4 Resepi Lamb Shank (Makan Bersama Nasi Arab)

Lamb shank adalah bahagian daging kaki kambing, dan dikatakan mempunyai otot yang paling pejal dan bahagian urat yang paling liat. Hidangan lamb shank ini sesuai dimakan bersama nasi arab atau nasi beriani, memang padu rasanya. Jom baca resepi lamb shank ini.

Jom kita try!

1. Resepi Lamb Shank Mudah

Bahan-bahan

Sesr Pan

  • Lamb Shank 2, 3 ketul
  • Black papper
  • Paprika

Bahan menumis

  • 1 yellow onion -Potong dadu
  • 1 batang celery
  • 1 batang carrot
  • 5 biji garlic
  • 1tsp Italian herb (optional)
  • 1tbsp tomato paste
  • Chicken stock
  • Salt
  • Papper
  • 1 liter air

Cara buat Lamb Shank Mudah

Step 1

  1. Marinate dalam 30 minit.
  2. Sesr atas pan bagi color sikit dan ketepikan

Step 3 (Merenih)

  1. Masukkan lamb shank yang sudah di sesr pan tadi.
  2. Dan rebus sehingga empuk (macam buat sup tulang) lebih kurang 2 jam.

Sumber: Badrul Hj Akhiar

2. Resepi Lamb Shank (Pressure Cooker)

Bahan-bahan

  • Dua ketul lambshank
  • Bawang (diced)
  • Garlic (diced)
  • Daun Bay
  • Celery
  • Carrot
  • Dried parsley
  • Minyak masak
  • Sikit butter
  • Beef stock secawan
  • Pomegranate & grape juice (substitute kepada wine)
  • Black pepper
  • Tomato Puree dalam tiga sudu besar
  • Sos tomato
  • Serbuk paprika

Cara buat Lamb Shank (Pressure Cooker)

  1. Seasoned korang punya lambshank dengan garam, pepper, paprika & tepung gandum. Set aside 10 minutes
  2. Tekan periuk noxxa anda pada mode ‘Stir fry’, masukkan minyak masak/ olive oil, sear lamb shank tadi dalam periuk Noxxa anda. Sear hingga luaran Shanks anda garing.
  3. Dalam pot yang sama, masukkan butter, sikit minyak. Tumis bawang, celery, carrot , daun bay, parsley sehingga soft
  4. Masukkan Tomato puree & juice.
  5. Masukkan Beef Stock (chicken atau vegetable stock pun boleh), black pepper (crushed segar lagi better).
  6. Biar mendidih sebentar. Masukkan lamb shank tadi. Gaul sikit.
  7. Set mode ‘STEW’ 40 minit.
  8. Lepaskan pressure, buka penutup. Tekan cancel & tekan Stirfry. Biarkan stew anda ‘reduced’ hingga menepati kepekatan yang anda mahu.
  9. Hidangkan bersama salad kegemaran dan mash potato (homemade is better!).

Sumber: Suzy Effendi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Stew Lamb Shank Sos Tomato

Bahan-bahan

  • 1 bawang besar didadu
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 2 sb pes tomato
  • Garam

Cara buat Stew Lamb Shank Sos Tomato

  1. Tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan serbuk kunyit.
  3. Masukkan lamb shank.
  4. Masukkan bawang putih, serbuk kayu manis, lada hitam.
  5. Tambah air panas.
  6. Masak 1 jam.
  7. Dalam kuali lain, goreng pes tomato sehingga bertukar warna agak gelap. Masukkan dalam kuah.
  8. Tambah garam, masak 1 jam lagi sehingga daging empuk dan kuah pekat.

Sumber: Nor Azryana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Nasi Arab Lamb Shank

Bahan-bahan

  • 500gm beras basmathi
  • 2 batang lamb shank
  • 3 1/2 sb rempah kabsah
  • 1/4 cwn minyak masak
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2sb tomato paste
  • Sedikit daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • 2sb minyak sapi
  • 2 cwn air

Cara buat Nasi Arab Lamb Shank

  1. Masak nasi dalam periuk nasi.
  2. Dadukan bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumis bawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kabsah, gaul sebati sehingga naik bau.
  4. Masukkan lamb shank, kacau dua minit. Masukkan air, kacau sebati dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging masak (empuk).
  5. Masukkan garam secukup rasa (biar masin sedikit sbb nanti nak gaul dengan nasi) dan biarkan kuah menjadi pekat dan agak kering.
  6. Selepas itu masukkan nasi dalam periuk lamb shank. Letak daun ketumbar yang telah dihiris dan gaul sebati.

Sumber: Tengku Mastura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Buat penggemar lamb shank anda patut cuba resepi ini, pasti anda akan suka dengannya.

Jom semak juga resepi kurma kambing mamak ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment