4 Resepi Meatball IKEA Simple (Bebola Daging Ala Swedish)

IKEA merupakan tempat atau gudang yang menjual pelbagai perabot, tapi apa yang paling menarik jika datang ke IKEA anda wajib singgah di kafe IKEA. Mereka menyajikan pelbagai makanan yang menarik untuk anda. Salah satu menu popular ialah meatball serta kuahnya yang cukup pekat. Kali ini kami kongsikan resepi meatball IKEA untuk ada, mudah sahaja cara dia.

Jom baca resepi ini.

1.Resepi Meatball With Gravy Ala IKEA

Bahan-bahan

Bahan gravy

  • 3 sudu besar butter
  • 1 biji bawang holland
  • Separuh biji tomato
  • 2 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam yg ditumbuk
  • 1 kiub pati daging @ ayam
  • Gula dan garam
  • Air 1 3/4 cawan
  • 150ml susu segar

Cara buat Meatball With Gravy Ala IKEA

  1. Tumis bawang holland dengan butter kemudian masukkan buah tomato dan tumis lagi.
  2. Masukkan tepung dan kacau lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan susu.
  3. Setelah itu masukkan semua bahan lain, masak seketika. sampai.. masak., rasa dulu jika perlu masukkan garam dan gula.
  4. Dah siap semua dimasak kisarkan gravy, masa panas nampak cair nanti sejuk akan pekat.
  5. Dah boleh dihidangkan.

Sumber: KieSha IzzRul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2.Resepi Meatball & Sos Gravy Ala IKEA

Bahan-bahan

  • 2 kotak beef ball (jenama Marina, 20 pcs 1 packet)
  • 1 bawang holland (potong dadu)
  • 80g salted butter (jenama Anchor)
  • ½ cawan tepung gandum
  • 4 cawan air
  • 2-3 kiub pati ayam (nak lebih sedap, guna kiub daging)
  • 1 cawan sour cream (tapi gantikan yogurt asli)
  • Daun parsley (dihiris halus)

Cara buat Meatball & Sos Gravy Ala IKEA

  1. Panaskan minyak, masukkan meatball.
  2. Tunggu sehingga meatball masak. Angkat, dan ketepikan.
  3. Untuk sos gravy, panaskan minyak. Masukkan bawang holland. Kemudian masukkan salted butter.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan air dan kiub pati ayam.
  6. Masukkan yogurt. Didihkan.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan daun parsley.

Sumber: Afrina Zulqarnaen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Meatball IKEA

Bahan-bahan

Bahan A

  • 750g daging cincang
  • 100g serbuk roti
  • 1 biji bawang besar – cincang halus
  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu full cream
  • Garam dan lada hitam

Bahan B

  • 40g mentega
  • 40g tepung gandum
  • 2 kiub pati daging
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil Dijon mustard
  • 150ml krim masakan/dairy whipping cream

Cara buat Meatball IKEA

Bahan A

  1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
  2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
  3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
  4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)

Bahan B

  1.  Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
  2.  Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
  3.  Masukkan air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
  4.  Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.
  5.  Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Sumber: Zan Zafirah Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Meatball Ala Ikea Versi Ume Kitchen

Bahan-bahan

  • 500 gm daging kisar
  • 1/2 biji bwg besar – cincang halus (*)
  • 1 sudu makan butter. (*)
  • 3/4 sudu teh lada hitam- powder
  • 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1-1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan bread crumb- blend halus
  • 30 ml fresh milk

Bahan Sos Gravy

  • Butter sos lepas masak meatball
  • 2 cawan chicken stok
  • 2 cawan whipping krim (*)
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • Lada hitam sikit – powder
  • 1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit untuk memekat
  • Garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.

Cara buat Meatball Ala Ikea Versi Ume Kitchen

  1. Tumis yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
  2. Satukan bahan selebihnya dan sebatikan rata. Masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang anda suka.
  3. Guna non stik pan, masukkan sikit butter dan masak api sederhana, tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak.

Sos Gravy

  1. Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
  2. Didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*).
  3. Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.

Sumber: Ume Love Mohd Yazid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kalau dah craving tak perlu susah-susah nak pergi IKEA, buat sendiri bukan sahaja jimat tapi perut pun senang hati.

Kalau tekak rasa nak makan makanan bebola style Nusantara pula, jom baca resepi bakso yang popular di Indonesia ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment