4 Resepi Aiskrim Malaysia (Pelbagai Perasa Boleh Cuba)

Siapa sahaja yang tak kenal dengan aiskrim malaysia, dulu dikenali sebagai aiskrim potong. Dulu-dulu cukup popular aiskrim malaysia ini, harga pun murah sebatang boleh dapat 10 sen. Tapi sekarang harga melonjak kepada satu ringgit. Jom buat aiskrim malaysia sendiri jimat dan puas hati. Kami kongsikan resepi aiskrim malaysia ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Aiskrim Malaysia Jagung

Bahan-bahan

  • Kordial jagung 1 botol
  • Jagung tin 1
  • Susu pekat 1
  • Gula
  • Sirap 2-3 titik
  • Tepung jagung stgh sudu.
  • Air

Cara buat Aiskrim Malaysia Jagung

  1. Didihkan air dan  masuk semua bahan.
  2. Kacau bila dah suam ikat simpan sejuk beku dan boleh dimakan.

Sumber: Fdlh Ila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Aiskrim Malaysia Base Susu

Bahan-bahan

  • 1 tin Susu cair
  • 1tin Susu pekat
  • 4 tin air kosong (sukat guna tin susu)
  • 1 sk garam
  • 2 Sudu membukit tpg jagung@ tpg ubi (bancuh larut)
  • 1 Sudu vanilla
  •  Berly’s coins (salutan pada base aiskrim)

Cara buat Aiskrim Malaysia Base Susu

  1. Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Masak hingga mengelegak, pastikan sentiasa kacau.
  3. Masukkan bancuhan tepungg jagung dan sentiasa kacau lagi supaya tidak hanggit di bawah.
  4. Sudah mengelegak tutup api dan pastikan betul sejuk baru masuk dalam plastik aiskrim.
  5. Tutup api baru masukkan esen vanilla.
  6. Setelah sejuk mixer kan supaya adunan lebih halus.
  7. Resepi 1 adunan ini dapat dalam 21-25pcs.
  8. Sukatan air jangan terlebih sebab itu boleh jadi punca aiskrim berkaca dan kurang gebu.
  9. Base susu boleh jugak letak perisa lain seperti Milo, capucino, teh, solero, strawberry dan pelbagai lagi.

Sumber: Ainaa Hafizah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Aiskrim Bluemint Dynamite

Bahan-bahan

Resepi susu

  • 1tin susu cair*
  • 1tin susu pekat manis*
  • 4tin air*
  • 1/2sd kecil garam*
  • 5sd bsr tepung ubi rata
    (Di bancuh dengan air dahulu)
  • Pewarna makanan (biru)
  • Gula dynamite secukupnya

Cara buat Aiskrim Bluemint Dynamite

  1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk kacau bagi sebati.
  2. Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
  4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
  5. Kacau bagi sebati dan mendidih.
  6. Tutup api sejukkan dan tapis ke dalam jug.
  7. Masukkan 2biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
  8. Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Sumber: Che Marlyah Ina Saad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Aiskrim Malaysia Mint

Bahan-bahan

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air masak
  • 3 sudu bsr tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
  • 5,6 sudu gula
  • Secubit garam

Cara buat Aiskrim Bluemint Dynamite

  • Untuk mint guna emulco beli di kedai bakery. Letak choc rice dulu dalam plastik aiskrim dan  masukkan bancuhan aiskrim tadi.
  • Untuk cheese, ikut resepi atas guna 500 g cheese. Masukkan cheese masa tengah masak aiskrim.
  • Cheese memang tak larut sangat, lepas masak aiskrim dah sejuk blend.
  • Masukkan blueberry yang beli di kedai bakery and ratakan, dan masukkan aiskrim cheese tadi.

Sumber: Norhidayu Abdul Majid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi aiskrim Malaysia ini, pelbagai perasa yang boleh anda cuba dengan aiskrim Malaysia ini.

Jom semak pula resepi biskut aiskrim.

Selamat mencuba!

1 thought on “4 Resepi Aiskrim Malaysia (Pelbagai Perasa Boleh Cuba)”

Leave a Comment