4 Resepi Egg Muffin (Mudah dan Sihat)

Egg muffin boleh dijadikan sebagai idea sarapan pagi anda, dan boleh kenyang sehingga petang. Resepi ala barat ini pun cukup mudah nak buat, jika anda sedang berdiet boleh cuba resepi egg muffin yang sedap ini.

Jom kita try!

1. Resepi Bread Egg Sausage Muffin

Bahan-bahan

  • 10 keping roti gardenia-potong dadu
  • 5bji telur
  • 5btg sosej-potong bulat
  • Sebji bawang besar
  • Capsicum
  • Sedikit lada sulah & perasa
  • Cheesedale-sekping potong 4
  • Mayonis dalam 3sudu
  • Mixherb @ origano

Cara buat Bread Egg Sausage Muffin

  1. Dah potong semua, dan gaul bagi sebati boleh masukkan terus dalam cup.
  2. Bakar suhu 200 api atas bawah.

Sumber: Rohani Ahmad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Baked Egg Muffin

Bahan-bahan

  • Telur + susu -garam dan lada hitam pukul sebati
  • Daging hancur – goreng dengan bawang + garlic
  • Capsicum – hat hijau + kuning
  • Carrot – sagat
  • Daun sup
  • Cheese

Cara buat Baked Egg Muffin

  1. Sapu muffin tray dengan butter sikit.
  2. Letak daging dengan sayur dan tuang susu then tabur cheese.
  3. Bakar sampai garing.

Sumber: Nur Lisa Hamzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pasta Egg Muffin

Bahan-bahan

  • Telur (5biji)
  •  Unsalted butter (planta pun boleh)
  • Isi ayam (cincang)
  • Pasta
  • Kentang (potong kecik)
  • Sayur (brokoli)
  • Tomato (cincang)
  • Cheese (parut)
  • Bekas muffin

Cara buat Pasta Egg Muffin

  1. Rebus semua bahan nombor 3-6.
  2. Tapis.
  3. Sapu unsalted butter pada bekas muffin.
  4. Letak bahan yang di rebus tadi dalam bekas muffin masuk sekali dengan tomato tadi.
  5. Letak cheese parut atas dia.
  6. Bancuh telur.
  7. Tuang telur dalam acuan tadi.
  8. Bakar sampai masak ikut oven masing-masing.
  9. Siap cicah dengan cili sos.

Sumber: MeerSha Sapian dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Egg Muffin Super Sedap

Bahan-bahan

Bahan A

  • Daging cincang
  • Bwg Holland sebiji
  • Cili benggala
  • cendawan- cincang semua bahan di atas
  • Minyak
  • Mozarella

Bahan B

  • Telur 5 biji
  • Baking powder sesudu teh
  • Mixed herb
  • Garam sikit
  • 1 sudu besar minyak

Cara buat Egg Muffin Super Sedap

Bahan A

  1. Ambil sedikit bahan cincang dan tumis semua bahan di atas kecuali mozarella cheese yang sebahagian lagi nanti nak tabur atas muffin. Sebelum dicurah dengan campuran telur.
  2. Tumis sehingga separuh masak dan perisakan dengan garam sikit. Ketepikan.

Bahan B

  1. Blender semua sampai gebu, ketepikan.

Bahan lain

  1. Gliskan dulang pembakar dengan majerin.
  2. Masukan inti daging yang telah ditumis tadi.
  3. Taburkan lebihan bawang holland, cili benggala atas muffin.
  4. Tabur mozarella cheese dan curah telur.
  5. Bakar suhu 180darjah selama 20minit.
  6. Tunggu sejuk baru keluarkan.

Sumber: Suzi Yanti Md Hane dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah dan sihat sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet, tak ada lah jemu makan yang sama sahaja kan?

Jom lihat resepi quaker oat sesuai juag untuk yang berdiet.

Selamat mencuba!

Leave a Comment