4 Resepi Ayam Masak Padang (Masakan Asli Indonesia)

Kalau anda masih mencari-cari idea untuk menu berasaskan ayam, apa kata anda cuba resepi ayam masak padang ini. Masakan padang ini asalnya dari Indonesia, rupanya juga lebih kurang sama dengan rendang. Jom kami kongsikan resepi menarik ini.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Masak Padang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam di potong 8 /10
  • Bwg merah 5 biji
  • Bwg putih 5 ulas
  • Sedikit halia
  • 2 btg serai
  • Kunyit basah sedikit
  • Kacang Gajus
  • Kerisik peket kecik / 4 sudu besar
  • Cili padi Merah 7
  • Cili padi hijau 7
  • Cili besar Merah n hijau 6
  • Daun kunyit 2 helai dihiris halus
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, gula, serbuk perasa

Cara buat Ayam Masak Padang

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia, serai, kacang gajus, cili padi merah dan hijau, cili besar merah dan hijau, kunyit basah kesemuanya diblender halus. Tumis betul garing dengan api perlahan.
  3. Dah garing rempahnya boleh masukan ayam.
  4. Gaul sebati hingga rempahnya meresap ke semua ayam.
  5. Dah agak separuh masak, masukan kerisik.
  6. Gaul lagi, lalu masukkan garam atau gula, serbuk perasa ikut suka.
  7. Perasakan cukup rasanya, boleh lah di tabur daun kunyit yang dihiris halus.
  8. Boleh lah tutup api.

Sumber: Rosnah Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Rendang Padang (Tanpa Kerisik)

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, serai*
  • Cili boh
  • Santan
  • Asam keping

Cara buat  Ayam Rendang Padang (Tanpa Kerisik)

  1. Ayam Goreng setengah masak (letak kunyit / garam sikit )
  2. Tumiskan bahan bertanda *
  3. Dah naik bau masukkan cili boh.
  4. Selepas itu agak cili dah masak menggelegak masukkan santan sikit.
  5. Kacau dan masukkan asam keping dan serbuk kunyit sikit supaya nak bagi warna kuah menyerlah.
  6. Jangan lupa garam,  gula & serbuk perasa kalau suka.
  7. Potong daun kunyit.

Sumber: Chinta Ashikin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Gulai Ayam Padang

Bahan-bahan

Bahan A

  • Bawang Putih*
  • Bawang Merah*
  • Halia*
  • Kunyit hidup*
  • Cili Merah*
  • Cili Padi*

Bahan B

  • Serai dan lengkuas diketuk daun limau dan daun kunyit (hiris besar)

Cara buat Gulai Ayam Padang

  1. Semua bahan bertanda * dikisar.
  2. Serai dan lengkuas diketuk daun limau dan daun kunyit (hiris besar).
  3. Panaskan minyak tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam biarkan seketika sehingga ayam mula mengecut boleh tambah air sedikit biar dalam10-15minit.
  5. Masukkan bahan B dan masuk santan gula garam dan perasa jika suka.

Sumber: Naddy’s Kitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Sambal Padang

Bahan-bahan

  • Cili hijau 10 tangkai
  • Bawang besar sebiji (atau 5 bwg merah lagi manis kan)
  • Bawang putih 3-4ulas
  • Tomato sebiji besar
  • Suka pedas boleh tambah cili padi secukupnya
  • Minyak sikit
  • Garam gula secukupnya
  • Serai sebatang

Cara buat Ayam Sambal Padang

  1. Goreng ayam dulu.
  2. Sementara itu potong cili bawang dan tomato, kemudian kukus 5-7minit.
  3. Apabila dah kukus angkat dan tumbuk tak payah lumat sangat dan ketepikan.
  4. Ayam tadi jamgan biar hangus dah masak angkat.
  5. Tumis bahan yang ditumbuk bersama serai jika nak sehingga cantik letak gula garam biar garing sikit kacau masukkan ayam gaul rata dan siap.

Sumber: Norfaizah Binti Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Untuk resepi ini sedap dimakan bersama nasi panas memang terangkat. Jangan lupa cuba resepi mudah ini.

Jom semak juga resepi ayam geprek makanan asal dari Indonesia juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment