3 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple (Masak Tiga Rasa Ala Thai)

Kebiasaannya kalau pergi ke restoran Thailand, pasti akan memesan menu ikan siakap 3 rasa. Kerangupan ikan dan kelembutan isi yang digoreng, disadur pula bersama kuah pelbagai rasa pasti membangkitkan selera. Cuma tak semua orang tahu cara masak ala thai. Jadi, jika anda ingin mencuba resepi mudah ini di rumah, kami sediakan resepi ikan siakap 3 rasa seperti di bawah.

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai Pasti Licin

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Tepung jagung 2 sb
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Bahan cincang halus

  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 3 ulas bawang putih di cincang
  • 3 cm halia muda hiris

Bahan Hiasan

  • 1 biji cili benggala/lada besar dipotong dadu
  • Nenas dipotong dadu/perahan limau nipis 1sb

Bahan Dihiris Halus

  • 3 helai daun limau purut
  • Daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:

  • 3 sb cili kisar
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb sos tiram
  • Garam
  • 3 sb sos cili thai

Bahan Hiasan

  • 1 biji cili benggala dipotong dadu/ lada merah besar
  • Nenas dipotong / perahan limau nipis 1 sb

 

Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

  1. Lumur ikan dengan garam kunyit, lada sulah, tepung jagung dan digoreng garing
  2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit
  3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain serta garam dan gula
  4. Masukkan bahan-bahan hiasan
    5. Masukkan bahan hirisan halus
    6. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
    7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas-panas

 

Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Harini

 

2. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple

Bahan-bahan

  • Ikan siakap

Bahan Sos

  • Sos ikan 3 sb
  • Sos cili 3 sb
  • Kicap lemak manis mengikut citarasa
  • Sos tiram 3-4 sb
  • Kiub ayam 1/2 atau 1 ketul
  • 1 sk serbuk lime/perahan limau nipis

Bahan Tumisan (dicincang halus/kasar)

  • Halia
  • Cili padi hijau
  • Cili merah besar
  • Bunga kantan
  • Nenas sedang-sedang masak
  • Bawang kecil 5 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Daun limau
  • Sedikit cili kisar

Bahan hiasan

  • Tomato
  • bawang besar
  • daun bawang

 

Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Simple

  1. Goreng ikan hingga garing
  2. Tumis bawang merah, halia, cili Melaka, cili merah, bunga kantan, bawang putih hingga naik bau
  3. Masukkan nenas dan cili kisar
  4. Masukkan bahan sos tadi. Jika agak kering, masukkan sedikit air tau
  5. Perasakan dengan gula dan garam
  6. Kacau sebati dan tuang kuah atas ikan digoreng tadi

Sumber: Suzy Dujie dari Masak Apa Harini

 

3. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Thailand

Bahan-bahan

Bahan goreng ikan

  • Ikan
  • tepong jagung
  • garam
  • kunyit ( goreng )

Bahan sos

  • Sos tiram
  • sos tomato
  • sos cili thai

Bahan ditumbuk

  • cili merah
  • bawang merah
  • bawang putih ( tumbuk )

Bahan dipotong dadu

  • Bawang holland
  • tomato
  • cili padi
  • timun
  • nenas ( potong dadu )

 

Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Thailand

  1. Goreng ikan
  2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili thai
  4. Tambah sedikit air
  5. Masuk semua bahan-bahan di potong dadu
  6. Tambah gula, garam, serbuk cukup rasa
  7. Curah atas ikan yang sudah siap digoreng

Sumber: Mazidah Ab Majid dari Masak Apa Harini

 

Akhir kata

Tidak sampai 10 minit pun, rasa boleh siap resepi ringkas ikan siakap 3 rasa ini. Bahan-bahan juga mudah di dapati dan rasa lebih puas jika masaknya sendiri. Sesuai sebagai alternatif siakap stim.

Untuk resepi ikan-ikan yang lain, boleh cuba resepi ikan bakar, ikan masak singgang dan juga ikan merah.

Selamat mencuba!

Leave a Comment