4 Resepi Air Asam Boi (Air Penyegar Tekak)

Bila tiba sahaja bulan ramadan, pasti kita akan mencari air yang refreshing kan? Air asam boi adalah air yang cukup popular ketika bulan ramadan. Dapat seteguk sahaja cukup menyegarkan. Nak tahu resepi air asam boi? Jom kami bawakan untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Air Asam Boi

Bahan-bahan

  • 5 biji limau kasturi
  • 5 biji asam boi
  • 3 sudu gula (kalau nak manis lebih tambahkan gula)
  • 1 1/2 cawan air
  • Ais

Cara buat Air Asam Boi

  1. Potong 2 setiap limau kasturi (buang biji).
  2. Kemudian blend limau kasturi bersama gula.
  3. Jangan lama sangat takut kulit limau hancur nanti air jadi pahit.
  4. Tuang air ke dalam gelas dengan penapis.
  5. Kemudian letakan ais.
  6. Masukan 5 biji asam boi.
  7. Ambil sebiji limau potong 2 dan letak ke dalam gelas.

Sumber: Nazri Harun dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Air Limau Kasturi Asam Boi

Bahan-bahan

  • 10 biji limau kasturi
  • 2 sudu gula
  • 4 biji asam boi putih
  • 1 1/2 cawan air
  • Ais secukupnya

Cara buat Air Limau Kasturi Asam Boi

  1. Blend 6 biji limau kasturi yang siap dibuang biji bersama gula dan air. Blend sekejap sahaja untuk elakkan rasa pahit.
  2. Tapis hampas, masukkan air yang siap blend ke dalam jug berisi ais.
  3. Masukkan asam boi putih dan limau kasturi dibelah 2 sebagai hiasan.
  4. Siap dan sedia diminum.

Sumber: Nadia Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Air Balang Lemon Pudina Laici Asam Boi

Bahan-bahan

  • Daun pudina
  • Lemon 4biji
  • Sunquick 100g
  • Serbuk Asam Knor 100g
  • Air Gula 1liter

Cara buat Air Balang Lemon Pudina Laici Asam Boi

  1. Kisar 3Biji lemon dengan 2liter air, ambil air sahaja hampas buang masuk dalm bekas air.
  2. Masukkan 1liter air gula.
  3. Sunquick dan serbuk asam knor masukkan sekali 1liter air panas.
  4. Kacau dan masmukan dalam bekas air lemon tadi.
  5. Masukkan air batu ,pati air lemon, masuk air masak agak-agak, 1biji hiris lemon, daun pudina. Kacau dan siap untuk minum.

Nota

  • Kalau nak buat banyak gandakan sahaja
  • Kalau nak buat banyak pastikan perlu tapis banyak 2@3 kali
  • Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
  • Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.

Sumber: Nur Hanisah Kamaluddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Aiskrim Soda Lemon Asam Boi

Bahan-bahan

  • Air Soda F&N
  • Lemon
  • Asam boi putih
  • Serai
  • Daun pudina

Cara buat Air Aiskrim Soda Lemon Asam Boi

  1. Campurkan semua letak ais batu.
  2. Siap. Sedap dan menyegarkan.

Sumber: Hazirah Ayub dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Cukup refreshing minuman air asam boi ini. Hilang kering tekak bila dah minum kan?

Jom semak juga resepi air jagung yang sungguh kaw ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment