3 Resepi Kunafa / Kanafeh (Dessert Sedap dari Timur Tengah)

Kunafa (yang juga dipanggail kanafeh atau knafeh) merupakan dessert yang berasal dari negara Timur Tengah ini mula mendapat perhatian penduduk negara kita. Macam baklava, tapi bukan. Rasa manis kunafa ini memikat hati para penggemarnya. Jom kami ingin kongsikan beberapa resepi kunafa untuk anda cuba dirumah nanti.

1. Resepi Kunafa Cheese

Bahan-bahan

  • 500gm doh kunafa
  • Keju cheddar
  • Keju mozarella
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50gm gula
  • 1 sb esen vanila
  • 70gm mentega
  • Kacang pistachio
Untuk inti : Cream cheese, susu, gula, esen vanila & mentega di pukul sehingga sebati.

Cara buat kunafa cheese

  1. Sapu loyang dgn mentega.
  2. Cairkn 2-3 sb mentega & campurkan kedalam doh kunafa.
  3. Kemudian tabur separuh doh kunafa kedlm loyang & mampatkan.
  4. Masukkan pula inti.
  5. Tabur kan pula mozarella & cheddar cheese.
  6. Kemudian tutup dengan baki doh kunafa & ditekan sedikit (untuk mampatkan).
  7. Bakar suhu 200c 15-20min. atau sehingga keperangan.
  8. Kemudian tabur dengan kacang pistachio.

Sumber: Noor Hayati Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kunafa/Kunafe

Bahan-bahan

  • 250 grm tepung jagung
  • 200grm tepung gandum
  • 300ml susu kotak cair full cream
  • 75 ml air bertapis
  • 200ml minyak zaitun
  • Garam 1 sk
Filling kunafe
  • 500ml susu cair penuh krim yg kotak punya
  • 3 sb tepung gandum
  • 3 sb butter
  • 250ml whipping cream
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb esen vanila
  • Mozarella chess
  • Toping atas kacang pistachio, bunga mawar merah racik

Syrup rose

  • 1 1/2 cwan gula pasir
  • 1 1/2 cwan air
  • 1 sb jus lemon
  • 1 sb esen rose

 

Cara buat kunafe

  1. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dalam bekas masukkan sedikit air demi sedikit, putar kelajuan sederhana biar sebati adunan mcm roti jala dan tapis adunan.
  2. Buat kon plastik yang pertama gunting hujung, plastik yang kedua biarkan jadikan 1 kon letak dalam cawan, masukkan adunan sikit sikit, gunting lubang kecil pada plastik lagi satu, supaya hasil jala sehalus bihun. Ulangi hingga habis.
  3. Panaskan kuali non stick, api kecil.
  4. Dah siap buat mee kunafa biar sejuk, gunting mee.

Filling kunafe

  1. Panaskan periuk masukkan butter biar cair, masukkan tepung gandum kacau rata akan berketul.
  2. Masukkan susu cair hingga habis kacau sentiasa.
  3. Adunan pekat sikit je, masukkan whiping cream dan esen vanila dah mendidih tutup api biar sejuk.

Melapis kunafa

  1. Sapu butter atau marjerin keliling acuan letak mee kunafa atdi bahagikan 2. Lapisan pertama ratakan permukaan acuan dan tekap guna tangan letak filling cair tadi semua biar meresap lepas tu letak baki yang ada, ratakan.
  2. Dah siap bakar di oven.

Syrup rose

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dah sebati mendidih ganas tutup api.
  2. Siap.

Sumber: Noraini Ujang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kunafa Cream

Bahan-bahan

  • 250g kunafa dough atau lebih (ikut besar loyang anda)
  • 1 cawan ghee atau butter yang dicairkan

Cream

  • 1 cawan susu
  • 2tbsp gula
  • 3 tbsp tepung jagung
  • 1 cawan cream

Shira

  • 1 cawan air
  • 2 cawan gula
  • Perahan lemon/limau nipis ikut suka

 

Cara buat kunafa cream

  1. Ceraikan kunafa dough sehingga jadi cebisan kecil. Curahkan butter atau ghee dan gaul sebati.
  2. Sapukan loyang dengan butter/ghee.
  3. Spreadkan campuran kunafa tadi dalam loyang. Pastikan semua lubang tidak kelihatan dan mampatkan.

Noted: Anda boleh gunakan loyang kecil atau pun muffin tray ataupun apa acuan untuk dapatkan bentuk yang diingini.

Cream

  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau. Buka api sederhana dan kacau sentiasa sehingga jadi pekat.
  2. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Ratakan cream tadi ke atas loyang yang diletak kunafa tadi. Ratakan sekata.
  4. Taburkan lebihan kunafa tadi dan ratakan keseluruhan loyang. Mampatkan. Bakar suhu 200c selama 35-45 minit.
  5. Dah masak tuangkan Shira gula keseluruhan kunafa

Hiasan (Shira)

  • Dalam Shira gula boleh masukkan sedikit rose water atau orange blossom. Kalau suka letak perisa lain pun letak lah. Kalau nak, hiaskan dengan pistachio atau apa ikut suka anda.

Sumber: Nur Jamil dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda rasa macam complicated sangat nak buat kunafa ini, boleh je beli senang terus ngap masuk mulut. Untuk makanan Middle East yang lain, kami cadangkan anda cuba resepi nasi arab.

Selamat mencuba!

Leave a Comment