4 Resepi Kuih Keria Gula Melaka (Rangup dan Lembut)

Singgah di Melaka tidak sah jika tidak membeli kuih keria gula melaka viral. Nak datang sana memang kena beratur panjang, mana tidaknya keenakan kuih keria ini rangup di luar dan lembut di dalam menjadi tarikan pelancong. Kali ini kami kongsikan resepi kuih keria gula melaka untuk anda cuba sendiri dirumah.

Jom kita try!

1. Resepi Keria Gula Melaka

Bahan-bahan

  • 2kg keledek oren (anggaran)

Bahan sira gula

  • Air 1/2 cawan
  • Gula pasir 15 sudu
  • Gula melaka (pecahkan)

Cara buat Keria Gula Melaka

  1. Rebus+garam sampai empuk. Tapis terus lenyek panas. Sejukkan dan simpan peti sekurangnya sejam.
  2. Tepung gandum 2cawan anggaran. Boleh tambah sikit kalau lembik.
  3. Masuk sikit tepung agak-agak boleh bentuk doh ring keria. Jangan lebih tepung nanti keras.

Bahan sira gula

  1. Didihkan api besar sampai likat bertali.
  2. Masuk kuih tutup api. Cepat-cepat gaul sekatakan kuih dengan gula.
  3. Biar kering dlm kuali dlm 5min. Siap!!

Sumber: Norazieanti Ghazali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Keria Gula Melaka Rangup Di luar Lembut Di dalam

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk doh keria

  • Ubi keledek putih/oren
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Baking powder
  • Garam

Bahan-bahan untuk salutan gula/sira

  • Gula melaka
  • Gula pasir putih
  • Air
  • Daun pandan

Cara buat Kuih Keria Gula Melaka Rangup Di luar Lembut Di dalam

  1.  Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu.
  2. Tambah tepung gandum & tepung beras sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat (lebihkan tepung beras sebab nak bagi kuih ranggup & jangan banyak sangat tepung nanti kurang rasa keledek tak sedap)
  3. Masukkan baking powder & garam.
  4. Bila adunan tadi dah sebati boleh bulatkan doh tadi sebesar bola pingpong & buat lubang ditengah-tengah.
  5. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan (Jangan selalu terbalikkan kuih nanti dia serap minyak banyak)

Cara-cara untuk salutan gula/sira

  1. Potong kecil-kecil gula melaka, masukkan gula pasir, daun pandan & air didalam kuali.
  2. Gunakan api yang kecil, kacau bahan tadi sehingga berbuih-buih & likat.
  3. Masukkkan kuih keria di dalam kuali, kacau hingga kuih disaluti gula & padam api.
  4. Biarkan seketika kuih keria td & masukkan kuih yang dah di sira kedalam bekas lain sebb kalau biar dalam kuali nanti dia melekat dekat kuali.

Sumber: Hidayah Marzuki dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Keria Gula Melaka Viral

Bahan-bahan

  • Ubi keledek
  • Tepung beras
  • Gula melaka + gula biasa

Bahan sira gula melaka

  • 1 senduk nasi gula melaka
  • 1sudu gula biasa
    (bahan ni ltk dlm kuali ye)

Cara buat Keria Gula Melaka Viral

  1. Ubi keledek kupas kulit, potong dadu.
  2. Masuk keledek potong tadi dalam periuk, masuk air, agak tenggelam ubi letak garam sikit.
  3. Rebus sampai empuk.
  4. Angkat toskan lenyek sampai hancur masa panas dah selesai lenyek, sejukkan.
  5. Masukkan tepung beras dalam ubi lenyek.
  6. Bulatkan ikut size sama bulat.
  7. Selepas itu baru tekan sikit doh bulat.
  8. Baru tekan guna jari kelingking bagi ada lubang (tekap).
  9. Goreng smpai garing.

Bahan sira gula melaka

  1. Masukkan air (agak gula tggelam) jangan banyak air.
  2. Masak sampai menggelegak (berbuih).
  3. Bagi melekit ye, tak cair, bila kita angkat pakai senduk/sudip, nampak air gula tidak putus.
  4. Masukkan keria, tutup api & gaul.

Sumber: Anne Hilta dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Keria Montok Gula Melaka

Bahan-bahan

  • 1 kilo keledek(di kukus)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras

Untuk sira gula melaka.

  • 1 biji gula melaka di hncurkn dahulu
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan(diikat simpul)

Cara buat Kuih Keria Montok Gula Melaka

  1. Tunggu keledek sejuk terlebih dahulu kemudian barula ditumbuk hingga lumat masukkan tepung beras dan tepung gandum uli sehingga menjadi doh.
  2. Kemudian bulatkan doh seperti bola ping pong dan buat lubang tengah.
  3. Panaskan minyak goreng keria minyak mesti banyak.
  4. Pastikan keria tenggelam dan tak terlalu penuh sebab keria akan gemuk montok goreng sehingga kuning keemasan.

.
Untuk sira gula melaka.

  1. Satukan kesemua bahan tersebut kedalam kuali.
  2. Reneh sehingga berbuih kasar kemudian baru masukkan keria tadi.
  3. Gaul rata hingga berkilat terus angkat dari kuali jangan biarkan nanti keria melekat dan tak cantik sira nanti.

Sumber: Siti Saemah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi kuih viral ini dirumah, tak perlu dah susah payah nak beratur panjang selepas ini.

Jom baca resepi kuih puteri mandi pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment