4 Resepi Daging Paprik (Menu Simple Tapi Sedap)

Antara menu yang cukup mudah nak buat ialah daging paprik. Bila dah ada lauk daging paprik ini tak perlu lagi lauk sayur yang lain. Daging paprik ini sudah cukup kombinasi yang ada. Jom kami kongsikan resepi daging paprik yang mudah untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Paprik Daging

Bahan-bahan

  • Daging 1/2 kg
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Bawang merah besar – 1 biji
  • Lobak merah + baby corn + kobis bunga –
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 atau 2 sudu kicap
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • Daun limau purut
  • Serai dan halia
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara buat Paprik Daging

  1. Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato, sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit).
  4. Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut.
  5. Masukkan daging.
  6. Masukkan baby corn dan kobis bunga.
  7. Gula dan garam secukupnya biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah.
  8. Kacau sedikit dan angkat.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Paprik Daging Ala Thai

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Serai
  • Bawang besar
  • Sambal belacan
  • Daging
  • Air rebusan daging
  • Daun limau purut
  • Sos cili 3 sudu
  • Sos tiram 1 sudu
  • Sayur
  • Gula
  • Garam

Cara buat Paprik Daging Ala Thai

  1. Panas minyak.
  2. Tumis dan ketuk bawang putih, serai, bawang besar dihiris.
  3. Masuk sambal belacan yang dah [email protected] dalam tiga sudu.
  4. Masuk daging.
  5. Masuk air rebusan daging.
  6. Daun limau purut.
  7. Sos cili  tiga sudu sos tiram satu sudu kicap.
  8. Masuk sayur.
  9. Gula sikit dan garam.
  10. Siap dihidang.

Sumber: Sharifah Hanim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Daging Masak Merah Paprik

Bahan-bahan

  • Setengah kilo daging
  • 3 sb rempah ayam bakar madu KNOR
  • Bawang besar
  • Serai
  • 2sb sos tiram
  • 2sb paste tomyam
  • Carrot, kacang panjang, cili padi, daun limau purut

Cara buat Daging Masak Merah Paprik

  1. Setengah kilo daging yang telah direbus, dipotong nipis, diperap dengan 3 sudu besar rempah Ayam Bakar Madu by KNOR’s Kitchen selama 5 minit.
  2. Tumis bawang besar, halia, serai yang diketuk.
  3. Masukkan daging, goreng hingga sebati.
  4. Masukkan 2 sb sos tiram, 2 sb sos tomato, 1sk paste tomyam, gaul, sebatikan
  5. Masukkan carrot , kacang panjang, cili padi, daun limau purut.
  6. Kacau dan angkat.
  7. Siap

Sumber: Normata’siah Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4.Resepi Paprik Daging Simple

Bahan-bahan

  • Kicap manis & masin
  • Cili kering (kisar)
  • Sos tiram sos tomato dan sos cili
  • Daging (rebus dulu)
  • Sayur-sayuran
  • Bawang putih (5ulas)
  • Daun limau purut

Cara buat Paprik Daging Simple

  1.  Hiris nipis daging yang dah siap rebus dan goreng kejap.
  2. Tumis bawang putih dan cili kering.
  3. Masuk segala sos sos cili dan tomato.
  4. Letak kicap dan perasakan dengan garam.
  5. Masuk sayur-sayuran dan daun limau.
  6. Sayur dah agak masak boleh letak daging.
  7. Campak bawang holland.
  8. Siap!

Sumber: Yuyu Sempoy dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Menyelerakan betul resepi daging paprik ini. Tak sabar nak cuba kan?

Jom semak juga resepi paprik ayam ini.

Selamat mencuba!

 

 

 

Leave a Comment