4 Resepi Daging Blackpepper (Cara Masak Black Pepper Simple)

Kadang-kadang tak tahu juga nak masak daging apa bila sudah beli? Nak senang buat sahaja daging masak kicap atau daging blackpepper. Memang sedap. Resepi daging blackpepper pun mudah juga, tak susah pun. Makan dengan nasi panas memang sedap.

Jom kita tengok.

1. Resepi Daging Blackpepper

Bahan-bahan

  • Minyak masak
  • 1kg daging
  • 1/2 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 2-3 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 3 sudu sos lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • Sedikit garam dan perasa
  • Air
  • Sayuran

Cara buat daging blackpepper

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Gaul dan tumis sekejap.
  2. Masukkan air paras daging dan biarkan sehingga empuk.
  3. Tambahkan kicap, garam dan perasa. Jika daging belum empuk, tambahkan air dan masak sehingga empuk.
  4. Apabila daging sudah masak dan kuah sudah agak kering, masukkan sayuran dan tutup kuali. Tutup api dan biar dalam beberapa minit.
  5. Taburkan hiasan dan sedia dihidang.

Sumber: Farhana Mispan dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Daging Blackpepper

Bahan-bahan

  • 600g daging batang pinang
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Capsicum (dipotong petak)
  • Bawang Holland (dipotong petak)
  • Daun bawang (dipotong panjang)
  • Sos blackpepper
  • Sos berperisa tiram
  • Kicap lemak manis

Cara buat daging blackpepper

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan daging.
  2. Apabila daging dah keluarkan minyak dan airnya kering, masukkan semua sos. Kacau dan tambahkan sedikit air.
  3. Tambahkan lada hitam dan gaul sebati.
  4. Masukkan capsicum dan bawang holland. Gaul sehingga bahan tadi layu.
  5. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Yuera Mansor dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Daging Black Pepper Simple

Bahan-bahan

  • Bawang putih (diketuk)
  • Halia (dihiris)
  • Sos blackpepper
  • Sos tiram
  • Lada hitam kisar
  • Daging
  • Kicap
  • Garam dan perasa
  • Bawang holland
  • Lada benggala
  • Tepung jagung dibancuh dengan air

Cara buat daging black pepper

  1. Rebus daging terlebih dahulu sehingga separuh masak.
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia.
  3. Masukkan sos dan lada hitam kisar.
  4. Masukkan daging diikuti dengan kicap.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa.
  6. Masukkan bawang holland dan lada benggala. Tuang tepung jagung yang sudah dibancuh.
  7. Kacau dan tunggu sehingga daging masak. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Dina Amalia Nordin dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Daging Black Pepper Pekat

Bahan-bahan

  • Daging
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji bawang holland
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sos blackpepper
  • 2 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 1 biji capsicum hijau
  • 2 biji tomato
  • Lobak merah
  • Daun bawang
  • Garam, gula dan perasa
  • Minyak masak

Cara buat daging black pepper

  1. Rebus daging sehingga empuk.
  2. Apabila air sudah kering, masukkan minyak masak dan serbuk kunyit. Kacau kemudian masukkan bawang putih, sos blackpepper dan lada hitam.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
  4. Masukkan lobak merah dan capsicum. Masak sehingga lembut.
  5. Masukkan tomato, bawang Holland dan daun bawang. Kacau dan siap.

Sumber: Salina Samad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi daging blackpepper dari kami. Pedulikan salah eja samada blackpepper, black pepper atau black paper sekalikan. Yang penting, kenyang.

Mudah dan senang sahaja, kan?

Kami juga ada kongsikan resepi masakan daging lain yang mudah dan sedap.

Selamat mencuba!

Leave a Comment