3 Resepi Daging Masak Merah Ala Thai (Sedap, Cara Buat Simple)

Antara menu popular di kedai Tomyam ialah daging masak merah. Tapi, tak semuanya sedap. Jadi, kalau anda anda mahu cuba buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi daging masak merah ini. Cukup simple!

Jom kita try!

1. Resipi Daging Masak Merah

Bahan-bahan

  • Daging Hiris
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 inci Halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 3 sudu besar sos cili
  • Tomato
  • Daun Bawang
  • Bell pepper
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Air
  • Minyak
  • Hiasan
  • Daun ketumbar
  • Bawang merah (potong bulat)

 

Cara buat Daging Masak Merah

  1. Tumbuk halia, bawang merah kecil, bawang putih dan tumis dengan minyak.
  2.  Kemudian, masukkan cili boh, daging, garam, aji, sos cili dan masukkan sedikit air.
  3. Setelah itu, masukkan pula tomato, bell pepper, dan daun bawang.
  4. Akhir sekali, masukkan bawang merah yang dipotong bulat dan daun ketumbar.

Sumber: Princess Naznin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Kedai Tomyam

Ini resipi ala-Thai yang memang sedap.

Bahan-bahan

  • Daging (direbus dulu dengan pewarna merah)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk/ kisar)
  • 3 biji cili padi/cili besar (dipotong)
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • 1/2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos ikan
  • Air rebusan daging
  • Tomato
  • Bawang Holland
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

 

Cara buat Daging Masak Merah Ala Thai Kedai Tomyam

  1. Rebus daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang direbus tadi. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, cili kisar, sos tomato, sos tiram dan sos ikan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan air rebusan daging.
  5. Masukkan pula bawang Holland.
  6. Sedia untuk dihidang.

Sumber: SIti Zanzuriyati Zidi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Daging Masak Merah Simple & Lembut

Rebus dulu daging untuk bagi lembut. Baru sedap makan!

Bahan-bahan

  • Daging
  • Bawang putih (diketuk)
  • Cili kisar
  • Bawang kuning
  • Cili api
  • Cili merah hiris
  • Daun sup
  • Sos tiram
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Sos ikan

 

Cara buat Daging Masak Merah Simple & Lembut

  1. Rebuskan lembut dengan sedikit pewarna merah. Sejukkan supaya mudah untuk hiris dan tidak pecah lalu hiris nipis-nipis.
  2. Kemudian, goreng daging tersebut sehingga sedikit garing.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masuk cili kisar dan tumis sampai garing
  5. Setelah itu, masukkan sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sedikit sos ikan.
  6. Masukkan bawang, cili dan daun sup.
  7. Masukkan sedikit air mengikut kemahuan kepekatan kuah.
  8. Masukkan daging dan kacau sebati. Lalu, masukkan garam gula dan perasa.
  9. Seimbangkan rasa masin manis.
  10. Setelah siap, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Ainn Mustafar dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Diharapkan agar resepi daging masak merah ini sesuai dengan tekak anda.

Kalau rajin, boleh cuba masakan Thai yang lain seperti daging goreng kunyit dan tomyam ayam.

Untuk masakan masak merah yang lain pula, boleh cuba resipi ayam masak merah pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment