3 Resepi Cakoi Untuk Minum Petang (Sedap, Lembut & Gebu)

Cakoi memang enak dimakan ketika minum petang dihidangkan pula dengan secawan kopi. Boleh bangkitkan selera kan. Cakoi juga boleh dimakan bersama-sama dengan kuah kacang atau kaya. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa resepi cakoi untuk minum petang santai-santai di beranda rumah. Untuk berniaga pun boleh juga.

Jom kita try!

1. Resepi Cakoi Mudah

Bahan-bahan

  • 400gm tepong gandum (Kalau nak lembut dan  gebu gebas boelh guna tepung roti (high protein) )
  • 3/4 cawan air
  • 1 sd b marjerin
  • 1 sd k garam
  • 2 sd b susu pekat manis
  • 1 sd b original yougurt
  • 1 bj kuning telur
  • 1/2 sd k soda bicarbonate
  • 1/4 cawan air suam*
  • 11gm (1pack) yis kering*
  • 1sd b gula*
  • Minyak untuk menggoreng

 

Cara buat cakoi mudah

  1. Bancuh yis dan gula bersama air suam, kacau dan biarkan sekejap dan bagi berbuih-buih dan kembang didalam satu besen.
  2. Masukkan semua bahan kecuali tepung dan minyak masak.
  3. Kacau sebati
  4. Selepas itu masukkan tepung sikit demi sikit sambil gaul (uli) hingga jadi doh. Kalau doh agak lembik tambah sedikit tepung sampai jadi doh dan terus uli hingga tidak lekat di jari.
  5. Siap uli rehatkan doh anggaran 1 setengah jam. Tutup besen berisi doh dengan kain lembap.
  6. Setiap 30 minit buka kalau dah kembang doh tu tumbukkan untuk buang angin dan rehatkan semula ulang sebanyak 3 kali.
  7. Bolehlah dicanai doh dan bentukkan ikut saiz kesukaan.
  8. Boleh dicanai memanjang bentuk 4segi.
  9. Kemdian potong anggaran 1k e 1.5 inci. Ambil 2 potong kembarkan (cantumkan 2potong).
  10. Ambil lidi basahkan dan tekan sikit pada bahagian yang di kembarkan tadi supaya jadi bentuk cakoi.
  11. Tuang minyak dalam kuali. Bila dah panas masukkah kuih cakoi yang sudah dibentuk kedalam minyak satu persatu.
  12. Bila dah kuning boleh lah angkat.

Sumber: Rahmah Jan Jasri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2 .Resepi Baby Cakoi dan Sos Pandan Kastard

Bahan-bahan

Doh Baby Cakoi

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis
  • 1 sudu teh gula halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250 gm air suam

Sos Pandan Kastard

  • 18 gm tepung gandum
  • 35gm gula halus
  • 150 santan KARA
  • 70 gm air
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp perisa pandan
  • 1 tsp pewarna pandan

 

Cara buat baby cakoi

Doh baby cakoi

  1. Masukkan air suam + yis + gula (gaul sebati).
  2. Masukkan tepung dan garam.
  3. Rehatkan doh selama 30 minit.
  4. Selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit.
  5. Sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing.

Sos Pandan Kastard

  1. Masukkan kuning telur + gula (gaul hingga gula sedikit larut).
  2. Masukkan tepung (gaul hingga rata).
  3. Panaskan santan dan air hingga mendidih.
  4. Campurkan santan kedalam bancuhan telur (sedikit demi sedikit).
  5. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  6. Masak diatas api hingga pekat.

Sumber:  Siti Khadijah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Cakoi dan Sos Karamel

Bahan-bahan

Cakoi 

  • 300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
  • 2 sudu makan gula
  • ½ peket yis mauripan
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • ⅓ cawan minyak masak

Sos karamel

  • 1 cawan gula
  • ½cawan susu pekat
  • ½ cawan air
  • 1 sudu penuh butter / marjerin

 

Cara buat cakoi dan sos karamel

Cakoi

  1.  Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
  2.  Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
  3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
  4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
  5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

Sos karamel

  1. Masakkan gula atas dapur sampai cair dan bewarna perang.
  2. Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair.
  3. Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair.
  4. Masukkan butter dan kacau lagi.
  5. Bila butter dah cair boleh tutup api dan tunggu sejuk.

Nota: Sos karamel ni masa panas sangat cair tapi bila sejuk dia akan jadi 2 kali ganda pekat.

Sumber: Suraya Yaacob dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi cakoi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Peminat dessert? Jom baca resepi puding karamel yang kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment