4 Resepi Eclair (Biskut & Kek Dari Perancis)

Biskut eclairs yang berasal dari Perancis ini merupakan resepi berasaskan pastri doh yang diisi dengan krim dan di atasnya mempunyai pelbagai topping yang menarik. Selalunya resepi eclair mempunyai toppings coklat yang cukup sedap.

Izinkan kami berkongsi resepi ini.

1. Resepi Eclair

Bahan-bahan

Puff eclair

  •  300 ml air
  • 160g butter
  • 2 sb gula
  • 1 sdt esen vanilla
  •  1/2 sdt garam
  • 160g tepung gandum
  •  4 biji telur gred b suhu bilik

Filling coklat 

  • Coin chocolate milk compound (jenama Beryls)
  • Whipping cream
  •  Sukatan guna ratio 2:1 maksudnya guna sukatan cawan, 2 cawan chocolate compound, 1 cawan whipping cream
  •  Guna kaedah double boil
  •  Kemudian sejukan kalau nak cepat dia keras skit untuk senang piping hias nanti, masukkan dalam peti ais tempat beku selama 10 minit

Cara buat Eclairs

  1. Panaskan air & butter dalam periuk hingga cair.
  2. Masukkan gula, esen vanilla & garam  kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung kacau hingga adunan tidak melekat di periuk.
  4. Angkat ketepi & sejukan.
  5. Kemudian masuk adunan dalam mixer, masukan telur dan pukul kelajuan sederhana hingga sebati.
  6. Masukkan adunan dalam piping beg tak perlu guna nozzle potong hujung piping beg anggaran lubang size duit 5 sen.
  7. Piping atas loyang agak panjag jari tengah kita.
  8. Renjis air sikit pada adunan piping tadi untuk bagi dia naik masa bakar, bakar oven suhu 200 darjah masa 25 minit.
  9. Jangan buka oven masa tengah bakar nanti eclair tak jadi (sebelum baker, panas dulu oven ikut suhu bakar 10 minit).
  10. Sejukan eclair kemudian masukkan filling masukan filling ni ada 2 cara, 1 belah atas eclair @ tebuk lubang di bawah.
  11. Filling boleh guna deco di atas eclair.
  12. Last sekali deco ikut kreativiti sendiri kemudian bedakkan sikit gebu dengan icing sugar.
  13.  Filling boleh tukar filling kastard.

Sumber: Mazliyani Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Eclair Filling Fresh Cream Coklat

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan air
  • 125 gm butter

Bahan B

  • 1 cawan tpg gndum

Bahan C

  • 4 bji telur

Cara buat Eclair Filling Fresh Cream Coklat

  1. Panaskan oven 150′ api bawah 10 minit.
  2. Masak bahan A dalam periuk sampai cair.
  3. Dah cair masuk  bahan B kacau sampai sebati (jadi ketul).
  4. Dah sebati tuang dalam bekas besar kacau sampai sejuk.
  5. Masuk bahan C.
  6. Dah sebati masuk dalam plastik.
  7. Boleh guna acuan semperit.
  8. Picit dalam loyang.
  9. Bakar 150 api atas bawah 35 minit.
  10. Dah masak keluarkan bagi  sejuk.
  11. Buat lubang tengah isi filling.

Filling

  1. Cair atas api.
  2. Fresh cream vivo 1 cawan mix kental.
  3. Masukkan coklat cair tadi 3 sudu besar gaul kaup balik isi dalam eclair tadi.
  4. Last coklat cair tadi tuang atas eclair.

Sumber: Hidayah Jamaludin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Eclair Nutella

Bahan-bahan

Puff eclair 

  •  300 ml air
  •  150g (butter / majerin)
  •  3sb gula
  •  1 sk esen vanilla
  •  1/2 sk garam
  •  160g tepung gandum
  •  4 biji telur gred b

Filling coklat 

  • Fresh cream
  • *vivo mix kental

Bahan B filling coklat

  • 250g coin chocolate milk compound
  • 3sb nutella
  • 1/2cawan whipping cream uht
  • Guna kaedah double boil/masuk dalam pengukus pun boleh
  • Kemudian sejukan kalau nak cepat dia keras sikit untuk senang kita piping/hias nanti, masukkan dalam peti ais tempat beku selama 10 minit

Cara buat Eclair Nutella

  1. Panaskan air & butter dalam periuk hingga cair dan mendidih ganas.
  2. Slowkan api masukkan gula, esen vanilla & garam  kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung kacau hingga adunan tidak melekat di periuk.
  4. Angkat ketepi & sejukan agak suam.
  5. Kemudian masuk adunan dalam mixer, masukkan telur satu per satu selangkan dalam 3 saat dan pukul kelajuan sederhana hingga sebati.
  6. Masukkan adunan dalam piping beg tak perlu guna nozzle potong hujung piping beg anggaran lubang size jari kelingkin atau jari manis.
  7. Piping atas loyang dalam 3 cm panjang.
  8. Renjis air sikit pada adunan piping tadi.
  9. Bakar suhu 180 masa 25, hingga 30 minit ikut oven masing-masing.
  10. Sejukan eclair kemudian masukkan filling masuk tebuk bahagian bawah sikit dan piping filling.
  11. 250g beryls dark compound double boil.
  12. Celupkan permukaan eclair tadi dan biarkan keras.
  13. Filling tu boleh guna deco kat atas eclair/paip nutella.

Sumber: Azlina Ina Fans

 

4. Resepi Eclair Bakery Style

Bahan-bahan

Inti

  • 1/2cup air
  • 1/2cup susu tepung
  • 3sdm tepung jagung
  • 1bji telur
    Whisk kan semua hingga sebati

Bahan lain

  • 1cwn air
  • 1/2cwn gula

Kulit

  • 1cwn air
  • 100g mentega
    Masak hingga mentega cair dan mendidih

Cara nak buat Eclair Bakery Style

  1. Dalam periuk masukkan setengah cawan air dan gula.
  2. Masak bagi gula dan air mendidih terus masukkan bahan di atas.
  3. Masak hingga pekat dan meletup-letup.
  4. Msuk 1sdm esen vanilla dan 2sdm mentega.
  5. Kacau lagi hingga nampak pekat dan berkilat.
  6. Tutup api pindahkan inti ke dalam mangkuk.
  7. Tutup dengan plastik wrap ketepikan dulu.

Kulit

  1. Terus kacau supaya adunan tak berketul.
  2. Dan tak melekat tutup api pindahkan adunan ke dalam mangkuk.
  3. Pecahkan 4bji telur dalam bekas lain.
  4. Masuk satu persatu telur dalam adunan guna whisk kacau hingga adunan sebati dan lembut.
  5. Sediakn piping begIsi adunan dlm piping beg
  6. Pansakn oven 170, paipkn 4 inci dalam loyang.
  7. Buat sampai habis. Bakar selama 35minit.
  8. Bila dah masak potong sikit untuk masukkn inti tadi.
  9. Cairkn coklat.
  10. Paipkn atas eclair.

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Jika anda rasa seperti leceh untuk membuat resepi eclair ini, tidak mengapa anda boleh di luar, dah ramai yang menjual biskut dan kek eclair ini.

Inginkan resepi biskut yang lain? Jom baca resepi biskut badam pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment