3 Resepi Mee Bandung Muar Asli (Cara Buat Simple & Sedap)

Kalau pergi ke Johor, terutamanya Muar mesti rata-rata tidak melepaskan peluang untuk merasai masakan terkenal di daerah itu iaitu mi bandung. Kuahnya yang pekat, pes yang dimasak sendiri hasil resepi rahsia turun temurun. Nak resepi mee bandung Muar asli yang simple dan sedap tak?

Jom kita try!

1. Resepi Mee Bandung Muar Simple

Bahan pes

  • Cili kering , gula
  • Udang kering (dalam setengah kilo)
  • Bawang putih 2 labu (ketuk sahaja)

Bahan-bahan mee bandung

  • Udang/Sotong
  • Bawang putih 4 ulas – ketuk sahaja
  • Sawi segenggam/ ikut suka
  • Telur 3 biji
  • Mee

Bahan stok (perasa)

  • Daging/Tulang
  • Bawang putih dan bawang merah dirincih
  • Garam

Cara buat pes mee bandung Muar simple

  1. Blendkan cili Kering dalam 4-5 genggam dengan gula (agak banyak untuk sukatan ini)
  2. Blend Udang Kering (dalam setengah kilo)
  3. Tumiskan bawang putih dan masukkan cili kering tadi. Biarkan seketika kemudian masukkan udang kering tadi
  4. Tumis sampai hilang buih/masak

Tips:

  • Kalau nak sedap dan cantik merah colornya, renehkan dalam 2-3 jam
  • Pes ni boleh buat banyak untuk stok simpan dalam peti. Jadi, boleh masak mee bandung berkali-kali
  • Stok boleh tahan sampai berbulan Insya Allah

Cara buat stok (perasa)

  1. Rebus bahan-bahan sampai empuk

Tips:

  • Kalau guna tulang rasa lebih umph! kalau ikut resepi asal guna daging harus dipotong kecil-kecil

 

Cara masak mee bandung Muar asli

  1. Tumis bawang putih dan masukkan udang/sotong, sawi
  2. Masukkan dalam 3 senduk pes
  3. Masukkan stok daging dan daging dalam 2 cawan air. Biarkan ia mendidih
  4. Masukkan mee dan masukkan telur sebiji-biji
  5. Jangan bagi telur pecah, didihkan sahaja sampai telur masak
  6. Siap

 

Sumber: Zai Nasir dari Masak Apa Harini 

 

2. Resepi Mee Bandung Daging Makmah

Bahan A

Semua bahan ini perlu dikisar

  • 1 biji bawang besar
  • 8 tangkai cili kering

Bahan B

  • 3 ulas bawang putih
  • 6 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • gula garam secukup rasa
  • mee
  • sawi
  • taugeh

Cara buat Mee Bandung Daging Makmah

Sebelum itu daging direbus dahulu untuk guna air daging tu nanti. Ikut berapa banyak mana kita nak rebus

    1. Tumis bawang putih dan masukkan bahan A smpai pecah minyak
    2. Letak sos cili sos tomato dengan sos tiram dan tumis sedikit lagi
    3. Masukkan air daging ikut kesukaan kuah banyak mana
    4. Masak kuah sambil letak sedikit garam, gula dan masukkan letak sebiji kiub pati ayam
    5. Masukkan semua sawi dan mee. Taugeh boleh letak last sekali baru lah rangup krup krap tak layu lagi
    6. Bila kuah dah siap, angkat mee dulu biar kuah dalam periuk tu kita kasi pecah telur pula kat dalam
    7. Tapi kalau nak pecah sekali dgn mee pun boleh
    8. Boleh letak di atas hidangan utk hiasan seperti bawang goreng, hirisan cili besar, potongan hirisan halus daging dan daun sup.
    9. Kalau dapat perah sikit limau lagi sedap tu

Tips:

  • Masukkan lada lebih sedikit jika mahu kuah nampak lebih merah pekat
  • Taugeh di masukkan di akhir-akhir untuk kekalkan rasa rangup

Sumber: Mekni Aini dari Masak Apa Harini

 

3. Resepi Mee Bandung Warisan Abah Sedap

Resepi ini dikongsikan oleh Yusreena Said Yusz yang diwarisi turun temurun. Sangat popular di tempat tinggal beliau.

Bahan-bahan untuk pes

(Pes ini boleh difrozenkan untuk tahan lama dan boleh juga dibuat pes mee goreng)

  • Cili kisar jadikan 1 blender
  • Bawang putih (10 ulas)
  • Bawang besar (4 ke 5 biji)
  • Udang Geragau/Pepai (rendam dulu) lepas tu kisar dapatkan 2 blender

 

Cara buat pes mee bandung

  1. Selepas blender kesemua bahan di atas, tuang dalam periuk/ kuali masak dengan api kecil sampai air kering untuk jadikan pes
  2. Sila gunakan kaedah rebus. Bukan tumis guna minyak
  3. Kemudian, goreng kacang tanah & blender kering biskut lemak/cream cracker (ditumbuk halus)
  4. Fungsi biskut utk pekatkan kuah ialah dengan menggunakan daging rebus.
  5. Daging di rebus & ambil air rebusan untuk sedapkan lagi rasanya

 

Cara buat mee bandung sedap

(sukatan untuk seorang makan, kalau ramai boleh gandakan sukatan)

  1. Panaskan minyak & tumis 2 sudu pes mee bandung
  2. Masukkan 2 senduk besar/2 cawan air rebusan daging
  3. Perasakan 1/2sudu kecil garam, 2 sudu gula, sedikit penambah perisa (Mee bandung ni kena rasa manis)
  4. Pecahkan telur.
  5. Apabila sudah mendidih masukkan kacang kisar, perencah spt daging/ udang/sotong rendam
  6. Masukkan mee, sawi & tomato
  7. Dah siapp

Sumber: Yusreena Said Yusz dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Kami ucapkan selamat memasak pada yang tak sabar nak masak sendiri Mee Bandung ni.Kalau suka makan mee kari, boleh cuba resepi mee kari pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment