4 Resepi Ikan Bilis (Sedap Masak Apa?)

Ikan bilis bukan sebarang ikan bilis nampak sahaja kecil tapi bila dah dimasak dan dimakan boleh ralit. Ikan bilis memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Kami nak kongsikan resepi ikan bilis yang mudah untuk anda. Sedap masak apa sebenarnya?

Jom kita try!

1. Resepi Kerabu Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • Bawang Besar
  • Cili Padi
  • Bunga Kantan
  • Serai

Cara buat Kerabu Ikan Bilis

  1. Hiris halus bahan-bahan.
  2. Tambah gula, jus limau, serbuk pati ayam (sikit sebab ikan bilis dah masin) & ikan bilis goreng.
  3. Gaulkan sebati. Siap.

Sumber: Syazwani Azmira Adin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Bilis Goreng Petai

Bahan-bahan

  • Ikan bilis 400gram
  • Bwg besar 4 labu
  • Bawang putih 30 ulas/boleh kurangkan jika tidak suka
  • Cili api 15bj
  • Cili besar hijau & merah 10bj
  • Petai 5 papan
  • Minyak secukupnya untuk menumis garam & secukup rasa

Cara buat Ikan Bilis Goreng Petai

  1. Panaskan minyak dalam 1 setengah cawan, tumiskan bawang merah & bawang putih (jangan terlalu garing).
  2.  Kemudian masukkan ikan bilis, goreng juga jangan garing, biar lembut sikit ikan bilis.
  3. Masukkan petai, cili api & cili besar, secubit garam & secukup rasa.
  4. Kacau dan boleh di hidang kan.

Sumber: Dtn Seri Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3.Resepi Kacang Pedas Bilis

Bahan-bahan

  • 1 kg kacang tanah
  • rm 5 ikan bilis
  • 3 senduk lada mesin
  • 10 ulas bawang putih (blend)
  • Minyak secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu makan gula merah
  • 3 biji gula batu
  • 1/2 cawan air

Cara buat Kacang Pedas Bilis

  1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak  api yang slow.
  2. Nak garing (jangan smpai pahit) angkat toskan minyak.
  3. Goreng pulak ikan bilis sampai garing dan toskan.
  4. Keluarkan minyak tadi tinggalkan dalam sesenduk dalam kuali dan tumiskan bawang putih tadi sampai kuning sikit.
  5. Masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah dan gula batu dan air, api slow kacau smpai dia likat dan pekat.
  6.  Bila dah cukup rasa semua tutup la api dan biarkan sejuk.
  7. Bila dh betul sejuk baru gaulkan kacang dan bilis dalam lada tu tadi masukkan dalam tapis untuk toskan minyak da simpan dalam bekas bertutup.

Sumber: Faizah Md Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Bilis Masak Asam

Bahan-bahan

  • Ikan bilis
  • Bawang besar sebiji ( hiris )
  • Bawang putih 3 ulas ( hiris )
  • Cili padi ( potong tengah )
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula

Cara buat Ikan Bilis Masak Asam

  1. Goreng ikan bilis dulu angkat dan toskan.
  2. Guna sedikit minyak goreng ikan bilis tadi, panaskan dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  3. Masukkan air asam jawa terpulang nak banyak mana kuah dan agak cukup masam dia biar sampai mendidih.
  4. Masukkan ikan bilis, gula dan garam biarkan kejap agak ikan bilis dah lembut sikit siap.

Sumber: Akma Abdullah  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir Kata

Mudahkan nak buat resepi ini? Jangan tak cuba ya.

Anda pasti suka dengan resepi kailan ikan masin yang simple ini.

Memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!

Leave a Comment