4 Resepi Nasi Ganja (Nasi Vanggey Ipoh)

Nasi ganja atau dikenali juga sebagai nasi vanggey ini cukup popular di Ipoh. Dah sampai Ipoh wajib cuba nasi ganja ini. Nasi ganja ini dihidangkan bersama ayam goreng berempah, kuah kari, telur asin serta sedikit sayur. Memang boleh ketagih lah bila dapat makan. Kami nak kongsikan resepi nasi ganja buat anda.

Jom try!

1. Resepi Nasi Ganja Kuah Paru Masak Hitam

Bahan-bahan

  • Beras basmathi- siap rendam dengan pewarna kuning dalam 30minit
  • 5cawan air
  • *3 biji Bawang merah
  • *3 ulasBawang putih
  • *Halia agak2
  • 1 sudu besar Minyak sapi
  • 2 sudu besar Mentega+minyak masak sikit
  • Rempah sup
  • Garam agak2
  • 1 Kiub ayam
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Rempah tumis
  • Daun pandan

(bahan bertanda *kisarkan)

Bahan ayam goreng berempah

  • Ayam 1 ekor
  • 2sudu serbuk kunyit
  • 1senduk serbuk kari
  • Ketumbar sangai kisar 1sudu
  • Jintan sangai kisar 1 sudu
  • Garam+gula
  • Aji
  • Bawang merah kisar
  • Bawang putih kisar
  • Serai 3 btg kisar
  • Halia kisar
  • Daun kari

(Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam)

Bahan paru masak hitam

  • 500gm Paru rebus (dalam pressure cooker) potong nipis dan goreng dulu
  • 1biji Bawang besar kisar
  • 2 ulas Bawang putih kisar
  • Halia sikit kisar
  • Lada kering 5-6 tangkai kisar
  • Kicap jalen botol merah 3 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu
  • Sos cili 2 sudu
  • Garam
  • Gula
  • Aji
  • Minyak

Bahan kuah kari

  • 2 biji Bawang besar*
  • 3 ulas Bawang putih*
  • Halia sikit*
  • Lada kering 3,4 batang*
  • Rempah kari ayam daging babas 2 senduk
  • Rempah kari ikan babas agk2 1 pkt kecik
  • Serai titik
  • Minyak
  • Daun kari
  • Bwg putih 2 ulas mayang untuk tumis
  • Air asam
  • Gula,garam, aji
  • Santan kotak 1kotak (kara)

(bahan dikisar)

Cara buat Nasi Ganja

  1. Panaskan mentega+minyak masak dan minyak sapi.
  2. Masukkan rempah tumis,daun pandan dan bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan air biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras.
  5. Masukkan kiub ayam, garam, dan sos cili.
  6. Kacau semua sampai sebati. Sampai agak kering. Matikan api.
  7. Pindahkan beras dalam periuk tekanan. Saya guna Pc Russel jadi masak dalam 5 minit saja. Siap.

Paru masak hitam

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan paru yang dah digoreng.
  4. Masukkan kicap dan sos, garam, gula, aji tambahkan air sikit biarkan paru sampai hampir kering matikan api. Siap.

Kuah kari

  1. Panaskan minyak, masukkan daun kari dan serai.
  2. Masukkan rempah tumis smpi naik bau.
  3. Masukkn bahan kisar,
  4. Masukkan rempah kari (jangan bancuh dengan air supaya bertambah sedap).
  5. Bau dah wangi masukkan air.
  6. Air mendidih baru letak santan, garam, gula, aji,dan air asam.

Sumber: Faridah Jaafar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Ganja Mudah

Bahan-bahan

  • Beras basmathi (rendam 20 mnit dan tos)
  • Bawang merah, bawang putih, halia- blender
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Rempah sup
  • Kiub ayam
  • Garam
  • Daun pandan
  • Pewarna kuning telur
  • Minyak sapi/marjerin

Bahan ayam goreng mamak

  • Bawang merah, putih, halia blender
  • Serbuk cili
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Megi ckup rasa
  • Daun kari
  • Pewarna merah (option)

Cara buat Nasi Ganja Mudah

  1. Panaskan marjerin masukkan 3 sekawan tumis masukkan bahan blender tumis hingga wangi. Masukkan rempah sup secukupnya, kiub ayam dan garam secukup rasa.
  2. Masukkan beras kacau rata masukkan air secukupnya dan pewarna kuning telur,daun pandan.
  3. Tuang dalam rice cooker dan masak macam biasa.
  4. Sukatan air beras basmathi 2 cawan beras 3 cawan air.

Ayam goreng mamak

  1. Sebelum goreng pecahkan sebiji telur pada perapan dan letak tepung beras secukupnya baru digoreng.

Sumber: Norlizah Ramli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Nasi Ganja (Nasi Sahaja)

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras (saya guna beras Brasmathi, rendam 30 minit dan toskan)
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 kuib ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • Sedikit minyak masak
  • Sehelai daun pandan disimpul

Bahan tumis

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 4 ulas bawang merah dimayang

Cara buat Nasi Ganja (Nasi Sahaja)

  1. Dalam periuk nasi, panaskan minyak sapi dan minyak masak.
  2. Kemudian tumiskan bahan tumis dan bahan yang dimayang hingga harum.
  3. Masukkan air dan daun pandan dan biarkan mendidih. Bila air dah didih, masukkan beras sedikit pewarna kuning; secubit garam dan sos cili.
  4. Tutup periuk dan tanak seperti biasa

Sumber: Kesavan Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Vanggey (Kuah Nasi Ganja)

Bahan-bahan

Bahan perap ayam

  • 1/2 ekor ayam – dicuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1/2 inci halia dikisar halus
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam & serbuk perasa

Bahan sambal

  • 3 ulas bawang merah – dimayang nipis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudur besar serbuk cili
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Garam & gula secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat Ayam Vanggey (Kuah Nasi Ganja)

  1. Satukan ayam dengan semua bahan perapan, kemudian perap minimum 4 jam sebelum digoreng hingga garing.
  2. Selepas selesai goreng ayam, dengan menggunakan minyak yang sama (kalau minyak banyak boleh kurangkan) tumis bawang merah & daun kari hingga garing.
  3. Setelah bawang garing masukkan cili kisar bersama semua bahan perasa iaitu garam, gula dan serbuk perasa tujuan semua bahan perasa dimasuk awal kerana cili kisar ada kandungan air yang boleh melarutkan bahan perasa dengan sekata.
  4. Tumis cili kisar hingga pecah minyak dan rasa dulu kalau dah cukup rasa perlahankan api dan kemudian baru masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk kari daging kacau sebati dan jangan tinggalkan dalam lebih kurang 3 minit kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi kacau sebati dengan api perlahan dalam lebih kurang 5-7 minit.
  5. Siap untuk dihidang.

Sumber: Adnil Sam

Akhir kata

Selepas ini jika anda craving dengan nasi ganja, tak perlu dah nak ke Ipoh, buat sendiri confirm puas hati.

Jom semak resepi nasi serai ini, memang semerbak bau bila dah masak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment