4 Resepi Zeppole Italy (Malaysia Panggil Kuih Bomboloni)

Zeppole merupakan pastri berasal dari Itali. Pastri goreng ini juga diisi inti didalam seperti kastard, krim atau coklat. Di Malaysia, zeppole dikenali sebagai bomboloni. Bomboloni  juga mempunyai pelbagai inti yang ada sampai anda boleh rambang mata nak pilih. Jom kami kongsikan resepi zeppole atau bomboloni ini.

Jom kita try!

1. Resepi Bomboloni / Zeppole

Bahan-bahan

  • 250 g tepung roti
  • 30 g gula kastor
  • 25 g shortening
  • 10 g marjerin
  • 1 bj kuning telur
  • 5 g yis bncuh dulu dengan sedikit air suam dan kacau
  • 50 ml susu segar
  • Secubit garam
  • 3g bread improver
  • Air ikut kelembutan doh masing-masing

Cara buat Bomboloni / Zeppole

  1. Masukkan bahan kering seperti tepung, gula, garam, marjerin, shortening dan bread improver.
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan susu segar dan bancuhan yis.
  3. Gaul dan tambah air untuk lembutkan doh.
  4. Adun sampai doh elastik licin tak melekat.

Sumber: Fierah Zulaikha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bomboloni Nutella

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1/2 cawan susu segar (pakai brand dutch lady yang putih)
  • 2 sudu besar yis
  • Panaskan susu segar, agak nak bagi suam, padam api masukkan yis dan kacau sebati rehatkan 15 mnt

Bahan B

  • *2 cawan tepung gandum
  • *2 sudu besar majerin/butter
  • *1/2 sudu kecik garam
  • *1 sudu besar gula pasir
  • 1bji telur

Cara buat Bomboloni Nutella

  1. Gaul semua bahan bertanda(*) sampai jadi macam serbuk roti, selepas itu masukkan bahan A dan telur, uli sampai tak lekat pada tangan.
  2. Dah siap uli rehatkan doh 15 mnt sampai naik 2x ganda doh.
  3. Dah rehat doh 15 mnt, tumbuk doh supaya buang angin.
  4. Canaikan doh, rollerkan sampai nipis, tekap pakai apa acuan yang bulat.
  5. Lepas dah tekap, rehatkan kejap dalam 15 mnit lagi dan boleh goreng.
  6. Tips nak dapatkan gelung yag cantik, goreng api perlahan masuk sekali jangan terbalikan sampai warna dah perang sikit 1 side, baru terbalikkan sebelah lagi dan boleh angkat terus.
  7. Dah suam sikit salutkan dengan gula castor/icing. buat lubang pakai straw ataupun lidi pipekan nutella.

Sumber: Nur Wardah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Zeppole / Bomboloni Mudah

Bahan-bahan

  • Yis -1paket
  • Tepung high protein -300gm
  • Tepung gandum-200gm
  • Gula-30gm
  • Susu pekat -2 sudu
  • Garam-1 sudu kecil
  • Marjerin-40gm
  • Air-140gm
  • Ais batu -180gm
  • Bread improver 1 sudu kecik

Cara buat Zeppole / Bomboloni Mudah

  1. Campur semua bahan yang diuli guna Bread Maker.
  2. Pada yang nk uli tangan boleh rendam yis guna air suam, agak uli smpai tak lekat pada tangan.
  3. Uli dalam 20 minit, bulatkAn doh bagi dalam 50/60gm, biarkan naik 2x ganda baru goreng.
  4. Goreng api yang sedarhana panas, terbalikkan sekali sahaja untuk dapatkan ring pada donut.
  5. Proffing jangan terlalu lama takut nanti serap minyak.

Sumber: Hanum Hashima dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Filling Creme Custard

Bahan-bahan

  • 250ml susu full cream
  • *1biji kuning telur
  • *1biji telur
  • *40gm gula pasir halus/castor
  • *20gm tepung jagung
  • 10gm butter
  • 1sdt vanila
  • Secubit garam

Cara buat  Filling Creme Custard

  1. Satukan bahan bertanda dalam bekas, gaulkan sebati mengunakan whisk sampai menjadi pasta.
  2. Panaskan susu cair, dan tuang susu ke dalam adunan pasta(no1) whisk laju sampai sebati, dan tuang balik ke dalam periuk letak butter/vanila/garam whisk masak lagi semula sehingga kental.
  3. Siap.
  4. Sukatan diatas biasa boleh pipe dlm bomboloni dalam 20biji kalau nak lebih just double kan sukatan.

Sumber: Muhammad Nor Firdaus Luloh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Pasti anda terliur kan? Jadi jangan lupa untuk cuba resepi zeppole ini!

Kalau berminat dengan yang manis-manis, jom baca pula resepi donut Big Apple.

Selamat mencuba!

Leave a Comment