4 Resepi Cempedak Goreng (Cara Buat Cucur & Tepung Rangup)

Musim cempedak ini, sedap juga kalau makan cempedak goreng. Buat sendiri lagi jimat, jom cuba resepi cempedak goreng yang mudah-mudah belaka ini.

Jom kita try!

1. Resepi Cempedak Goreng Tanpa Biji

Bahan-bahan

  • Isi cempedak
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning/ serbuk kunyit
  • 2-3 sudu air kapur
  • 1/2 sk garam
  • Air sejuk

Cara buat Cempedak Goreng Tanpa Biji

  1. Campurkan semua bahan kecuali cempedak. Kacau sebati. Kuah tidak terlalu pekat dan cair.
  2. Letakkan isi cempedak dan gaul manja.
  3. Goreng cempedak guna api sederhana.

Sumber: Khairunisa Ab Rahman dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Cempedak Goreng Tak Berminyak

Bahan-bahan

  • Cempedak (cempedak madu lebih sedap)
  • 1 paket tepung beras (untuk sebiji cempedak)
  • 3 sudu minyak / marjerin
  • 2 sudu makan air kapur
  • Garam
  • 2 cawan air suam
  • 1  sk kunyit

Cara buat Cempedak Goreng Tak Berminyak

  1. Gaul semua bahan di atas sehingga agak pekat, jangan terlalu cair.
  2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.

Tips:

  1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
  2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
  3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
  4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
  5. Cari buah cempedak yang berat. Itu tandanya isi banyak. Mudah bukan?

Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Kapur

Bahan-bahan

Sukatan ini untuk sebiji cempedak:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sb garam
  • 2 sb gula
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 2 cawan air suam

Cara buat Cempedak Goreng Rangup Tanpa Kapur

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Masukkan cempedak dan salutkan dengan tepung.
  3. Goreng seperti biasa.

Sumber: Saudari Adibah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Cempedak Goreng Simple Rangup

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 1/2 cawan air paip
  • Garam
  • Minyak panas

Cara buat Cempedak Goreng Simple Rangup

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak panas. Kacau sebati menggunakan whisk sehingga adunan licin tak berketul. Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  2. Kemudian masukkan minyak masak.
  3. Pnaskan minyak betul-betul. Goreng cempedak seperti biasa.

Tips:

  1. Pastikan cempedak betul-betul tenggelam semasa goreng dan minyak betul-betul panas.
  2. Setelah masak, angkat dan letakkan cempedak ke dalam penapis dahulu, baru alihkan pada tisu untuk bagi cempedak kekal rangup.

Sumber: Sakura Hanami dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian resepi cempedak goreng yang sedap dan rangup untuk anda. Selepas ini tak payah beratur pergi beli lagi. Rasa pun belum tentu sedap.

Yang penting, pastikan bancuhan tepung untuk goreng dan buat cucur cempedak itu mengikut sukatan yang betul. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Takut-takut tak menjadi nanti. Biar rangup, barulah sedap!

Dah cuba cempedak goreng, jom cuba resepi goreng pisang rangup pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment