4 Resepi Ikan Jenahak (Sedap Masak Apa?)

Ikan jenahak bukan sekadar enak dimasak kari tapi pelbagai cara masakan pun boleh buat. Selalu sangat kita dengar kari ikan jenahak kan? Makan di luar memang mahal. Jadi, kami kongsikan pelbagai resepi ikan jenahak untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Kari Ikan Jenahak

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • Halba (nak pakai halba campur pun ok je)
  • Biji sawi
  • Bawang putih sepuluh ulas
  • Daun kari

Bahan sayur

  • Terung bulat
  • Bendi
  • Kedua dua sayur lumur dengan kunyit dan goreng sedikit
  • Tomato potong dan simpan tepi

Bahan basah

  • Santan nipis
  • Serbuk kari ikan
  • Serbuk kunyit
  • Kalau nak pedas letak serbuk cili sikit
  • Garam secukupnya
  • Semua barang gaul sekali dalam bekas dan simpan tepi

Cara buat Kari Ikan Jenahak

  1. Dalam bekas berasing pplan, buat sedikit air asam dan simpan dulu.
  2. Ikan Jenahak atau apa-apa ikan yang dah dipotong dan dibersihkan. Ikut cara sendiri la nak hilangkan bau hanyir.
  3. Tumis semua bahan tumis tadi sampai naik wangi dalam minyak yang cukup. Biji sawi tu kena meletup baru betul.
  4. Masukkan air campuran yang kita sediakan tadi dan biar sampai mendidih.
  5. Masukkan sayur yang digoreng tadi dan masukkan ikan kita. Lepas masuk ikan ni jangan kacau terlalu banyak. Biar mendidih je cukup.
  6. Lepas tu masukkan air asam dan biar didih kejap.
  7. Last sekali masukkan tomato dan test garam.
  8. Boleh hias ngan daun ketumbar.
  9. Gabungan terbaik bersama taugeh goreng kilas atau Raita timun.
  10. *kalau pakai ikan sungai boleh letak sedikit halia.

Sumber: Veera Saravanan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak

Bahan-bahan

  • 1 kepala ikan jenahak
  • 1 peket sup ikan adabi
  • 3 biji bawang merah ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 batang lobak merah
  • 4 biji cili hijau diketuk
  • 2 cawan air putih
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Sup Kepala Ikan Jenahak

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sehingga garing dan kekuningan.
  2. Kemudian, tambahkan air putih dan masukkan rempah sup ikan adabi.
  3. Biarkan ia mendidih baru masukkan kepala ikan. Biarkan lagi sehingga ikan hampir masak.
  4. Tambah bahan perasa iaitu gula dan garam. Kacau sebati dan boleh masukkan bahan hiasan lain.
  5. Tunggu sehingga ikan masak dan siap untuk dihidang.

Sumber: Cheyah Saripuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ikan Jenahak Masak 3 Rasa

Bahan-bahan

  • Bwg merah*
  • Bwg putih*
  • Cili kering* (gunting dan rendam air panas)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serai (ketuk)
  • Timun
  • Nenas
  • Tomato
  • Bwg holland
  • Cili merah

Cara buat Ikan Jenahak Masak 3 Rasa

  1. Blender bahan yang bertanda*tumis serai ketuk tumis sampai naik minyak.
  2. Kemudian letak sos cili dan sos tomato, tumis sampai minyak naik, letak air sikit, garam dan ajinomoto.
  3. Bagi smpai mendidih (tomato, nenas, timun potong dadu atau racik)last letak bawang holland potong dan cili merah.
  4. Kemudian siram atas ikan siap.

Sumber: CT Nazura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Jenahak Masak Cuka

Bahan-bahan

  • Isi ikan jenahak potong saiz 3-4cm
  • Sebiji bawang besar (hiris kasar)
  • 10-12 ulas bawang putih (hiris kasar)
  • Halia (potong besar batang mancis)
  • Cili besar setangkai (hiris nipis)
  • Gula melaka besar ibu jari (boleh guna gula biasa)
  • Garam kunyit secukup rasa
  • Sos tiram satu sudu (tak wajib)
  • Sos ikan satu sudu (tak wajib)
  • Cuka makan 3 sudu (kalau tak suka cuka boleh ganti air asam jawa)

Cara buat Jenahak Masak Cuka

  1. Gaul isi ikan dengan garam kunyit.
  2. Goreng ikan bagi garing.
  3. Dah goreng siap asingkan ikan.
  4. Selepas itu buang minyak ikan tu dan tinggal sikit dalam kuali.
  5. Guna minyak ikan tu balik untuk tumis bawang halia dgn bawang putih.
  6. Bila dah layu bawang masukkan gula melaka sos tiram dgn sos ikan dan cuka.
  7. Bila dah sebati semua masukkan ikan tadi dan masukkan air secawan bagi ada kuah.
  8. Masukkan cili besar yang dihiris.
  9. Kalau nak pedas boleh guna cili padi banyak.

Sumber: Razilanudin Haji Mat Rodzi  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ikan jenahak ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Kalau tak suka jenahak, boleh tukar dengan siakap 3 rasa dan siakap stim.

Jom semak resepi pelbagai ikan patin dan ikan bilis juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment