4 Resepi Hati Ayam (Pelbagai Resepi Yang Mudah)

Siapa penggemar hati ayam? Kami ada berita gembira untuk anda, kali ini kami kongsikan dengan anda resepi hati ayam yang cukup menyelerakan. Resepi yang mudah ini pasti menambat selera untuk penggemar hati ayam.

Jom kita try!

1. Resepi Masak Kicap Hati Ayam

Bahan-bahan

  • Hati ayam dibersihkan. Gaul garam dan goreng separuh masak
  • Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
  • Sebatang serai diketuk
  • Beberapa biji cili padi dibelah (jangan putus)
  • Kicap Mudim
  • Cili kering dikisar
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Beberap helai daun limau purut

Cara buat Masak Kicap Hati Ayam

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (kecuali cili kisar) dan serai.
  2. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan cili sos, tomato sos dan kicap.
  4. Tambah sedikit air.
  5. Akhir sekali masukkan hati ayam yang telah digoreng bersama daun limau purut dan cili padi.
  6. Biarkan kering sedikit.
  7. Ok dah siap.

Sumber: Zainab Abu Bakar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Rendang Hati Ayam & Kacang Panjang

Bahan-bahan

  • Blend halus – cili kering + bwg merah + bwg putih + halia + lengkuas + serai
  • Santan
  • Hati + Pedal + Jantung Ayam
  • Kicap manis
  • Kerisik sedikit
  • Kacang panjang – potong kasar
  • Cili merah – hiris kasar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Rendang Hati Ayam & Kacang Panjang

  1. Tumis bahan blend hingga pecah minyak.
  2. Masukkan hati + pedal + jantung ayam.
  3. Masukkan santan.
  4. Masukkn kicap manis.
  5. Masak sehingga kering.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  7. Masukkan kerisik.
  8. Masukkan cili hiris & kacang panjang.
  9. Gaul mesra.

Sumber: Ogyep Manap dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Hati Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-bahan

  • ½ kilo hati ayam (cuci bersih dengan tepung gandum, rebus sekejap dan toskan buang airnya)
  • 1″ halia*
  • 5 ulas bwang putih*
  • 15 biji cili padi*
  • 1 labu bwang besar *
  • 2 sb lada hitam* (bahan bertanda* tumbuk @ blend )
  • 2 labu bwg besar potong bulat
  • 2 btg lada merah besar potong memanjang
  • 10 btg kacang buncis dipotong
  • 4 sdb kicap manis
  • 4 sdb kicap masin
  • 4 sdb sos tiram
  • 2 sk cuka

Cara buat Hati Ayam Masak Kicap Lada Hitam

  1. Hati ayam yang telah direbus, gaul kunyit garam, goreng smpai garing.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Lebih minyak goreng hati ayam, tumiskan bahan tumbuk @ blend tadi.
  4. Masak hingga garing dan masukkan semua jenis kicap.
  5. Masukkan cuka dan rasakan garamnya.
  6. Masukkan hati ayam dan gaulkan sebati.
  7. Last masukkan bawang dan kacang buncis.
  8. Diikuti cili merah besar.
  9. Gaul sebati dan tutup api.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Hati Ayam Goreng Manis

Bahan-bahan

  • 500gm hati
  • Serai titik 2 batang
  • Bawang Merah sebiji, hiris.
    **Bawang merah 3 biji
    **Bawang putih 5 ulas
  • Cili kisar 3 sudu
  • **Halia 1 inci
  • Rempah kari daging 1 sudu besar
  • **ketumbar 1 sudu besar
  • **jintan manis stengah sudu kecil
  • **jintan kasar stengah sudu kecil
  • Lada hitam sikit
  • **Kunyit sikit

Cara buat Hati Ayam Goreng Manis

  1. ** Blend bahan bertanda **
  2. Tumis serai & bawang hiris sampai layu, tumis bahan blend sampai masak dan naik minyak.
  3. Tambah garam gula dan masukkan hati.
  4. Hati dibersihkan dan rebus sekejap dengan halia sehiris dua dan toskan.

Sumber: Alyah Insyirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea untuk menu masakan anda.

Jom baca resepi Ayam Masak Hitam

 

Leave a Comment