4 Resepi Miang Pla (Ikan Talapia Goreng & Sos Hijau)

Salah satu resepi asli dari Thailand yang semakin popular di Malaysia ialah Miang Pla. Resepi miang pla ini cukup unik dan mempunyai identiti tersendiri. Mana tidaknya “hero utama” bagi menu ini ialah ikan talapia yang dihidangkan bersama ulam-ulaman, bihun dan sos thai yang istimewa ini cukup menarik. Selepas ini tak perlu nak ke Thailand dah, anda ikut sahaja resepi yang kami akan kongsikan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Miang Pla

Bahan-bahan

  • Daun ketumbar
  • Sos ikan nampla
  • Sos cili thailand
  • Bawang putih
  • Cili

Cara buat Sambal Miang Pla

  1. Perahkan asam limau sikit.
  2. Semua bahan blender.

Sumber: Nurulhasanah Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Miang Pla Pao

Bahan-bahan

  • Ikan siakap (di goreng)
  • Suhun (celur hingga lembut)
  • Timun (potong memanjang)
  • Lobak merah (potong memanjang)
  • Tomato
  • Daun salad

Bahan sos merah

  • 1 senduk sos cili Thai
  • 4 biji cili padi merah (diracik halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun ketumbar (diracik halus)
  • Air limau nipis (ikut citarasa)
  • 1 sb gula

Bahan sos hijau

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 biji cili besar hijau
  • Daun ketumbar
  • Gula melaka
  • Air limau nipis (ikut citarasa)
  • 3sb sos ikan (boleh adjust kemasinan)
  • Air masak

Cara buat Miang Pla Pao

  1. Bersihkan ikan dan kelarkan. Salutkan dengan garam, serbuk kunyit, perasa dan tepung jagung.
  2. Goreng sehingga masak dan agak garing.
  3. Ambil daun salad, letakkan potongan timun, lobak merah, tomato, suhun/clear noodles dan ikan.
  4. Tambahkan sos hijau. Balut dan cicahkan ke dalam sos merah

Sos merah

  1. Campurkan semua bahan bahan, kacau sebati.

Sos hijau

  1. Campurkan semua bahan. Kisar hingga lumat dan sebati..

Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Miang Pla & Sambal Hijau

Bahan-bahan

  • Ikan talapia
  • Bawang putih 3biji halia seinci garam kunyit
  • Bawang putih 4biji seinci setengah halia dan garam
  • *Kerang rebus

Sos Hijau Thai 

  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 5 biji limau nipis + limau kasturi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos ikan
  • 2 sudu sos plam
  • 1 akar ketumbar

Sos Thai 

  • 5 tangkai cili merah 5 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji limau nipi 1 biji limau kasturi
  • 1/2 gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu sos plam
  • 1 sudu air suam
  • 1/2 cili flakes
    (Kisar)
  • Daun ketumbar dihiris
  • Mihun@Suhun
  • Salad

Cara buat Miang Pla & Sambal Hijau

  1. Tumbuk bawang putih 3biji halia seinci garam kunyit dan gaul (goreng garing).
  2. Tumbuk bawang putih 4biji seinci setengah halia dan garam (gaul perap) + bakar.

Sos Hijau Thai 

  1.  Tumbuk semua bahan + garam+gula.

Sumber: Yati Nawai Tukey Emas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4.Resepi Miang Pla Mudah

Bahan-bahan

  •  Ikan talapia goreng
  •  Salad
  •  Suhun rendam air panas sampai lembut
  • Sos siam

Sos siam

  • Sos cili thai
  • Sos ikan
  • Daun ketumbar
  • Cili api
  • Bawang putih
  • Garam
  • Gula

Cara buat Miang Pla Mudah

Sos siam

  1.  Campur semua sekali
  2.  Suka masam, boleh perah limau sikit.

Sumber: Farhah Jamaluddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Siapa sahaja yang tidak gemar dengan masakan Thailand, penuh dengan rasa masam manis itu yang buatkan kita jatuh hati.

Jika anda penggemar makanan Thailand, ini resepi nasi komok yang wajib anda cuba.

Selamat mencuba!

Leave a Comment