3 Resepi Roti Canai (Gebu, Lembut dan Confirm Jadi)

Roti canai yang gebu dan lembut apabila makan bersama kuah kari atau dal cukup menaikkan selera ketika makan. Resepi roti canai ini cukup mudah dibuat. Dengan tekstur yang gebu, pasti anak-anak suka.

Jom kita try!

1. Resepi Roti Canai Homemade

Bahan-bahan

  • 1 kilo tepong
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar pelanta, cairkan planta tersebut
  • Air tapis 2 1/4 cawan

Cara-cara buat roti canai homemade

  1. Air, susu, gula dan garam, masukkan planta telah cair.
  2. Kocakkan adunan kemudian masukan tepung.
  3. Uli sebati dan biarkn  setengah jam.
  4. Setelah itu buat secara membulat tepung tersebut.
  5. Oles dgn planta.
  6. Siap dan sudah boleh tebar

Sumber: Faizah Husin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Roti Canai Tanpa Telur

Bahan-bahan

  • 500 gram tepung gandum bluekey
  • 250 ml air sejuk
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  •  20 gram majerin pelangi
  • Minyak untuk merendam roti canai

 

Cara-cara buat roti canai tanpa telur

  1. Satukan majerin pelangi bersama tepung yang sudah diayak gaul menjadi serbuk roti.
  2. Satukan garam halus, air sejuk dan susu sebatikan bersama.
  3. Tuang air kesemuanya. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.
  4. Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki, timbang dalam 60 gram setiap doh.
  5. Bulatkan doh dan rendam kedalam minyak yang banyak  untuk perap,  agar doh menjadi lembut untuk di canai. Paling kurang  5 jam isi dalam bekas bertutup.
  6. Canaikan doh tersebut dan siap.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Roti Canai Mudah

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecik garam
  • Marjerin
  • Air suam
  • Minyak untuk disapu apabila menjadi doh
  • 1 biji telur

 

Cara-cara buat roti canai mudah

  1. Masukkan tepung, gula, garam, marjerin dan telur kedalam bekas dan gaul rata.
  2. Selepas itu, masukkan air secara sikit-sikit jangan masuk banyak terus takut doh akan menjadi lembik.
  3. Uli sampai doh tidak melekat pada tangan.
  4. Bila permukaan dah licin sapu minyak.
  5. Selepas itu  bulatkan kecil-kecil mengikut citarasa masing-masing.
  6. Dah siap simpan didalam bekas yang diletak minyak.

Sumber:  Zalila Mohamad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Secara asasnya mudah untuk membuat roti canai, perlukan sedikit teknik untuk mencanai dan anda dah dah dapat roti canai yang gebu.

Lebih sedap jika dicicah dengan kari daging mahupun kari ayam.

Semoga bermanfaat idea resepi ini untuk anda.

2 thoughts on “3 Resepi Roti Canai (Gebu, Lembut dan Confirm Jadi)”

Leave a Comment