8 Resepi Kuih Mudah Guna Tepung Gandum (Simple Sangat!)

Di sini kami kongsikan resepi kuih mudah guna tepung gandum sahaja untuk anda yang ingin cuba membuat kuih. Resepi yang kami kongsikan ini juga mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang disenaraikan.

Jom kita try!

1. Resepi Bom Bijan

Bahan-bahan

Bahan untuk kulit

  • Tepung pulut 1paket (500g)
  • Tepung gandum 1cwn
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Bijan Putih.

Bahan untuk inti

  • Kelapa parut
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit Air
  • Sedikit gandum

Cara buat Bom Bijan

  1. Campurkan tepung pulut+tepung gandum+garam. Gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit uli sampai doh tidak melekat di besen.
  2. Sebelum uli untuk masukkan inti
  3. PASTIKAN TANGAN DILUMURKN DENGAN SEDIKIT MINYAK ambil doh masukkn inti kelapa
  4. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
  5. Letakkan sedikit air kedalam kuali, masukkan gula merah+gula pasir+garam.
  6. Kacau hingga gula cair masukkan kelapa parut masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap taburkan 1 sudu besar gandum kemudian tutup api.
  7. Ambil adunan tadi bulatkan bersama inti dan golekkan dalam bijan. Selepas siap letakkan dlm peti ais sekejap, biasanya 1 jam, kalau lama pun boleh (petua tak nak bagi meletup).
  8. Buka api sederhana besar masukkn minyak. Apabila minyak sederhana panas masukkan kuih bom dan kecilkan api.

Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Kayu Keramat

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/2 paket mauripan(resepi original Terengganu guna yis tersendiri iaitu ibu kayu keramat)
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat@susu cair@susu tepung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Air suam secukupnya

Cara buat Kuih Kayu Keramat

  1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali air bila dah gaul rata, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh macam donat rehatkan sekejap lebih kurang 1/2 jam.
  2. Sapukan tangan dengan sedikit minyak ambil sedikit adunan, tarik memanjang.
  3. Terus goreng dalam minyak yang sedang panas goreng dengn api yng sederhana.
  4. Bila dah perang boleh angkat saya suka yang agak garing baru rangup diluar, lembut didalam.

Sumber: Puan Norimah Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Cara Manis

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 Biji telur
  • 1 Cawan santan pekat@guna kara pun boleh
  • 1 Cawan air
  • 1 Cawan air pandan (3 helai daun pandan di blend dengan secawan air)
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • Gula (sebagai inti)
  • Minyak masak (sapu pada acuan)

Cara buat Kuih Cara Manis

  1. Campur tepung gandum/telur/air pandan/air/santan/garam. Kacau hingga sebati.
  2. Kemudian tapis. Panaskan acuan. Sapu minyak pada acuan kemudian tuang adunan tadi.
  3. Letak gula ditengah kemudian tutup denagn penutup dlm 5-7 minit.
  4. Dah masak boleh keluarkan kuih cara tersebut.

Sumber: Haslinda Husin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Makmor

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum goreng tanpa minyak / sangai. Hingga kekuningan.
  • 400gm minyak ghee dicairkan.
  • 7biji telur, asingkan. Ambik kuning sahaja.

Cara buat Kuih Makmor

  1. Ayak tepung supaya tekstur halus & tak berketul.
  2. Campurkan 3 bahan tadi, tepung masukkan sikit-sikit yaa.
  3. Uli hingga jadi doh dan tak melekat di jari.
  4. Lepas tu boleh laa bulat kan, susun dlm loyang.
  5. Bakar suhu 180° ikut oven memasing selama 20-25 minit.
  6. Bergantung oven kadang ada yang cepat masak.
  7. Dah siap, tunggu sejuk sikit boleh la tambah gula aising.
  8. Siap untuk dmakan.

Sumber: Mas Mastura Siamit dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Apam Balik Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh yis
  • 1/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan air / susu segar
  • 2 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
  • Bahan-bahan inti
  • Kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar kasar)
  • Jagung tin
  • Gula
  • Sedikit mentega

Cara buat apam balik

  1. Masukkan telur, gula dan air ke dalam blender. Kisar hingga berbuih dan gula hancur.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan kisar lagi hingga halus. Rehatkan adunan selama sejam.
  3. Panaskan kuali non-stick dengan api kecil. Sapu sedikit marjerin.
  4. Tuang adunan dan ratakan.
  5. Apabila adunan sudah berlubang kecil, taburkan gula, kacang dan jagung.
  6. Letakkan sedikit mentega yang sudah dipotong kecil.
  7. Apabila apam dah berwarna coklat, lipat dan angkat. Sapukan permukaan apam dengan marjerin. Siap.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Apam Nasi Simple

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula kasar
  • 1 paket yis

Cara buat apam nasi

  1. Kisar nasi dengan 1 cawan air dahulu sehingga halus.
  2. Kemudian, tambahkan lagi 2 cawan air dan kisar lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung beras, tepung gandum, gula dan yis.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan perap selama 1 jam.
  5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan kukus selama 15 minit.
  7. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus selama 5 minit supaya tahan lama.

Sumber: Roslina Hasan dari Masak Apa Hari Ni

 

7. Resepi Cucur Bawang Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah dipotong dadu
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air panas yang baru mendidih
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cucur Bawang Mudah

  1. Campurkan tepung gandum, garam dan bawang merah.
  2. Selepas itu masukkan air panas, gaul guna senduk sehingga sebati, adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
  3. Sapukan sedikit minyak di tapak tangan, ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng adunan hingga keperangan. Siap.

Sumber: June June Meq dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

8. Resepi Kuih Kaswi Gula Merah (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan. Tepung Ubi
  • 1/2 cawan. Tepung Beras
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh air Kapur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • Sedikit kicap pekat manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji isi kelapa parut

Cara buat kuih kaswi (sukatan cawan)

  1. Masukkan daun pandan, gula pasir dan gula merah bersama air hingga mendidih. Sejukkan.
  2. Masukkan tepung, kicap serta air kapur ke dalam air gula yang telah disejukkan. Kacau menggunakan whisk @ blend pun boleh.
  3. Setelah itu tapiskan ke dalam bekas yang telah disapu minyak. Sama ada loyang @ acuan kecil.
  4. Kukus dalam 15 minit utk acuan kecil @ 40 minit untuk dalam loyang.
  5. Setelah sejuk bolehlah digaulkan bersama isi kelapa parut bergaram yang sudah dikukus terlebih dahulu.

Sumber: Rozanah Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Simple sangat resepi kuih mudah guna tepung gandum ini kan?

Kalau memang tak ada idea, memang boleh cuba.

Jom semak pelbagai jenis resepi kuih lain yang kami sediakan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment