4 Resepi Hummus (Boleh Guna Tahini & Kacang Kuda)

Jika anda penggemar makanan Arab, makanan hummus ini tidak asing lagi untuk anda. Tapi jangan risau untuk anda yang tidak mengenali makanan popular Arab ini kami akan kongsikan resepi hummus. Kalau yang tak suka tahini, tak perlu guna. Kalau tak suka kacang kuna pun, itu pilihan. Boleh ubah ikut kesesuaian tekak sendiri.

Jom kita try!

1. Resepi Hummus

Bahan-bahan

  • Tin kacang kuda
  • Bawang putih 2 ulas
  • Roasted sesame
  • Olive oil
  • Lemon

Cara buat Hummus

  1. Masukkan satu tin kacang kuda ke dalam pengisar, kemudian blend (sekali dengan air dalam tin)
  2. Masukkan bawang putih 2 ulas, kemudian blend.
  3. Masukkan roasted sesame yang sudah dikisar, kemudian blend.
  4. Masukkan olive oil, kemudian blend.
  5. Masukkan perahan lemon, kemudian blend.
  6. Boleh rasa sedap ke tidak! Cair ke pekat.
  7. Kemudian masukkan kacang kuda yang  rebus sendiri sama banyak dengan yang dalam tin tadi, lebih kurang 400gram.
  8. Masukkan lagi perahan lemon dan olive oil untuk seimbangkan rasa, kemudian blend buat kali terakhir.
  9. Masukkan dalam bekas, corakkan, dan curahkan olive oil ke atas hummus
  10. Siap!

Tips tambahan:

  • Guna 1 biji lemon pun boleh
  • Nak guna dua tin chickpeas terus pun boleh
  • Nak guna kacang kuda yang rebus sendiri sahaja pon boleh
  • Kalau nak campur semua bahan-bahan lepas tu blend semua pun boleh
  • Adjust rasa lemon & olive sampai dapat rasa yang you all nak. Make sure guna olive oil yang untuk flavoring baru rasa dia naik
  • Lawan hummus ni malaweh bread, tapi kita tak try buat lagi
  • Tapi kalau dah nama hummus tu lawan dengan apa jenis roti pun win!

Sumber: Emy Mellisa Mohd Kasim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Hummus

Bahan-bahan

  • 5 cawan kacang kuda (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)
  • 2-3 sudu tahini paste
  • 2 ulas bawang putih
  • Lemon juice
  • Minyak zaitun
  • Air (optional)
  • Garam

Cara buat Hummus

  1. Masukkan kacang kuda, tahini paste, lemon juice, bawang putih, olive oil, garam (dan sedikit air kalau guna blender) ke dalam food processor/blender. Blend sampai textures jadi halus dan paste pekat.
  2.  Kalau paste terlalu pekat, adjust/tambah olive oil (atau air jika menggunakan blender. Boleh juga tambah olive oil jika suka)
  3. Then adjust rasa hummus dengan menambah garam atau lemon juice sampai rasa tahap yang anda suka.
  4.  Hidangkan hummus di dalam mangkuk. Tuangkan olive oil, sprinkle sedikit serbuk paprika dan Italian Parsley sebagai hiasan. Siap!
  5.  Hummus ni boleh dimakan dengan salad, roti pita, wraps.

Sumber: Erny Nadiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Hummus (Tanpa Susu)

Bahan-bahan

  • Kacang kuda
  • Bawang putih 2 ulas
  • Mimyak zaiton
  • Perahan lemon
  • Tahini
  • Garam
  • Air

Cara buat Hummus (Tanpa Susu)

  1. Kacang kuda rendam semalaman dan rebus empuk, dan buang kulit.
  2. Perahan lemon dalam 2 sudu.
  3. Tahini (saya beli ready made, bijan sangai blend halus dengan minyak zaitun)
  4. Bahan atas  semua blend halus, masukkan dalam bekas, splash kan dengan minyak zaitun extra virgin.
  5. Boleh makan cicah roti arab, cicah timun, cicah celery.

Sumber: Zimah Kamaruddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Hummus Mudah

Bahan-bahan

  • 1 tin chic peas (kacang kuda)
  • 2 tbs roasted sesame seed (tahini)
  • 4 tbs lemon juice
  • 2 clove garlic
  • black pepper to taste (guna paprika or chili flake pun boleh)
  • Sedikit garam
  • Olive oil

Cara buat Hummus Mudah

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Blend hingga halus.
  3. Bila dah halus terus tuang ke mangkuk dan siramkan olive oil.

Sumber:Hazizah Baba dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Menarik kan respei dari Timur Tengah ini? Anda wajib cuba sendiri nanti.

Jom baca resepi nasi Arab dan Nasi Maqlubah pula.

Untuk pencuci mulut Arab yang popular, boleh cuba kunafa juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment