4 Resepi Ikan Tongkol (Sedap Masak Apa?)

Ikan tongkol mempunyai dua jenis iaitu ikan tongkol putih dan hitam. Saiz ikan tongkol juga besar dan mempunyai isi yang sangat tebal. Di Pantai Timur popular dengan gulai ikan tongkol yang dimakan bersama nasi dagang. Kali ini kami menyediakan beberapa resepi ikan tongkol yang lain.

Jom kita try!

1. Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Simple

Bahan-bahan

Bahan rebus ikan 

  • Garam
  • Gula melaka
  • Asam keping

Bahan lain

  • Bawang merah, bawang putih
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Lada kering
  • Santan
  • Gula melaka
  • Timun

Cara buat Gulai Kuning Ikan Tongkol Simple

  1. Blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup & lada kering.
  2. Panaskan santan then masukkan bahan blend. Kacau selalu supaya santan tak berketul. Saya campurkan sedikit lada kering serbuk cap babas.
  3. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus.
  4. Ikan rebus ni makin lama simpan dalam peti ais makin bertambah sedap. Sebati masam-masin-manis.
  5. Last sekali, masukkan asam keping, gula melaka, lada hijau solok, timun. Kecilkan api, masak biar santan pecah minyak.
  6.  Siap untuk dihidang.

Sumber: Ben Ameer Nour Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Asam Pedas Ikan Tongkol

Bahan-bahan

  • Bwg merah, bwg putih, halia sikit dan belacan sikit (blend halus)
  • Cili kisar
  • Asam jawa (bancuh air)
  • Daun kesum@daun limau purut
  • Terung,Tomato & Bendi
  • Garam perasa
  • Gula
  • Ikan tongkol

Cara buat Asam Pedas Ikan Tongkol

  1. Tumis bahan blend smpai naik bau dan masukkan cili kisar bagi pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa.
  3. Bila dah didih kuah masukkan ikan, terung, bendi dan daun kesum@ daun limau purut nak letak bunga kantan pun boleh.
  4. Bila dah masuk semua, perasakan garam gula.
  5. Kalau masak suka letak ajino boleh ikut citarasa sendiri last skali bila dah didih masak semua baru masukkan tomato.
  6. Tutup api dan siap.

Sumber: Puan Nadia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Ikan Tongkol

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol rebus dulu
  • 5,6 asam keping
  • Lengkus (ketuk)
  • Separuh gula melaka
  • Garam kasar

Bahan kisar

  • Cili kering (rebus)
  • Separuh biji bwg holland
  • 5,6 biji bwg merah
  • 1 inci halia

Cara buat Sambal Ikan Tongkol

  1. Selepas rebus ikan, goreng dulu tapi sekejap, jangan lama nanti keras.
  2. Ketepikanc dan tumis sampai pecah minyak letak gula melaka sikit asam keping atau air asam jawa.
  3. Dan perasakan dengan gula garam bila dah cukup rasa masuk ikan yang di goreng tadi.
  4. Letak hirisan bawang hollad dan siap.

Sumber: Ekin OmAr dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan tongkol@ikan aye (gaul sedikit garam dan kunyit kemudian goreng angkat dan toskan)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 pcs asam keping
  • Sedikit kicap manis (brand kipas udang)
  • Sedikit kicap masin
  • 2 cawan air (untuk kuah)
  • 1 sudu teh gula pasir (optional)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang serai diketuk (optional)
  • 3 senduk minyak
  • Sedikit bahan perasa

Bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 4- 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 10-15 tangkai cili kering
  • (Kisar semua bahan ini dengan 1/2 cawan air)
  • 1 biji bawang besar potong bulat (hiasan)
  • 10 pcs cili padi (hiasan)
  • 1 pcs cili besar merah (hiasan)

Cara buat Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili

  1. Panaskan minyak masukan bunga lawang dan serai.
  2. Apabila serai dah layu masukan bahan kisar, gula,garam, asam keping dan sedikit bahan perasa  tumis hingga betul naik minyak dan garing.
  3. Masukan kicap manis (lebih) dan sedikit kicap masin dan kacau.
  4. Masukan air apabila kuah dah mendidih masukan ikan biar mendidih dan kuah mula pekat bolehlah masukan bawang dan cili padi.
  5. Sesuaikan rasa kalau kurang masin tambah sikit kicap masin, sedia untuk dihidang.

Sumber: Mariana Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Nampak menarik kan resepi ikan tongkol, banyak resepi yang anda boleh cuba sebenarnya.

Jom baca resepi kailan ikan masin memang sedap.

Selamat mencuba!

Leave a Comment