4 Resepi Muffin Pisang (Rasa Coklat, Sedap Letak Chocolate Chip)

Dekat rumah selalu sahaja ada pisang yang dibeli tidak habis dimakan oleh ahli keluarga. Nak buang rasa sayang. Jadi tak perlu nak membazir dan apa kata cuba buat resepi muffin pisang yang comfirm licin habis.

Ini antara resepi-resepi muffin pisang yang anda boleh cuba.

1. Resepi Muffin Pisang

Bahan-bahan

Bahan A

  • 6 biji putih telur
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B

  • 6 kuning telur
  • 6 sb susu pekat

Bahan C

  • 2 cawan margerin (dicairkan)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat

Bahan D

  • 1 cawan pisang (dilecek)

Bahan lain

  • Chocolate chips

 

Cara buat Muffin Pisang

  • Asingkan telur putih dari telur kuning.
  • Pukul telur putih,gula dan esen vanilla hingga kembang dan gebu (8-10 minit) (guna mixer).
  • Masukkan telur kuning dan susu pekat.pukul lg (5 minit).
  • Berhentikan mixer.
  • Masukkan margerin berselang seli dengan campuran tepung,baking powder dan soda.
  • Kaup balik guna senduk.
  • Masukkan pisang.gaul rata.
  • Kemudian masukkan bancuhan ke dalam cup kertas. (1/2 bahagian)
  • Letak sedikit chocolate chips.tambah sedikit lagi bancuhan.
  • Taburkan chocolate chips di permukaan bancuhan.
  • Panaskan oven.
  • Bakar bancuhan kek pd suhu 170C selama 25 minit.
  • Bila dah masak, biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas tertutup.

Nota :

1 cawan = 250 ml

telur = grade B

tepung gandum = bakers’ choice

Sumber : Zainoor Aliza Ali dari BIKMM

2. Resepi Muffin Pisang Coklat

Bahan-Bahan

Bahan kering:

  •  2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk kokok
  • 1 sk baking soda
  • 2 sk baking powder
  • 1 sk garam

Bahan basah

  • 1/2 cawan pisang berangan/emas yang sudah dilenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur gred A yang dipukul sedikit
  • coklat chip secukupnya
  • kekacang jika suka (optional)

Cara buat Muffin Pisang Cokelat

  •  Panaskan oven suhu 160°C selama 15 minit.
  • Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Campurkan semua bahan basah ke dalam mangkuk lain dan kacau rata.
  • Masukkan bahan kering yang sudah diayak ke dalam campuran bahan basah. Kacau dengan hingga sebati sahaja.
  • Letakkan kertas muffin ke dalam dulang muffin. Cedokkan adunan tadi sehingga 3/4 penuh. Taburkan coklat chip di atas adunan muffin tadi.
  • Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  • Siap

 

Sumber : Zulfaza Love Cooking ZLC

 

3. Muffin Pisang Almost Perfect 10

Bahan-Bahan

  • Pisang berangan/molek 3-4 biji ~ dilecek (pakai 4 biji supaya muffin lebh moist)
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • 1/3 cawan butter ~ dicairkan
  • 1/2 cawan gula (atau lebih ikut suka)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam

 

Cara Buat Muffin Pisang Almost Perfect 10

  • Panaskan oven pd suhu 180C
  • Bahan bertanda – dicampur sekaligus
  • Bahan bertanda – diayak sekaligus
  • Campurkan kedua2 bahan , gaul sebati guna spatula.
  • Tak perlu kacau beria sangatgt sebab nanti muffin jadi keras.
  • Isikan adunan hingga 3 suku penuh dlm papercup yg diletak dlm tray muffin.
  • Hiaskan ikut suka.
  • Bakar selama 15-20min bergantung pd jenis oven.

 

Sumber : Roziati Abdul Rahman dari Masak Apa Hari Ini

4. Muffin Pisang Bercoklat

Bahan-bahan

  • 4 biji pisang emas – lenyekkan
  • 2 cawan tepun naik sendiri (Self Raising Flour)
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen pisang
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara buat Muffin Pisang Bercoklat

  1. Masukkan semua bahan kecuali pisang kedalam pengisar (blender).
  2. Kisar hingga sebati.
  3. Masukkan pisang yang telah dilenyek.
  4. Kisar sekejap.
  5. Masukkan dalam acuan cup cake.
  6. Hias dengan chocolate chip/chocolate rice.
  7. Masukkan ke oven
  8. Bakar acuan dalam suhu 170 dan masa 35 minit.
  9. Siap

Sumber : Shazana Salleh dari Meh Buat Roti dengan BM Noxxa.

 

Akhir kata

Resepi muffin pisang ini antara pemanis mulut atau dessert yang senang sekali dibuat dan dimasak. Sesuai dihidangkan panas-panas tak kira waktu. Lagi best makan dengan keluarga.

Kalau nak cuba resepi yang gunakan pisang boleh cuba di sini.

Kalau minat kek, boleh cuba kek vanilla dan kek butterscotch juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment