4 Resepi Air Barli (Air Penuh Khasiat)

Waktu panas sebegini memang sedap dapat minum air barli kan? Air barli juga dikatakan dapat menyegarkan tekak, merawat penyakit kencing kotor dan meredakan panas dalam badan. Sebenarnya banyak khasiat air barli ini. Jom kami nak kongsikan resepi air barli untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Air Barli

Bahan-bahan

  • Barli
  • Daun pandan
  • Gula

Cara nak buat Air Barli

  1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
  2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
  3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
  4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.

Sumber: Mastura Rashid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Air Barli Viral

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan barli
  • 7 gelas air
  • 1 batang kayu manis ceylon
  • Lemon
  • Madu (kalau nak manis)

**boleh guna sukatan sendiri ya.

Cara nak buat Air Barli Viral

  1. Rebus barli + kayu manis selama 30-45 minit, sampai barli kembang.
  2. Selepas itu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sedikit dan masukkan madu sedikit

Sumber: Nurul Syazwani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Air Barli Lemon

Bahan-bahan

  • Barli biji
  • Madu
  • Lemon

Cara nak buat Air Barli Lemon

  1. Basuh barley & rendam seketika.
  2. Masak barli sehingga lembut.
  3. Masukkan dalam cawan – squeeze sdikit lemon + madu.
  4. Siap.

Sumber: Siti Hailia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Air Bali Hipster

Bahan-bahan

  • 100g Biji Barli
  • 250g Gula Batu
  • 3g Bunga Telang
  • Air secukupnya

Cara nak buat Air Bali Hipster

  1. Cuci biji barli.
  2. Cuci bunga telang.
  3. Masukkan barli kedalam periuk dan isikan air secukupnya.
  4. Masukkan bunga telang.
  5. Masak sehingga mendidih.
  6. Bila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan gula batu.
  7. Kacau segingga gula batu cair dan tutup api.
  8. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber: Amanda Tan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi air yang berkhasiat ini beh dijadikan sebagai rujukan anda.

Jom semak juga resepi air asam boi sebagai air basah tekak ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment