4 Resepi German Cookies (Biskut Warna-Warni Memikat Hati)

Jika anda mencari resepi cookies yang simple dan mudah untuk di cuba, apakata anda cuba resepi german cookies. Bahan-bahan tak banyak dan mudah untuk buat. Pasti anak-anak anda suka.

Jom kita tengok.

1. Resepi German Cookies Deutsche Kekse

(5 bahan sahaja)

Bahan-bahan

  • 350 gram mentega
  • 375 gram tepung kentang/potato starch
  • 200 gram tepung gandum, diayak
  • 100 gram gula aising, diayak
  • secubit garam

Cara buat German Cookies Deutsche Kekse

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam.
  3. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  4. Bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
  5. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar, guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Azura Felula dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi German Cookies

Bahan-bahan

  • Mentega (1cawan)/butter 250g
  • Gula ising (3/4 cawan)
  • Vanilla esen
  • Secubit garam
  • Tepung kentang (1cawan)
  • Tepung gandum (2cawan)
  • Pewarna (ikut suka hati korang)

*Sukatan ni bergantung pada banyak mana yang anda nak.

Cara buat German Cookies

  1. Masukkan butter/mentega dan gula ising dan gaul/putar hingga sebati, secubit garam. Then masukkan 2 titik vanilla esen. Gaul sampai sebati.
  2. Masukkan tepung kentang dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sehingga tidak melekit pada tangan.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian warna yang anda suka. Ambil sedikit dan bulatkan kemudian leperkan atau buat ikut corak dan bentuk yang anda nak.
  4. *Suhu ketuhar 170-180c dan bakar dalam 10-15minit.

Sumber: Fatiha Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi German Cookies Ala Marble

Bahan-bahan

  • 250g butter
  • 80g gula aising
  • 1sk esen vanila
  • 250g tepung ubi kentang
  • 160g tepung gandum
  • Pewarna pilihan

Cara buat German Cookies Ala Marble

  1. Pukul butter & gula aising sampai gebu (guna mixer)
  2.  Tambah esen vanila.
  3. Masukkan tepung ubi kentang & tepung gandum sikit (gaul pkai spatula).
  4. Gaul doh smpai sebati & asingkan untuk letak pewarna.
  5. Buat doh kecil  & tekan dengan garfu atas dulang pembakar.
  6. Bakar 170 selama 15-20 min.

Sumber: Mira Moderno dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi German Cookies

Bahan-bahan

  • 250gm Pure Butter (Lurpak, SCS, Anchor, Golden Churn)
  • 80gm Gula Icing
  • 350gm Potato Starch (Tepung Kentang)
  • 150gm Tepung Gandum
  • Secubit garam (abaikan kalau guna salted butter)

Cara buat German Cookies

  1. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  3. Ambil sedikit adunan, guna sudu sukatan 1/2 spoon untuk bagi biskut sama besar.
  4. Kemudian bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
  5. Tekan garfu atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  6.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 10 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Afieza Ariffin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi ini, warna-warni bisikut pasti menambat hati anak-anak.

Jemput juga untuk lihat resepi cookies biskut lidah lucing, cheesekut dan biskut mazola.

Selamat mencuba!

Leave a Comment