4 Resepi Laicikang (Sedap Minum Waktu Panas)

Musim panas sekarang ini memang kita akan mencari air yang dapat sejukkan tekak. Antara air yang dapat sejukkan tekak ketika waktu panas ialah laicikang. Bahan-bahan yang terkandung dalam resepi laicikang ini juga dikatakan dapat meredakan panas dalam badan. Jom kami nak kongsikan resepi ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Laicikang Mewah

Bahan-bahan

  • Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
  • Katira (rendam 3 jam)
  • Longan kering (rendam kejap 5 min )
  • Biji selasih (rendam 5 min)
  • Kacang tanah sangai
  • Buah laici
  • Buah kundur kering
  • Barli (rebus dulu)
  • Buah Lo Han Ko
  • Red dates
  • Buah kabung
  • White fungus (rendam dulu 2 jam)
  • Daun pandan
  • Gula batu

Cara nak buat Laicikang Mewah

  1. Rebus air bersama daun pandan, gula batu dan buah Lo Han Ko.
  2. Bila dah gelegak masukan red dates dan longan kering.
  3. Biarkan seketika.
  4. Kemudian siap, ceduk lbubuh dalam jag/mangkuk isikan bahan lain nak minum sejuk letak air batu.

Sumber: Aida Surieany Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Air Laicikang Simple

Bahan-bahan

  • Air masak
  • Air gula merah
  • Air gula
  • Natadecoco
  • Cincau (potong dadu)
  • Laici tin
  • Agar2 warna merah & hijau (potong dadu)
  • Selasih
  • Kacang
  • Kundur manis kering.
  • Kembang semangkuk
  • Ais ketul

Cara nak buat Air Laicikang Simple

  1. Satukan 1 liter air masak + air gula merah 5 sudu + 2 senduk air gula.
  2. Masukan laici 1 tin + natadecoco (isi sahaja) + cincau + agar-agar merah & hijau + selasih + kuncur manis kering & kembang semangkuk (rendam bagi kembang dulu dengan air masak).
  3. Gaul sampai sebati.
  4. Simpan dalam peti sejuk.
  5. Last letak ais & kacang

Sumber: Sazwani Maarof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Laicikang Sedap

Bahan-bahan

  • Longan dalam tin (air jangan buang)
  • Laici dalam tin (air jangan buang)
  • Biji selasih
  • Cincau
  • Nata di coco (buang air nya)
  • Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
  • Air batu

Cara nak buat Laicikang Sedap

  1. Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya, letak biji selasih dan cincau dan nata de coco, perah kan limau nipis.

Sumber: Salina Samad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Laicikang

Bahan-bahan

  • Cincau (dicincang)
  • Kundur sepekat kecil
  • Laici (1 tin)
  • Nata De Coco
  • Kacang tanah
  • Kurma Cina kering (rendam sekejap)
  • Beras barli (direbus sampai kembang)
  • Biji selasih (direndam hingga kembang)
  • Buah kembang semangkuk (direndam sampai kembang)
  • Span jely (direndam kembang)
  • Longan kering (direbus dgn gula melaka)

Cara nak buat Laicikang

  1. Campurkan kesemua bahan tadi dan sedia untuk diminum sejuk atau panas.

Sumber: Linda Azlinda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Bahan-bahan yang digunakan dalam air laicikang kadangkala agak susah untuk cari, tidak mengapa anda boleh memesan sahaja di kedai makan jika anda ingin merasai air penyejuk tekak ini.

Jom cuba juga resepi air asam boi ini memang segar bila minum.

Selamat mencuba!

Leave a Comment