4 Resepi Agar Agar Laici (Mudah Nak Buat)

Sedap kan dapat menikmati agar-agar pada waktu panas. Rasa sejuk sampai ke tekak. Resepi kali ini ialah resepi agar-agar laici yang memang menjadi kegemaran ramai orang. Rasa manis cukup serasi .

Jom kita try!

1. Resepi Agar-Agar Sirap Laici

Bahan-bahan

  • 20g serbuk agar-agar
  • 1 tin Lychee Bersirap
  • *asingkan buah laici & sirap laici
  • 220g Csr gula kasar
  • 1000ml air
  • sedikit perisa sirap rose
  • 1-2 sudu makan biji selasih (guna jika perlu sahaja/ optional)

Cara buat Resepi Agar-Agar Sirap Laici

  1. Asingkan air laici dan buah.
  2. Air laici (air dari tin laici) + air putih sehingga 1500ml, panaskan.
  3. Agak-agak nak mendidih, masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit supaya tak berketul dan gula. Kacau sehingga larut.
  4. Biar hingga mendidih, titikkan sedikit demi sedikit perisa sirap rose dan biar mendidih semula.
  5. Tutup api.
  6. Rendam seketika biji selasih sehingga kembang, tapis dan bilas.
  7. Letakkan laici ke dalam bekas.
  8. Tuang adunan jelly yang siap dimasak.
  9. Letak selasih.
  10. Sejukkan.

Sumber: Hazila Baharudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Agar-Agar Laici Selasih

Bahan-bahan

  • 1 peket agar agar
  • 1 plastics air /sukat guna plastik agar agar
  • 1 1/2 senduk gula pasir
  • 1 sudu selasih direndam dengan air dulu
  • 1/2 cwn buah laici tin yang dibelah 4
  • 3 sudu perisa laici.

Cara buat Agar-Agar Laici Selasih

  1. Masak agar-agar dengan air sampai larut. Masukkan gula.
  2. Kemudian tuang air agar-agar ke dalam dulang.
  3. Tuang biji selasih yang telah direndam tadi.
  4. Tunggu agak agar-agar separuh keras susun buah laici diatas agar-agar tadi.

Sumber: Siti Aminah Yousoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ocean Blue Crystal Jelly

Bahan-bahan

  • 1peket serbuk agar agar (clear)
  • 2 cwn gula
  • Air 1liter
  • 1cwn air laici (1tin laici amik air nya)

Cara buat Ocean Blue Crystal Jelly

  1. Masak semua bahan di atas hingga gula hancur, kemudian ke tepi kan bahagikan pada dua bahagian 1 kaler clear,1 lagi biru.
  2. Ambil acuan.
  3. Susun laici yang dah di carik-carik, kemudian tuang agar-agar yang berwarna biru hingga buah laici tenggelam, taburkan biji selasih yang telah di rendam terlebih dahulu, sejukkan agar-agar keras.
  4. Masak atas api agar-agar yang warna clear yang dah di bahagi dua tadi tuang susu cair satu cawan setengah, kacau hingga sebati dan tutup api.
  5. Tuang atas jely yang dah keras sebelum itu lorekkan dahulu agar lapisan atas melekat bila dipotong sejukkan 1 jam dan sedia untuk di makan.

Sumber: Izza Wmc dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Agar-Agar Laici Sempoi

Bahan-bahan

  • 1 pek agar-agar tali cap burung layang-layang 25gm
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 8 gelas air
  • Daun pandan (optional)

Cara buat Agar-Agar Laici Sempoi

  1. Masakkan agar-agar, air dan daun pandan di dalam periuk sehingga agar-agar hancur dan sebati.
  2. Kemudian masukkan gula, kacau sebati dan larut.
  3. Masukkan air laici (air laici sahaja, buah ketepikan). Masak untuk 5 minit atau mendidih.
  4. Tutup api, tapis dan masukkan adunan agar-agar ke dalam loyang dan tabur buah laici di atasnya.
  5. Sejukkan kejap di luar sebelum disejukkan 2-3 jam ke dalam peti sejuk.
  6. Siap untuk dimakan.

Sumber: Faridah Ramly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Resepi ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut, memang rasa segar dan cukup lazat.

Jom semak juga resepi agar agar milo ini yang cukup mudah nak buat.

Selamat mencuba!

Leave a Comment