4 Resepi Apam Gula Hangus (Tekstur Gebu & Lembut)

Apam gula hangus ini bila dah siap memang lembut kejadiannya. Buatkan kita tak sabar nak makan. Makan pula bersama secawan kopi memang ngam. Jom baca resepi apam gula hangus ini

Jom kita try!

1. Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan

Bahan-bahan gula hangus

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar butter

Bahan-bahan apam

  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1/4 cwn minyak masak
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara buat Apam Gula Hangus

  1. Masak gula sampai cair (jadi karamel).
  2. Tuang air sedikit demi sedikit, kacau dengan spatula atau senduk kayu sampai gula dan air sebati tutup api, masukkan butter kacau hingga butter cair.

Bahan apam

  1. Blend telur sampai kembang.
  2. Kemudian tuang Gula hangus tadi.
  3. Masukkan susu pekat manis dan minyak,blend lagi.
  4. Masukkan tepung yang diayak bersama soda bikarbonat, sedikit demi sedikit, blend sampai adunan sebati.
  5. Sediakan acuan yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  6. Isi separuh adunan ke dalam acuan,buat langkah yang sama sampai adunan habis kukus selama 15 minit api sederhana.

Sumber: Nur Masri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Apam Gula Hangus Mudah

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2sb butter/ marjerin
  • 2 biji telur gred A
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam
  • 3sb susu pekat
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat/baking soda
  • ½cawan minyak masak

Cara buat Apam Gula Hangus Mudah

  1. Cairkan gula dengan api slow, sampai keperangan. Masukkan air panas perlahan-lahan. Kacau sampai gula cair sepenuhnya. Masukkan butter, kacau. Biarkan suam sedikit
  2. Blender semua bahan. Satukan dengan air gula tadi. Tapis. Saya perap 2-3jam untuk bagi apam lebih naik, gebu dan ringan sedikit (tak padat).
  3. Kukus selama 15 minit. Kalau acuan twister ni dalam 13 minit pun dah ok.

Sumber: Jue Riana Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan

Bahan- bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu makan penuh marjerin
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telo
  • 2 sudu mkn susu pekat
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 penutup esin vanilla

Cara buat Apam Gula Hangus Sukatan Cawan

  1. Goreng gula sampai jadi warna perang masukkan air panas kacau hingga gula cair masukkan marjerin.
  2. Alihkan ke tepi tggu sampai betul sejuk.
  3. Blend telur susu minyak dan esen vanilla hingga kembang.
  4. Masukkan tepung dan gula karamel (tapis) dan blend lagi.
  5. Tuang dalam acuan kuih lompang kukus 15 minit.

Sumber: Shila VS Airin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Apam Gula Hangus Terlajak Naik

Bahan-bahan

  • 2 cawan air panas
  • 2 cawan gula
  • 4 biji telur A
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar butter yang dah dicairkan (buat awal dan sejukkan dulu)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecik esen vanila
  • 3cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecik soda bikarbonat
  • Ayak

Cara buat Apam Gula Hangus Terlajak Naik

  1. Masak gula jadikan karamel guna api slow.
  2. Bila gula dah caramelized, masukkan air panas. Awas!! Tuang slow-slow.
  3. Kacau sampai semua gula cair dan tak berketul. Dah siap ketepikan bagi sejuk.
  4. Pertama mix telur dengan susu pekat sekejap. Selepas itu letak pulak butter cair, minyak dengan esen vanila. Putar lebih kurang 5 min. Kemudian masukkan air gula tadi. Mix lagi.
  5. Speed slow. Then masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Time ini nak guna mixer boleh, atau gaul dengan whisker.
  6. Sapu minyak pada acuan pilihan. Kalau nak melompat keluar dari acuan, letak penuh.
  7. Kalau tak nak letak setengah cup. Panaskan pengukus.
  8. Air dah mendidih, kukus apam selama 15min api besar.
  9. Tutup pengukus jangan lupa tutup dengan kain untuk elak air menitis atas apam. Siap!

Sumber: Nurazura Aslinda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi idea untuk anda.

Jom semak juga resepi apam balik yang rangup ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment