4 Resepi Kuih Karas (Boleh Pilih Guna Tepung Beras Atau Bihun)

Tahukah anda, kuih karas yang terkenal di Perlis mempunyai dua jenis yang berlainan? Terdapat kuih karas yang diperbuat daripada tepung beras dan terdapat juga kuih karas yang diperbuat daripada bihun. Di sini kami kongsikan resepi kuih karas untuk anda.

Jom kita tengok.

1. Resepi Kuih Karas Rangup

Bahan-bahan

  • 1 paket tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak masak
  • Sedikit garam

Cara buat Kuih Karas Rangup

  1. Masak gula bersama air dan sejukkan.
  2. Masukkan tepung beras ke dalam besen. Tambahkan minyak masak dan garam.
  3. Uli tepung sambil masukkan air gula yang sudah sejuk.
  4. Masukkan tepung ke dalam acuan dan goreng di dalam kuali.

Sumber: Salamah bte Abdullah dari Masak Apa Hari Ni

2. Resepi Kuih Karas Bihun

Bahan-bahan

  • Bihun
  • Air
  • Gula melaka
  • Gula

Cara buat Kuih Karas Bihun

  1. Goreng bihun di dalam minyak yang betul-betul panas. Bihun tidak perlu direndam.
  2. Toskan bihun.
  3. Masak air bersama gula dan gula melaka.
  4. Tuang air gula ke dalam bihun yang sudah digoreng.
  5. Masukkan bihun ke dalam acuan lompang semasa panas.
  6. Sejukkan dan boleh dimakan.

Sumber: G-ra Aripin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kuih Karas Simple

Bahan-bahan

  • 1kg tepung beras
  • 800ml air
  • 400g gula
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Kuih Saras Simple

  1. Masak air bersama gula sehingga larut. Sejukkan.
  2. Campurkan air gula bersama tepung. Uli sebati.
  3. Masukkan ke dalam acuan dan goreng dalam minyak yang panas.

Sumber: Nazielah Eila dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kuih Karas Bihun Berwarna

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 bungkus bihun
  • Perwarna
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Kuih Karas Bihun Berwarna

  1. Masak air gula sehingga larut.
  2. Cuci bihun dan masukkan ke dalam air gula. Kacau sebati. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak, goreng bihun sehingga kembang.
  4. Masukkan ke dalam gelas plastik dan mampatkan. Buat sehingga kuih habis.
  5. Simpan di dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Irhana Canella dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekarang anda dah tahu cara buat kuih karas. Untuk kuih-kuih lain, boleh cuba resepi seri muka juga.

Semoga perkongsian kami memberi manfaat kepada anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment