4 Resepi Kuih Koci (Koci Santan Meleleh)

Kuih koci juga adalah salah satu kuih legend atau kuih orang lama. Kuih koci ini lagi meleleh santan lagi sedap bila dimakan. Tak susah mana pun nak buat kuih koci ini. Kalau anda craving kuih koci resepi kcuih koci ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Koci

Bahan-bahan

  • 1paket tepung pulut
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 2cwn Santan pekat
  • Garam secukup rasa

Inti koci

  • 1bj Kelapa muda
  • Sedikit inti durian (optional)
  • 1cwn gula merah
  • 1/2cwn gula putih
  • 1/2cwn air
  • Garam
  • Daun pandan (Disimpul)

Cara buat Kuih Koci

  1. Masak santan, tepung jagung & garam jangan smpai likat cukup suam.
  2. Letakkan tepung pulut dalam bekas besar.
  3. Masukkan adunan santan & tepung jagung tadi gaul hingga tidak melekat di tangan.

Inti Koci

  1. Cairkan gula, gula merah, garam & air hingga berbuih.
  2. Masukkan kelapa. Masak biar kering dan letakkan 2 sudu tepung gandum.
  3. Mulakan bungkus tepung pulut & inti. Kukus 10minit. Siap.

Sumber: Nuratiah Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Koci Labu Bersantan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung pulut
  •  Labu (guna separuh saja)
  • 1sdk garam
  • Air secukupnya

Inti

  • 1½ cawan kelapa parut (ambil putih)
  • Gula melaka/merah (guna sebiji ½ gula kabong)
  • 2sdb Gula pasir
  • Air setengah cawan untuk larutkan gula
  • 1sdb tepung gandum dicampur dgn sedikit air (tujuan pekatkan inti)

Santan Cair 

  • 2 cawan tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat
  • 3 sb tepung beras
  • Sedikit garam

Cara buat Koci Labu Bersantan

  1. Kukus labu sehingga empuk. Sejukkan seketika.
  2. Satukan labu yang disejukkan bersama tepung pulut dan garam. Uli seketika untuk sebatikan saja.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik ye. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yg telah dibulatkan tadi, bila doh dah terapung, maknanya doh dah ckup masak (macam masak kuih onde²@buah melaka)

Inti 

  1. Masukkan air dan gula merah@gula kabong.
  2. Masukkan gula pasir biarkan gula mendidih bersama air sehingga larut.
  3. Kemudian masukkan kelapa parut.
  4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah dilarutkan dengan sedikit air tadi. Biarkan kering sekejap, kemudian sejukkan seketika.

Santan Cair 

  1. Satukan semua bahan. Kena sentiasa kacau.
  2. Masakkan dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Kemudian dah boleh masukkan koci yang telah direbus tadi ke dalam adunan santan.
  4. Seterusnya boleh mula membungkus koci.

Sedikit Tips untuk membungkus kuih koci :

  • Semasa nak bungkus koci, sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.
  • Kemudian ambil doh yang dah dimasukkan ke dalam santan tadi menggunakan sudu letak ditengah daun pisang.
  • Lipatkan daun pisang,
  • Dah siap lipat, panaskan air dalam kukusan. Pastikan air betul dah mendidih dengan api perlahan. Kukus kuih koci selama 7 minit supaya aroma daun pisang naik. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Wirawati Negara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Bahan-bahan

  • 2 cawan tpg pulut
  • 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak
  • Secubit garam
  • 1 cawan santan cair (jangan curah semuanya)

Inti kelapa manis

  • 1 biji kelapa muda
  • 1 biji gula melaka (optional)
  • 2cwn gula merah
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
  • Daun pandan disimpul

Kuah santan pekat

  • 2cawan santan pekat
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

Cara buat Kuih Koci Pulut Hitam

  1. Tepung pulut dan tepung pulut hitam serta garam di gaul sebati.
  2. Kemudian curahkan santan cair sedikit demi sedikit jangan curah sekaligus bimbang nanti doh terlembek sangat.
  3. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan.
  4.  Uli sehingga doh tak melekat kat tangan doh tak keras dan tak lembek sangat.

Inti kelapa manis

  1. Masak gula merah dengan 2 cawan air. Bila dah larut tutup api. Biarkan sejuk, kemudian tapiskan.
  2. Masukkan kelapa parut tadi. Masukkan juga 3/4 cawan gula pasir, air gula merah, air tepung gandum, daun pandan dengan air secukupnya, masak inti dengan api perlahan sehingga masak (kering air) kemudian sejukkan.
  3. Daun pisang dilayur atas api saiz dia 5inci X 5 inci sebaiknya daun muda senang nak lipat

Kuah santan pekat

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam santan pekat kacau sebati dan masak adunan sehingga pekat. Tutup api & ketepikan.
  2. Panaskan kukus sampai air kukus mendidih.
  3. Ambil sedikit adunan tepung pulut tadi separuh genggam. bulatkan kemudian leperkan diatas tangan masukkan inti kelapa tadi tutup dan bulatkan balik buat sampai habis doh.
  4. Masakkan pula kuih koci dalam adunan campuran santan dan masak sehingga kuih koci terapung dan angkat.
  5. Guna sudu ambil doh koci sekali dengan kuah adunan santan pekat tadi letak atas daun pisang.
  6. Kemudian kukus sekejap dlm 7 minit untuk bagi aroma daun pisang, siap.

Sumber: Maizatul Akmar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Koci Pandan

Bahan-bahan

  • 500g tepung pulut
  • Daun pandan 10 helai
  • Perwarna hijau
  • Garam 1sk
  • Air masak

Inti

  • 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1sk garam
  • 3 sudu tepung gandum
  • 2 helai daun pandan
  • Air 1 cawan
  • Gula merah

Santan

  • 150g tepung jagung
  • 1 kotak kecik santan
  • 3 @ 4 cawan air
  • Garam

Cara buat Kuih Koci Pandan

  1. Blendkan daun pandan 10 helai tadi.
  2. Tapiskan airnya air pandan tadi bancuh dengan 1sk garam dan perwana.
  3. Tuangkan pada tepung pulut  tadi sampai menjadi doh.
  4. Air jangan terlalu banyak, Kalau tepung tak melekat kat tangan doh dah okay.

Inti

  1. Masukkan air 1 cawan tadi ke dalam kuali masukkan gula merah.
  2. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Tapiskan air gula merahcSebabnya takut ade bendasing dalam gula merah.
  4. Dah tapis. Masukkan 1 biji kelapa tadi. Daun pandan dan gula pasir dan garam.
  5. Masakkan sehingga kering.
  6. Masukkan tepung gandum. Tepung gandum untuk memekatkan inti kelapa.
  7. Tutup api. Biarkan sejuk seketika pastikan api slow kalau intinya dah kering.

Santan

  1. Masakkan semua bahan tadi sehingga pekat. Dah nampak pekat tutup api.
  2. Didihkan air, buat bulat pada inti kelapa.
  3. Letak inti kelapa bulatkan dan masukkan kat dalam air mendidih.
  4. Dah terapung doh tadi dah masak,  Letakkan atas daun pisang yang dah dilayur.
  5. Letak 1 sudu dadih santan.
  6. Kuih koci yang dah dibungkus tak perlu di kukus lagi.

Sumber: Amyraa Azrai Nisweena dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi anda sedikit idea.

Jom lihat juga resepi kuih ketayap yang juga kuih legend ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment