4 Resepi Jelatah (Pelengkap Hidangan Nasi)


Tak lengkap rasanya jika makan nasi minyak atau nasi tomato tanpa jelatah. Nikmat makan bersama jelatah memang tak pandang kiri kanan dah. Resepi jelatah yang kami kongsikan ini cukup mudah nak buat tau.

Jom baca.

 

1. Resepi Jelatah Timun dan Nenas

Bahan-bahan

  • Timun
  • Nanas
  • Carrot
  • Bawang merah
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Cara buat Jelatah Timun dan Nenas

  1. Campur semua, gaul sebati.
  2. Cukup rasa semua. Simpan dalam peti ais.

Sumber: Siti Nur Afifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Jelatah Timun

Bahan-bahan

  • 1 biji Timun disagat
  • 1 biji Cili merah
  • 1 labu Bawang besar disagat
  • 1 senduk cili sos
  • 1 sudu udang kering digoreng dulu lalu ditumbuk hancur
  • 1 senduk kacang tanah digoreng dulu (ditumbuk jangan sampai hancur)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Jelatah Timun

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas.
  2. Dan siap.

Sumber: Roselina Hanid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Jelatah Utara

Bahan-bahan

Di hiris

  • 1 biji nenas
  • 1 biji timun
  • 3 biji cili merah
  • 2biji bawang besar
  • * Garam
  • *Gula
  • 1/2cawan udang kering, di sangai dan di kisar/ tumbuk (udang geragau pun boleh)
  • 1/2 ke 1 cawan kacang tanah yg di goreng dan di kisar.
  • 3biji limau nipis/ kasturi

Cara buat Jelatah Utara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan di hiris tadi.
  2. Masukkan bahan di kisar dan juga garam serta gula.
  3. Gaul sebati, perah asam limau dan perasa secukup nya.
  4. Siap.

Nota
Jika tidak ada perencah udang kering dan jus limau nipis/ kasturi, rasa nya kurang naik/ tidak berlemak

Sumber: Ummu Naim Qalaq dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Jelatah Orang Taiping

Bahan-bahan

  • Timun (potong buang biji supaya tidak berair)
  • Nenas
  • Carrot
  • Bawang merah
  • Suma bahan dihiris ikut citarasa sendiri
  • Cili merah ditumbuk
  • Kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar

Cara buat Jelatah Orang Taiping

  1. Campur suma bahan.
  2. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Siap.

Sumber: Nora Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi idea untuk anda memasak hari ini.

Resepi ini sedap makan bersama dengan nasi minyak. Jom lihat resepi  Nasi Minyak

Leave a Comment