4 Resepi Ikan Belanak (Sedap Masak Apa?)

Sebelum ini, kami pernah kongsi resepi ikan mayong, kaci dan kerisi. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda resepi ikan belanak. Ikan belanak ini adalah ikan air masin. Kalau anda ada ikan belanak di rumah dan tak tahu nak masaka apa, jemput baca sampai habis resepi ini.

Jom kita try!

1. Resepi Pulut Lemak Ikan Masin Belanak

Bahan-bahan

  • Pulut 10kg untuk 100pax
  • Santan 4kg
  • Ikan masin belanak 100 ekor

Cara buat Pulut Lemak Ikan Masin Belanak

  1. Rendam pulut selama 2jam dan kukuskan.
  2. Goreng ikan belanak. Dengan minyak yang banyak.
  3. Setelah pulut kembang. Keluarkan kedalam bekas. Masukkan santan dan secubit garam. Gaul rata dan biarkan.
  4. Siap. Selamat menjamu selera.

Sumber: Zarina Md Saad Nana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Asam Pedas Kuning Kelantan Ikan Belanak

Bahan-bahan

  • Ikan belanak / kerisi / duri ( ikut suka)
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 -4 ulas bawang merah*
  • Seinci lengkuas*
  • 2 3 biji cili padi * (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Sedikit serbuk kunyit *
  • 2 btg serai
  • Daun kesum
  • 3 – 4 keping Asam keping (saya suka masam)
  • Sedikit Ajinomito  jika suka)

Cara buat Asam Pedas Kuning Kelantan Ikan Belanak

  1. Masukan ikan dalam periuk.
  2. Kisar bahan bertanda* dan masukan dalam periuk yang ada ikan tadi.
  3. Masukan asam keping dan serai yang di titik.
  4. Masukan garam.
  5. Masak sehingga ikan masak then masukan daun kesum.
  6. Biarkan sehingga daun kesum layu. Tutup api dan masukan sedikit ajinimoto. Siap.

Sumber: Ross Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ikan Belanak Kukus Lemon Asam Boi

Bahan-bahan

  • 5 ekor ikan belanak fresh (boleh tukar siakap atau kerapu)
  • Bawang merah
  • Bawang putih (kasi lebih)
  • imau nipis 3 biji (perah dakam tray berisi ikan)
  • Lemon 1 biji (perah dalam tray juga)
  • 5 biji asam boi
  • Garam dan penambah perisa (secukupnya)
  • Sos ikan 2 sudu

Cara buat Ikan Belanak Kukus Lemon Asam Boi

  1. Daun coriander sikit (tabur atas ikan).
  2. Cili padi hiris halus tabur kasi pedas sikit.
  3. Semua dalam tray kukus tapi jangan lama sangat takut fresh ikan tu hilang dalam 10-15min ok dah. Settle.

Sumber: Jefri Abdullah dariMasak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Belanak Masam Goreng Bawang Petai

Bahan-bahan

  • Ikan belanak masam
  • Bawang putih (bagi lebih)
  • Bawang merah (bagi lebih)
  • Petai (bagi lebih)
  • Cili padi

Cara buat Ikan Belanak Masam Goreng Bawang Petai

  1. Goreng semua dan settle.

Sumber: Jefri Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Dah ada idea untuk masak apa dengan ikan belanak ini? Jangan lupa cuba ya!

Jom semak juga resepi pelbagai ikan dengan cara masakan yang sedap dan mudah.

Selamat mencuba!

Leave a Comment