4 Resepi Ikan Mayong (Sedap Masak Apa?)

Selalunya kita tahu ikan mayong masak asam pedas. Tapi sebenarnya ikan mayong sedap juga dimasak dengan cara lain. Ini ada beberapa koleksi resepi ikan mayong.

Jom kita try!

1. Resepi Asam Pedas Ikan Mayong

Bahan-bahan

  • 30tangkai cili kering
  • 5biji bawang merah
  • 4ulas bawang putih
  • 1biji bawang besar
  • 1inci kunyit
  • 1inci halia
  • 1sudu besar lada hitam
    Kisar halus semua

Cara buat Asam Pedas Ikan Mayong

  1. Tumis sehingga naik bau dan garing..letak air, air asam jawa, garam, perasa dan gula sikit.
  2. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan dan daun kesum.
  3. Biarkan smpai ikan masak dah kuah agak pekat.

Sumber: Siti Zaleha Mohd Mujer dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Lemak Cili Api Telur Ikan Mayong

Bahan-bahan

  • Telur ikan mayong
  • Cili api segenggam
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Daun kunyit
  • Belimbing buluh / mangga mengkal
  • Santan
  • Garam
  • Asam keping (pilihan)

Cara buat Lemak Cili Api Telur Ikan Mayong

  1. Gaul telur ikan bersama garam & limau nipis perap seketika. cuci bersih.
  2. Tumbuk cili api kunyit hidup garam.
  3. Masukkan serai & bumbu dalam periuk.
  4. Bila kering sedikit masukkan santan & air.
  5. Bila kuah mula mendidih masukkan telur tadi.
  6. Masak dengan api perlahan & lama (supaya telur dalam sarung keras)
  7. Masukkan mangga or belimbing dan daun kunyit.
  8. Biar mangga tadi lembut dan kuah pekat.
  9. Sesuaikan rasa garamnya..
  10. Masak lemak siap.

Sumber: Kak Yong Asmahan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ikan Mayong Masak Cuka

Bahan-bahan

  • Bawang
  • Halia
  • Halba campur
  • Cuka 3sd
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Ikan bilis
  • Gula
  • Tomato

Cara buat Ikan Mayong Masak Cuka

  1. Tumis bawang, halia, dan halba campur.
  2. Macam biasa bagi kekuningan.
  3. Masukkan air 3 cawan.
  4. Cuka 3 sudu kalau nak masam lebihkan.
  5. Masukkan ikan & bahan lain.
  6. Biarkan je dia mendidih atas api.
  7. Perasakan garam & serbuk perasa.
  8. Ikan bilis & gula sikit.
  9. Last sekali masukan tomato kalau suka, bahan tambahan je ni
    *pastikan lengkuas muda
    * ikan tu goreng dulu manja

Sumber: Hayati Abdul Hamid  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kari Ikan Mayong Tanpa Santan

 Bahan-bahan 

  • 2 ekor ikan  mayong
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh halba
  • 1 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering

Cara buat Kari Ikan Mayong Tanpa Santan

  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum.
  2. Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus.
  3. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
  4. Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari.
  5. Tumis hingga harum dan bawang garing.
  6. Bila dah garing masukkan bahan kisar. Masak lagi hingga garing dan terbit minyak.
  7. Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.
  8. Masak hingga cili benar-benar garing.
  9. Kemudian masukkan rempah kari ikan.
  10. Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  11. Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.
  12. Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa.
  13. Kari ikan kena rasa masam sikit, jadi air asam ni bubuh lebih sikit.
  14. Kemudian tambahkan air. Biarkan ia merenih sebentar.
  15. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  16. Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.
  17. Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.

Sumber: Reen Sofee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Terliur kan resepi ikan mayong ini. Rugi anda tak cuba di rumah.

Jom semak juga resepi ikan bawal yang sedap di masak 3 rasa serta ikan belanak goreng.

Kalau mahu lebih, jemput baca koleksi resepi ikan yang ada di sini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment