anda suka.

Jom semak juga resepi meatball ala IKEA.

Selamat mencuba!

Leave a Comment