4 Resepi Gulai Udang (Cukup Mudah dan Menyelerakan)


Guali udang atau kari udang ini cukup enak jika dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan, pasti menaikkan selera makan. Kali ini kami akan kongsikan resepi gulai udang yang mudah ini untuk anda.

Jom baca.

 

1. Resepi Gulai Udang Tumis Darat

Bahan-bahan

  • Udang
  • Santan
  • Kentang
  • Kacang buncis
  • Rempah kari ikan.

Menumis

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Daun kari

Cara buat Gulai Udang Tumis Darat

  1. Rebus ketang dengan air dan rempah, agak dah empuk masuk kacang buncis dan rebus lagi.
  2. Dah mendidih masukan santan dengan udang, masuk serbuk perasa dengan garam, dah mendididh kacau siap.
  3. Tumis bahan tumis tadi dengan sikit minyak, dah garing masuk dalam gulai tadi dan siap.

Sumber: Ismah Izzati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Gulai Udang Berkacang Buncis

Bahan-bahan

  • 300-400 gram udang
  • 3-4 biji bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 peket serbuk kari udang atau daging
  • santan pekat RM2
  • 10-15batang kacang buncis
  • Garam secukup rasa

Cara buat Gulai Udang Berkacang Buncis

  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah yang dicampur dengan sedikit air.
  4. Masak rempah sehingga pecah minyak dan hilang bau rempah.
  5. Masukkan kacang buncis yang telah dipotong dua.
  6. Bila kacang buncis dah masak, masukkan sedikit santan bersama sedikit air.
  7. Bila dah mendidih masukkan lebihan santan, udang dan garam.
  8. Didihkan sebentar dalam 2 minit, tutup api, sedia dihidangkan.
  9. Untuk dapatkan rasa manis udang jangan masak terlalu lama, baru dapat rasa manisnya udang tersebut.

Sumber: Inson Shon dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Udang Masak [email protected] Kuning Udang Kelantan

Bahan-bahan

  • 15-20 ekor udang sederhana besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sdt serbuk kunyit/kunyit hidup
  • 1 sdb cili boh/cili kisar
  • 1 batang timun
  • Kacang panjang
  • 7-8biji belimbing buluh
  • Asam keping
  • 3 biji lada besar hijau/ lada hijau kelantan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit gula melaka

Cara buat Udang Masak [email protected] Kuning Udang Kelantan

  1. Bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit dikisar sehingga lumat.
  2. Campurkan semua bahan yang diblend ke dalam periuk bersama santan. Masukkan asam keping dan gula melaka. Biarkan menggelegak.
  3. Masukkan udang, timun, kacang panjang, lada besar hijau dan biarkan masak seketika.
  4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Tips: nak kuah lemak cantik tak pecah minyak selalu kacau.

Sumber: Cik Puan Ain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Udang Gulai Lemak Cili Api Tempoyak

Bahan-bahan

  • Udang
  • Kacang panjang
  • Santan
  • *Cili api
  • *Kunyit hidup
  • Tempoyak
  • Garam
  • Gula sikit
  • Asam keping
    *Blend cili api & kunyit hidup

Cara buat Udang Gulai Lemak Cili Api Tempoyak

  1. Lebur semua kecuali tempoyak, garam & gula (asam keping pun kemudian sebab rasa dulu tahap kemasaman gulai)
  2. Kalau tempoyak dah rasa masam naturally tak perlu masam sangat, tak payah letak asam keping.
  3. Tunggu udang & kacang separuh masak, baru masukkan tempoyak, garam dan gula.
  4. Tunggu hingga mendidih baru tutup api dan masak udang/kacang.
  5. Tips masak gulai orangnegeri sembilan, masak guna api kecik supaya santan tak pecah minyak (gulai cantik)

Sumber: Fairus Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi yang kami kongsikan ini, jangan lupa cuba dirumah.

Jom baca resepi Gulai Ikan Tongkol ini.

Leave a Comment